Wednesday, January 20, 2010

Nivea Deodorant vs Rexona Deodorant

Hmm, smalam aku tdo agak lewat. Lbh kurang kul 1 pg. Sebab malam td ada CSI Miami ngan CSI NY kat tv. Lps tu dgr radio dulu, THR GEGAR - Pilihan tanpa henti.
 
Walaupun tido lambat, aku gigih gak bangun kul 5 pg. Lepas dua tiga kali sebut ayat standard aku neh :
1) Nanti kejap
2) Kejap lagi
3) 5 minit lagi
4) 10 minit lagi
 
Hehehe...Susah tul nak bgn pg la. Mr Mc Donalds aku dah tak naik tren. Jd semangat nak naik bas dah berkurangan. Aku tahu dia x akan ada lagi naik bas bersama aku setiap pagi mcm dulu. Lepas hampir seminggu mencuba, akhirnya aku berjaya naik tren ari ni. Syukurlah...
 
Masa dlm perjalanan td aku terpk pasal deodorant yang aku gunakan. Aku pernah baca pasal Sanex dalam redmummy. Dulu pun aku pernah dgr org kata Sanex ni bagus. Aku x pernah cuba. Aku kurang ske jenis camtu. Aku nak jugak yg roll on atau stick. Jd aku prefer brand macam Nivea dan Rexona. Motif utama, packaging dia kecik. Org kecik mcm aku, pakai brg penjagaan diri pun kecik2 jek. Aku x ske sgt yang jenis gedabak lagi susah nak diangkut ke hulu ke hilir. Seboleh mungkin nak jugak yang pakej paling kecik. Hahaha...
 
Aku pernah guna Rexona kaler pink beberapa tahun dulu. Gatal rs ketik aku. Enchanteur pun pernah pakai skali. Stick punye ni. Malas nak ckp la dia punya rs x selesa. Selain rs gatal, kedua-duanya basah melekit. Lambat kering. Aku tak pasti jika keadaan ni berlainan bg berlainan org. Sebab ipar aku dr dulu lg pakai Rexona pink ni, dia kata dia pakai ok jek. Aku ygg sensitip agaknya.
 
Aku beralih kepada Nivea Whitening series selepas tu. Bertahun gak pakai. Mmg bgs la pada pendapat aku. Dr sudut Whiteningnya la. Dia bukan memutih macam mana pun. Cuma rs senang hati sbb kita tgk warna armpit tu sekata dgn warna badan. Tak de la karat. Masalahnya satu aje rangkaian yang aku pakai tu. Dia ada siri Beauty, pore minimiser, standard, mild dan lain2 lagi. So far, aku rs yang pore minimiser tu jek yg plg ok. Packagingnya ada sket calitan warna kuning. Susah jugak aku nak dpt ni. Disebabkan susah nak dpt dia la aku beralih dr satu siri ke satu siri. Tp masih whitening la. Aku dah selesa pakai kut. Yang bukan dr siri pore minimiser tu, lbh melekit dan lambat sket kering. Aku aware kalau ia tak dikeringkan betul2, makin panjang hari, makin cepat lak berpeluh. Haish, not good. Aku pun x de masa nak mengeringkan diri selepas memakainya. Biasanya, kalau kita nak kuar, kita kan nak cepat.  
 
Br2 ni, aku punya deo dah habis. The latest yang aku pakai ari tu adalah whitening yang standard sbb aku kurg ske dgn siri Beauty. Siri Beauty ni wangi tp mmg basah sket. Aku balik keje, ak beli tp dah terlajak smp depan umah br teringat. Aku patah balik dan pergi ke kedai mini utk beli. Tak de la Nivea kat situ. Rexona jek yang ade. Hadeh, aku tak de masa nak baca sgt. Even tak sempat nak bau pun sbb aku nak cepat. Aku main amik jek kaler purple sbb aku ske kaler purple. Tertulis kat tag dia tu: Free Spirit. Erm, I'll give it a try.
 
Masa nak bayar tu, aku bau. Best jugak. Wangi. Harganya RM 5.80. Ntah ke kedai tu yg jual mahal. Kedai kat umah aku tu jual maggi pun dkt 5 hengget. Terasa beb kemahalannya. Pagi esoknya, aku pakai la dgn berhati-hati. Tkt la terletak banyak t, kalau melekit, aku gak yg susah nak mengeringkannya plak. Dah satu hal nak membuang masa aku. Ajaibnya, ia x melekit langsung !. Wow, very good. Tak leh puji sgt dulu. Kena tgk prestasi dia sepanjang hari. Aku teringat iklan brand ni oleh Sari Yanti di kaca tivi. macam mana agaknya hasil pemaikaian aku kali ni...?
 
Bila aku balik kerja sekitar kul 9.30 pm br smp umah malam td, I can tell that my armpit is still fresh mcm br lepas mandi. Waaah, ini satu pelaburan yang bagus. Secara umumnya aku boleh katakan yang Rexona Free Spirit ni(kata kawan aku, ia utk org berkulit sensitip) kering, wangi, berkesan menyegarkan bahagian tersembunyi badan kita tu untuk sepanjang hari. Aku rs selesa. Ari ni br ari kedua menggunakannya. Kat luar umah, aku lasak juga. Jd aku pk deo yang pakai skang ni mmg sesuai la dgn aku. Lama la aku memakainya nanti. Thanx Rexona. Satu hal jek yang perlu aku tgu dan lihat kesannya. Adakah ia menggelapkan armpit aku...? Hmm, kalau itu berlaku, tanpa ragunya aku akan beralih semula kepada Nivea Whitening Pore minimiser.  
 
Seperti yang aku dah nyatakan di atas td, kesannya mungkin bergantung kepada individu. Mungkin hasilnya tak sama. Jd, selamat mencuba...
 
***Ini bukan pesanan khidmat masyarakat ye. Ini coretan ske2 kemasyarakatan aku jek. hehehe...***
 
p/s: Akim tercalon dalam top 5 ABPPBH 09 utk kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular. Kan bagus kalau dia ada menang sekurang-kurangnya salah satu ke. Vote for AKIM...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails