Monday, December 21, 2009

Idola Kecil...Tersingkirnya Nurul

Nurul sepatutnya dah tersingkir dalam penyingkiran pertama. Tp Sam, satu-satunya si kecil bukan Melayu yang membawa cabaran di pentas Idola Kecil pula mengambil tempatnya dgn sukarela. Bukan salah Nurul apabila Sam terkeluar. Dia sendiri yang memilihnya.

Nurul terselamat minggu lepas apabila tanpa disangka, Fienaz yang tersingkir dahulu. Langsung aku rs Idola Kecil dah hilang serinya. Aku menjangkakan Nurul dan Maulud menjadi yang terawal akan tersingkir dan Fienaz, Azzam serta Dayana akan ke final. Tp skang percaturan dah berubah. Terpaksalah aku buat list baru.

Selepas ni aku jangkan Maulud akan terkeluar. Boleh ke sbb aku dgr dia ni menjadi kesayangan penerbit disebabkan sikapnya yang menceriakan seluruh produksi. Ntahlah. Nak gimik, gimik juga. Tp bila org bosan disebabkan percaturan mereka salah, nanti makin kembang pulak kontroversi pilih bulu ni.

Berdasarkan prestasi semasa serta baki peserta, aku mahukan peserta-peserta ni ke final: Arill, Azzam, Dayana.

Arill perlu perbaiki kawalan suara sebab aku nak dia ke final mengatasi Tasha dan Jiha yang berpotensi. Aku rs Rock Chic, Ain juga berpeluang. Ada bakat tp ntah mengapa rs mcm tidak cukup.

Idola Kecil tetap memikat walau siapapun yang terkeluar atau masih kekal. Sebab aku ttp rs terhibur dgn persembahan adik2 ni. Budak kecik lagi, biarla dorg enjoy skang. Nanti dah masuk skolah menengah br pk pasal masa depan. Ilmu2 sampingan dan pengalaman hidup ni penting juga untuk menepuh masa depan. Ada banyak cara lagi untuk mendapat pengalaman. Tp di masa hadapan, perbezaan antara adik2 ni yang pernah beraksi di pentas umum serta adik2 di luar sana yang lbh byk menghabiskan masa semata-mata menghadap buku dan televisnyen pasti jelas di mata org2 sekeliling. Keyakinan diri, kepetahan bukan satu perkara yang hadir semula jadi. Ia perlu dibentuk biar betapa bagus pun seorang manusia tu lahir ke bumi. Pendek kata pun, ko dr baka baik pun belum tentu ko sukses dlm hidup kalau perjalanan hidup sebelum dewasa tu tak dicanai dgn baik.

p/s: Adik Azzam ni dr satu sudut mmg mengancam. Mungkin ada kelompok2 diluar sana yang melabel dia sebegini : "Anak muda yg semakin masak ranum". haha. Aku juga teruja setiap kali dia muncul di pentas. Bakat yang mervellous. Alahai, nape la masih budak lagi. Kan bagus kalau ada mamat hansuari di luar sn yang cenggini. Tp for sure, aku yakin mamat tu akan digelar "player". Ngaha...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails