Tuesday, November 10, 2009

Stadium Nasional Bukit Jalil, apalah naseb...

Ini satu perkara yang menarik perhatian aku. Dah berhari-hari aku baca pasal isu ni. Isu keganasan penonton sewaktu perlawanan akhir Piala Malaysia. Aku bukan penyokong kedua-dua belah. Tp disebabkan Zaquan Adha dan ada sorg mamat kat opis yg menarik ni org nogori, maka aku separuh hati menyokong jugak la team jang ni. Oh ye, best fren aku org nogori. Sah la aku sokong nogori sbb team aku sendiri tak masuk final pun. Sedey...


Sbenarnya, aku sangka Kelantan akan menang. Tp terbalik pula jdnya. Itu bukan isunya kat sini. Yang aku nak ketengahkan ari ni ialah pasal ketelusan siasatan dan info pasal kerosakan stadium tu. Korg sumer leh baca kat sini. Aku rs dgn adanya info yang dibekalkan dan siasatan melibatkan pihak yang akan dipertanggungjawabkan semasa membuat anggaran nilai kerosakan, isu ni boleh diselesaikan cr baik. Tak de la mcm selalu di mana2 pun, org hanya akan bg kita total claim. Tp tak bagi kita breakdown bayaran. Dlm hal kerosakan stadium ni, pihak stadium dah bg breakdown kos yang perlu dibaiki. Bukan sj FAM, malah rakyat juga tahu berapa harga barang2 tu semua. Mungkin satu masa dulu kita hanya tahu kos stadium tu mencecah jutaan ringgit. Skang kita boleh agak2 sendirila kenapa satu bangunan tu bernilai sedemikian. Hai, teringat lak stadium kat tempat aku yang belum lama dibina pun dah runtuh.

Ini gambar kerosakan stadium tu. Tak semua la. Ini aku ambil dr Kosmo.




Yang ni pula adalah breakdown kos yang dikeluarkan oleh pihak stadium.



Tgh2 aku dok baca Kosmo, aku jumpa lak gambar ni yang aku kutip dr OhBulan. Tak sangka insan ini org Kelantan. Sanggup gak dia dtg tgk bola ye. Caiyuk...Penyokong kuat neh. haha...Sapa lagi awek di bawah ni kalau bukan Fasha Sandha.



Aku pun nak tgk final !!!
Tp x boleh la. Aku nak pakai baju kaler apa ? Aku bukan org nogori. Bukan jugak mek kelate. Maka aku pun tgk di tivi ajelah. Aku minat aje nak tonton game live mcm ni. Tp suasananya mmg buatkan aku takut. Kalau x de keganasan pun, susah bg aku untuk pg dan balik. Mesti sesak. Org lemah mcm aku mana leh bersesak-sesak. Nak naik keta...? Humh...Buat sakit kaki jek.

Lgpun kalau aku dtg, pasti aku bawa seorang baby. Apa akan jd pada keselamatan aku dan baby(anak saudara kesayangan aku) sekiranya keadaannya mcm ni. Patutkan aku dedahkan baby pada kepulan asap, api dan bunyi mercun...? Patutkan aku biarkan baby tersepit di celah-celah masyarakat yang bertempiaran lari dlm keadaan gawat macam tu...? Oh no...Never. Org putih, dah dedahkan anak2 mereka ke bidang sukan sejak kecil. Bg feel sket kat budak bila kita bawak dia tgk game live di stadium. Tp kalau mcm ni la keadaannya, aku rs x payahlah. Lbh baik aku dan baby tgk game ni di tivi jek sambil makan pop corn. Selamat sejahtera...

Hoho, aku rs lps ni, semua stadium kat Malaysia ni kena pakai barang kalis api la. hehe...

Psst: Tak leh ke stadium wat seksyen khas untuk penonton wanita dan kanak2....? Kan lbh selamat. Duduk tempat lain, pintu keluar masuk pun lain, toilet pun jauhkan dr toilet lelaki. So masa wanita ngan kanak2 ni tgk game, kaum lelaki bolehla bergusti ke, main mercun ke, baling botol ke batu ke apa tanpa gangguan kat tmpt dorg. Bergusti smp mampus pun x apa. Hoh, kalau leh, lrt pun nak gerabak asing. hahaha...Mintak mahap la ye, tinggi lak demand sy ni. Bukan ape, belajar dr pengalaman...Sampai bila nak tgk final kat tivi aje...?
















Jom tgk 2012...



Hello. Ni filem yang akan mula ditayangkan esok: 12/11/2009. Tajuknya 2012. Citer pasal ala2 dunia nak kiamat la. Tgk trailer dia pun insaf sekejap weh.



Sebagaimana filem Pisau Cukur yang aku tgk pada hari kedua, filem ni pun InsyaAllah aku akan tgk juga pada hari kedua tayangan. Apalagi kalau bukan hari Jumaat rock the world. Hehehe...Minggu ni site aku kerje ni ada event. Project head lak bercuti. Apa lagi, enjoy sakan la....Hooray !!!. Wah, ni kalau bakal majikan aku tgk ni, susah aku nak dpt keje neh. Ngaha. Tp jgn salahkan aku ok. Aku ni dedikasi tau, tp kalau org dah x reti nak kerjasama dgn kita smp kita pun ssh nak wat keje, apa point lagi untuk bekerja dgn dedikasi. Itu la, bos aku x nak anta aku ke site lain...Tak lama lagi bos akan kehilangan aku sebagaimana dia kehilangan semua pekerja dia kat sini sebelum aku. hahaha...Keji sekali.

Kat sini boleh korg sumer tgk trailer 2012. Sila la ye...

Wat masa ni aku x leh komen apa2 lagi pasal filem ni. Aku x sabar nak tgk. Filem mat saleh woo...Ye la, aku kan ala2 jakun. Biasa tgk filem Melayu je(sbenarnya sbb nak tiket filem luar tp x dpt, filem Melayu jek masih available. Ngaha...), tak mcm stengah org tu, x tgk langsung filem Melayu, apa dia kata...? "Aku x main la tgk filem2 Melayu ni...."... Wah, statement tak hengatz dr seorang Melayu. Kalau org ni lahir kat oversea, aku tak heran. Dimaafkan. Tapi yang, ko lahir kat ceruk tok kun la kata org, makan budu belacan tak tgk filem Melayu. Nak aje aku ckp...Pegidaaaah...Tp aku seorang yang memahami. Ye lah aku paham mungkin filem Melayu sukar memenuhi citarasa org Melayu sendiri.

Psst : Bila aku makan Western(aku x membesar dgn makan nasi. Aku grow up dgn makan fast food. Tp nasi makan jugak la, cuma bukan feveret), aku kena kutuk sbb x makan nasi sgt. Tp bila aku tgk filem Melayu, aku kena kutuk jugak. Haish, pening kepala aku.

Kecenderungan aku menonton filem....?

Erm, aku x memilih sgt. Citer komedi boleh, seram boleh, biasa2 pun boleh. Melayu, omputih, cina, korea, tamil, hindi....blasah jek. Sumer aku tgk asalkan menarik.

Citer yang konfem smp mampus pun aku tak tgk...?

Ada...iaitu citer yang berunsurkan binatang dr jenis2 yang aku x leh hadap. Contohnya mcm filem baru2 ni; G-Force, Rota pebenda ntah. Tak ingat sbb dah agak lama and aku mmg x tgk.

psst: Bulan depan aku byk sgt2 plan. Kepala tgh kusut ni, pk mana satu nak wat dulu. Tp skang aku tgh happy sket. Sbb leh rilec di tpt keje dgn sng hati. Aku masih wat keje tau. Tp smalam jek x wat sbb server down. Network juga down. Seolah-olah ktrg ni dihalau pulang jek masa org opis ni sibuk2 sambut menteri dorg dtg. Aku balik awal smalam. Ari ni pun nak balik awal jugak. Esok aku cuti. Yehaa....



Monday, November 9, 2009

happy evening but weird morning

hello. Oho, sebelum aku trskan, ingin aku catatkan sket kat sini sebab bende ni aku br sj tgk. Iaitu seorang lelaki yang aku ske tgk selama ni. Memandangkan aku nak privatekan blog aku ni(bukan private access. Hehe. Cuma x bg org2 terdekat yang tak perlu tahu mengetahui keujudan blog ni), aku rs leh kot taip kat sini dgn penuh konfiden pasal mamat ni.

Mamat ni yang pada mulanya di mataku biasa2 aje tp kian lama makin comel. Kalau aku masukkan ke kategori hansem, nanti ada org bluek lak. Hensem di mata aku agak tgi criterianya. Alangkan Henry Golding tu pun belum hensem di mata aku, ini kan pulak lah si mamat ni. Aku dah hari2 tgk, mestilah lama2 rs cunnye dia. Sory ye, aku mmg ske guna perkataan cun ni walaupun yang dipuji tu lelaki. Haha.

Site aku skang tgh ada event. So En Iras ni yang keje bahagian teknikal sibuk la time2 camni. Br kejap td aku tgk dia berlari menolak troli barang. Laju sekali. Dia masih muda. Lbh muda dr aku. Rupa dia boyish. Perangai pun mcm bebudak lagi. Nape aku panggil dia Encik Iras...? Dulu aku tetau nama dia. Tp dia iras rupa lelaki asing yang paling aku sayangi satu masa dahulu. Dulu bila aku x jumpa lelaki aku tu, aku rs mcm terubat sket rindu bila nampak muka Encik Iras. Skang relation aku dgn lelaki tersayang aku tu dah hancur disebabkan kerjaya aku ni. Bayangkan sakitnya ati aku bila tgk Encik Iras setiap hari selepas tu. Tp bg aku lelaki tu tak slh. Aku x benci dia. In fact, aku masih syg dia dan aku slalu harap dia akan kembali kepada aku. Tp aku x de la terlalu berharap. Life must go on. Aku pun x boleh berhenti keje aku ni semata-mata utk puaskan ati dia. Dia nak tanggung aku ke...? Lelaki yang takutkan komitmen ni, umur aku 30 nanti pun belum tentu dia dah ready nak kahwin dgn aku. Mungkin perpisahan sememangnya yang terbaik untuk kami.

Oh, merapu dah. Sbenarnya nak catatkan kat sini sambungan kisah semalam. Pg semalam kan aku bad mood, sebab kereta aku yang rosak skang smp aku naik komuter neh pg keje. Tp petang tu, aku happy balik keje. Org2 yang naik bas utk ke ktm x lupa pada aku. Malah tgh lagi mereka dah tya aku pasal perjalanan aku. Smalam, bas yang nak naik untuk kali pertama punya lambat. Aku ngan dorg semua end up naik keta satu pakcik ni yang sudi menumpangkan ktrg. Segan giler ! Tp org dah ajak, naik aje. Bukan sorg diri pun. Tp proses nak ditumpangkan dan segala perbualan dalam tempoh menunggu, diajak tumpang dan menumpang tu yg sronok.
Aku tak abis2 tanya org sekeliling itu dan ini. Sebab aku takut sesat. Aku dah beberapa kali salah naik tren dulu masa kau masih study. Tak sanggup dah nak sesat skang ni.

Ok, move on ke kisah pagi yang pelik. Peliknya ari ni ialah bila aku smp (awal ari ni, ye la sbb naik bas ngan komuter awal), x de sesapa pun dr kalangan project mate aku dah tiba. Bilik dorg gelap. Dah sejam aku smp barula dtg sorg member. Stengah jam lps tu, br dtg opismate aku sorg. Skang kul 9.40 am, yang lain masih x smp. Td ada kakak site tya aku;'Mana dorg semua. Then aku jawab neh;'Semua dah resign kut...' ahahaha...Dulu masa aku ngan opismate aku dtg lambat, dorg yang lain juga jawab mcm tu. Aku gurau aje. Tp hakikatnya ktrg semua yang masih dkm projek ni, kepala otak pk nak resign jek. Projek maut ni bukan sj dah bunuh hidup aku, tp juga jiwa aku. The worst project I've ever join. Aku ni menunggu masa gak nak resign. Betul ni. Takut nak resign. Tp aku lagi takut aku sakit otak kalau lbh lama aku kat sini. Mmg dah x leh blah dah ni. Alasan utama aku ialah kesihatan aku terjejas disebabkan projek ni. Ini tak tipu punya. Cuti aku abis sbb MC jek. Banyak MC jd EL sbb aku x de MC. Sapa nak bawak aku pg klinik kalau aku x larat...? Aku ni duduk sorg diri masa tu. Oho, x sabar nak hidup dgn gaya hidup bujang impian aku. Sket masa jek lagi, semua tu akan dpt aku capai. InsyaAllah.
































Sunday, November 8, 2009

Hari kusut sedunia

Hari ni adalah hari yang kusut bg aku. Sebelum aku memulakan kerja, aku ambil kesempatan ni untuk menaip sket luahan rs hati aku. Kenapa aku leh jd kusut mcm ni...? Sbenarnya ni bukan bulan pertama keta aku rosak.
Beberapa bulan sebelum ni, kalau tak silap aku bulan 7, kereta aku Rayden mulai rosak. Tak dapat tidak, aku nak menyalahkan kawan aku berkenaan kerosakannya. Disebabkan satu perkara yang dia lakukan, tak pasal2 aku kena keluarkan hampir 600 ringgit hanya untuk membaiki drive shaft yang patah. Kos berulang-alik ke sana ke mari untuk membaiki kereta tu aje dah hampir 750 semuanya campur dgn harga baikinya td.

Sejak tu, kereta aku menghadap macam2 kerosakan. Beberapa kali kereta berasap di tgh jalan. Berulang-alik aku ke bengkel. Selama beberapa bulan ni aku rs kewangan aku cukup tight sebab tak pasal2 aku kena berabis untuk kereta. Tp aku terlalu syg kereta aku, jd aku relakan aje. Namun, aku tetap rs sukar maafkan kawan aku yg menyebabkan kerosakan utama pada kereta aku. Paling menyakitkan hati, dia boleh senang hati lagi suruh aku dtg ke bengkel dia dlm keadaan kerata aku x boleh dipandu lasak. Mcm mana aku nak memandu, kalau aku x boleh buat pusingan walau sketpun. Nak dtg ke tempat dia lak, aku kena buat beberapa U-turn. Dia leh lagi berckp dgn bergelak ketawa dgn aku. Masa tu aku rs mcm nak tukul jek kepala dia. Naseb la negara ni ada undang2.

Hari ni untuk bulan ni punya kerosakan, kereta aku susah nak masuk gear. Nak naik turun gear aku rs mcm wrestling dgn kereta. Skang ni, tangan aku sakit. Kaki aku sakit. Sebab tekan clutch smp rs nak patah kaki. Tangan kiri berhempas pulas play ngan knob untuk make sure masuk gear. Aku dah bertahan sekitar 2-3 minggu. Tp minggu ni aku dah x tahan. Jd ari ni aku mula naik komuter ke opis. Memula aku naik motor. Aku minta abang aku anta ke stesen komuter. Lps tu naik komuter. Lepas tu kena naik bas. Tp disebabkan masa aku smp ke komuter, bas sudah habis, aku kena naik teksi. Kos untuk semua tu dalam sehari lbh kurang 20 ringgit sehari. Hmmh.

Aku x dpt lagi baiki kereta aku sebab aku pun tetau mana nak anta kereta aku sebab bengkel2 yang aku anta selama ni semua buat kereta aku jahanam. Ada satu bengkel kat Bangi. Yang ni bagus. Tp untuk smp ke sana, oho, aku x de bran lagi nak anta skang. Tgula dulu bila aku cukup duit dan aku ada masa yg cukup panjang. Sebab aku jangka kosnya mungkin mencecah 2 ribu dan masanya pulak sekitar seminggu. Dulu aku pernah hantar ke bengkel ni. Tahan lama baikinya. Masa tu aku baiki gear box. Tp bila aku hantar untuk baiki window, kali pertama ia diturunkan semula, trs cermin jatuh ke bawah. Sejak lepas tu aku x de hantar ke bengkel tu lagi.

Ari ni bila aku naik komuter, smp ke stesen jek aku dah tercungap-cungap. Sebab aku ada masalah darah rendah. Berada dlm crowd bukanlah satu perkara yang aku leh bertahan lama. Aku takut aku pitam di tengah2 dunia tu nanti. Oh, malunya. Aku sgt kusut skang. Sbb aku dah tetau apa yg sepatutnya aku lakukan. Haish...



















Friday, November 6, 2009

Yes...! Dah tgk Pisau Cukur


Auww...aku dah tgk filem Pisau Cukur ni. huhuhu...Ya a auww...Yes Yes...Tertunailah hasrat aku hari ni. Betapa aku x perlu bersusah-payah kali ni untuk memujuk teman aku menengok filem ni. Aku entrykan kat sini sementara masih PANAS !. Ngehe.

Aku br jek tonton filem ni td. Rekod woh, awal tayangan aku dah tgk. Huh...6/11/09 pukul 1.30 pm. Aku tonton filem yg aku nak sgt tgk ni kat GSC Mid Valley. Aku kerja hari ni. Memula rs nak cuti sbb anak saudara aku kat umah aku skang ni tgh demam nak naik campak. Tp memandangkan kawan aku ada nak berurusan kat MAXIS The Garden, aku x sampai hati nak cuti. Jd aku tetap dtg kerje. Tak sangka lak aku, dia beria-ia nak tgk wayang. Aku nak sgt jugak. Tp aku dah deal dgn dia nak tgk minggu depan. Sebab waktu tu, manager ktrg kat sini tgh bercuti. Apa lagi, org dah masuk keje smula, kami masih lagi dlm panggung wayang. Sronok gak keje swasta kat site neh, bila2 ada chance, pg berfoya-foya. Ngaha...Aku x makan gaji buta tau. Bos aku yg x bagi gaji cukup. hahaha. Tak de la. Bukan slalu buat mcm ni. Kali ni jek...Ampunkan kami wahai bos...Hehe...

Nak citer sket pasal filem ni. Aku x nak citer pasal isi ceritanya. Tak acilah. Kesian kat org yg belum tgk. Nanti tak feel lak kan kalau terjumpa coretan aku ni. So aku nak ulas sket jek la pasal filem tu. Bg aku la, nice filem ni. Ringan and fun. Ada banyak adegan dan dialog yang boleh korg sumer ingat nanti. Contohnya: "Oh my dior ".
Banyak jugak org yg sama2 tgk ngan aku. Ada banyak lelaki. Fuh. Sepanjang filem tu, penonton mmg nampak enjoy and gelak2 jek.

Telinga aku ni asik dgr org memuji lakonan Redza Minhat. Sweet la, cute la, handsome la...Aku pun rs lakonan dia cool and bersahaja. Hope boleh tgk dia dlm filem2 lain akan dtg. Tp lom puas tgk dia bawa watak yang fun mcm tu. Aku harap dia janganlah bawak watak serius dalam tempo terdekat ni. Nanti hilang lak seri sweet dia tu.

Lakonan pelakon lain pun bg aku nice. Mungkin bg stengah org, dorg akan kata pelakon x, y, z tu berlakon mcm kayu. Tp aku rs in reality, kita sbenarnya akan jumpa org2 yang betul2 macam tu. Such peolpe whom you can call 'plastic'. Komedi yang ringan, sinematografi yang cantik. Erm, hasil kerje yang memuaskan jugaklah.

Kesimpulannya, harap filem ni mendapat sambutan dan berjaya. Hope org lain pun akan ske citer ni jugak. Disebalik kisah dalam filem ni, ada gak pengajaran. Aku rs aku pun br tahu sesuatu yang aku tak pernah terpikir. Filem ni buat aku berfikir lbh dari satu sudut. Sekurang-kurangnya, filem ni buat kita sedar, tak sepatutnya kita ni sebegitu mudah melabel org lain tanpa cuba utk masuk dlm hidup dorg. Dan x semua yang cantik manis sedap dipandang tu nice kan. Hahaha...Silap2 syok kat jantan. Rupanya gay...Alahai. hahaha...
Tak sangka Henry akan berlakon watak mcm tu. Kepada semua pelakon2 filem ni, korg semua berbakat. Banyak2 la berlakon lagi lps ni, aku jamin, aku akan dtg tgk filem korg. Henry, bila lagi nak jd lead actor...? Hehe

Oh, dah dekat waktu balik la...Aku kena berkemas. Nak balik awal neh. Smalam pun balik awal sket gak. Ehem, keta tgh x sihat, kena la elakkan diri dari jem. Kan kan kan...Hehe


Wednesday, November 4, 2009

Kau dan Aku

Erm, aku sbenarnya nak letak lirik lagu tu kat sini. Nyanyian Akim ngan Mila. Dua-dua budak AF. Aku teruja tgk citer ni sebab berlambak iklannya sebelum citer ni bermula. Sj jek nak tgk 3 org ni berlakon. Ada bakat ke...? Hehehe. Dah tgk, rs best la plak. Aku tak minat Raja Farah. Slalu tgk dia berlakon watak mcm tu jek akhir ni. Agaknye pengarah pun dah rs dia sinonim dgn watak camtu kut. Aku pun rs dia mmg sesuai pegang watak mcm tu. Ske tgk scene dia bergaduh-gaduh dgn Mila dlm citer ni. Kekadang nampak x real. Tp ok la. Walaupun Aril, Mila ngan Akim ni org baru. Tp aku rs sanggup jugakla nak tgk lakonan dorg. Lgpun lagu2 dlm citer tu best. Skang aku dah jd mcm peminat Mila lak. Asal ada lagu Mila jek, aku kuatkan volume radio dlm keta. Ala, lagu neh : Jika Kau Ubah Fikiran.

Aku rs Akim ada bakat. Mila ngan Aril pun ok. Tp aku rs lakonan Akim lbh bersahaja. Ntahla kot aku jek yg pk camtu. Setiap org ada pandangan masing2. Episod pertama, aku rs lakonan Aril bukan kaku, tp too scripted kut. Ekspresi muka yang dibuat-buat. Tau la dia berlakon tp org kan nak tgk ada feel dlm ekspresi muka. Minggu kedua, dah lbh ok. Makin lama nanti makin bgs la kut. Mila...? Erm, aku rs bolehlah. Dia nampak macam terikat dgn status dia sebagai penyanyi. Masih nampak malu-malu tak macam student. Tp malu mcm org yg masih dlm AF. Aku pernah tgk show Mila dlm AF dulu. Rs dia ni mmg leh jd penyanyi yang bagus. Bukan senang nak cr org dgn sore semerdu dia. Sejak tgk drama ni, aku tertunggu-tunggu lagu2 Mila. Kalau dia buat video klip, harap biarlah bermutu. Sronok sket tgk. Aku x ske sgt video klip lagu dia yang dulu tu. Ntah apa tajuk lagu tu. Hadeh. lalai aku ni...

Minggu ni, mcm mana lak kisah agaknya. Tak sabar nak tgu citer ni berkembang. Hehehe....Oh ye, aku lupa la pelakon yang pegang watak Cici tu. Makin cantiklah dia skang. Dia pakai apa kat muka dia agaknya. Wartawan tak nak lak tanya pasal hal2 mcm ni kat artis...Asik tanya pasal gosip cinta jek. Buhsan la. Aku nak jgk tahu apa agaknya produk kecantikan yang Anita Sarawak, penyampai2 berita and artis lain pakai. Atau dorg ni mmg x nak berkongsi....? Hehe

Aku....? Keje mcm workaholic. Muka pun tak terjaga, dah la muka sensitif. Banyak pantang larang. Tak leh makan tu, x leh makan ni. Oh no. Skang dah ada blog, leh la membuang masa sat makan gaji buta kan. Macam yang dibuat oleh org sekeliling aku ni...Hahaha....Tak delah. Aku menaip ni sbb skang waktu rehat. Aku ni lurus tau. Tp sekali buat perangai, kaw2...Ngaha...

Bengang

Ini ler perasaan terkini aku 2-3 ari ni. Tp hanya tajuknye aje tau. Hidup aku tak de la match dgn lirik lagu ni.

Akim AF - Bengang

Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku

Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri
Ku tak fikir engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkataYang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
Tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin ku sama
Dirimu yang sering berdusta

*Ulang Chorus

Letih hatiku di saat pilu
Letih hatiku terikat janjimu
Ohhh caramu
Akan ku teruskan
Hidupku ohh tanpamu

*Ulang Chorus

Aku kutip lirik lagu ni kat internet jugak. Pada mulanya aku x ske lagu ni. Tp sebab slalu dgr, aku jd hafal la jugak korusnye. Akim student yang pertama aku tgk shownya dr AF7. Masa tu, Aril pun aku lom tahu. Aku tetau Aril nyanyi lagu apa sampai skang sewaktu dia dlm AF2 dulu. Aku concern dia pun sbb dia adik Izwan Pilus. Tp skang, aku rs lagu dorg berdua ni best. Akim dgn Bengang dan Aril dgn Menatap Matamu.

Masa tu, aku x de Astro lagi. Tp aku baca sket2 pasal AF7 ni kat internet ngan paper so tau la jugak sket2 psl dorg berdua ni. Aku tgk show Akim tu sewaktu aku tgh dok rehat kat hotel yang aku tumpangi kat Kuala Terengganu. Aku pg sn sebab hadir majlis kenduri kahwin kawan aku. Ikut rombongan pengantin perempuan untuk sambut menantu la kononnya. Pagi tu aku jatuh sakit. Aku pitam. Aku sepatutnya balik hotel utk berehat. Tp instead of baring ngan tdo, aku layan tv lak. Trs la lekat menengok. Skang aku dah ada Astro. Antara rancangan feveret aku, of coz la Jangan Lupa Lirik. Ahaha...

Skang aku sambung layan performance dorg berdua ni dlm bidang seni. Hope everything will go smooth for them both. Oh, masuk ke budak berdua ni dlm Juara Lagu ye...Kalau masuk, harus la aku pg tgk.(Kalau masuk final la)

Oh ye, nape aku bengang...??? Hmh. Sebab dah 2-3 ari ni, aku sibuk sgt dgn keje. Plus keta kesayangan aku si Rayden tgh wat hal. Ia alami kerosakan pada gear. Aku tak pastilah apa yang rosak. Tp susah nak masuk gear la. Kalau dlm keadaan jem, aku mmg la paling riso sbb Rayden akan sgt menyakitkan hati masa tu. Aku lom leh baiki dia skang, sbb gaji aku kan tgh short bulan ni. Aku tgu bulan dpn je la untuk ganti. Fuyoh, lambat lagi tu, hadeh. Sabar je la.

Smalam aku pg opis. Aku mengadu kat bos pasal keta aku. Bos aku leh kata hujung minggu ni kena anta baiki tu. Bahaya tu. Hadeh. Bos aku ni sedar tak agaknya gaji aku ni cukup makan jek...? Haha, cukup ke...? Ntah2 aku kena posa lak bulan ni. Wakaka.

Keje aku kat opis ni berlambak. Aku smp tak lena tdo memikirkannya. Smalam aku tgk citer Hindustan smp sekitar kul 1 pg. Lps tu tdo, tp kul 4.12 am aku dah terbangun. Mata terang dah tak leh tdo smula. Hadui, lama lagi tu. Paling awal aku akan mandi pun cuma kul 6. Dulu kalau aku ada nak travel awal pagi, brlah aku mandi ikut kesesuai masa aku nak gerak. Yang terakhir. Aku mandi kul 3 pg utk kuar kul 4.30 am. Hmmh, mcm nak beku tulang-temulang aku ni dibuatnya. Tobat x nak buat lagi. Skang, berhenti semua aktiviti sosial aku smp la keta aku Si Rayden sihat walafiat semula.






































Related Posts with Thumbnails