Wednesday, February 10, 2010

Hasrat tercapai...

Hello.

Lm x menaip kat sini. Smp aku pun dah lupa aku nyer gaya tulisan. Aku cuma igt, aku setia dgn keujudan 3 titik di mana-mana. hahaha...

Pelik nape aku dpt wat update...? Ok la, aku bgtau. Aku boleh ada akses ke internet kalau aku mahu...Sebab ada masanya aku dioffer akses ni. Tp biasanye, aku x mahu.

Aku br sj mulakan hidup baru. Aku mahu kesempatan utk menikmati hidup. Dulu hidup aku yang mungkin x de la ape yg buruk sgt. Tp bila dlm hati dah ada benci pd seseorang, aku x berminat utk trs menghadap org tu lg. Jd aku ambil keputusan utk berhenti.

Keputusan aku mungkin tak baik utk diri sendiri. Siapa yg tahu TAKDIR kan...? Tp mungkin juga baik utk org lain. Aku percaya bila aku berhenti, ada org akan dpt faedahnye. Misalnya, naik gaji, dpt bonus, naik pangkat etc. Dl masa ex-manager aku berhenti pun, aku dpt naik gaji sket. Sket jek la. Mana la ex-bos pernah nak bg aku untung lbh2. Aku ni kuli batak dia aje. Aku ada ke tak de ke dlm company tu rsnye x de makna kut. Bodoh aku ni. Spatutnya aku berhenti dulu bila aku ditugaskan kat tpt br. Sbb tpt br tu terlalu byk mengubah aku. Hai, x nak igt dah lepas ni kalau boleh. I feel merely like sacrifice everything for nothing. So now, aku nak menikmati hidup. Cuti2 Malaysia maybe.

Ok, aku x leh taip byk. Aku mesti tidur, Aku happy lately. Br 2 minggu. So far so good. Byk tido skang. Bukan x de urusan. Tp manageable.

HASRAT TERCAPAI aku ari ni bukan sebab segala di atas tu. Tp disebabkan ari ni aku dah beli 1 lampu yang aku mmg minat dr IKEA. Lampu Dudero klu x silap. Dpt murah. Cuma RM 39.90 jek. Cepat2 pegi beli. Aku teringat raya Cina on the way, so aku beli la sementara sempat. Lampu ni biasanya mahal jugak. Aku beli 1 jek. Kena beli lagi 1 next time. Harus ada sepasang br perfect. Slow2 la sbb aku x duduk kat umah aku sgt dah. Aku balik so far seminggu sekali jek sbb nak amik stok baju utk next week.

Ini apa yang aku wat dlm tempoh 2 minggu ni. Byk lagi sbenarnya tp x perlu la aku noted kan semuanya, Fokus aku hanyalah makanan. Ngaha...Otak aku pk makan, makan dan makan. Bila lagi nak rehat kan. Skang pun aku masih sgt letih sbenarnye. Tp life must go on. At least aku dah leh lepak skang. Aktiviti lepak tu menyihatkan tubuh badan aku. hahaha...

*~Aku dah posa Coke/Pepsi hampir 2 mgu. Ari ni aku pecahkan rekod posa aku dgn minum soft drink topupable ittew di IKEA. Aku makan di IKEA mlm ni. Makanan feveret aku, Sweedish Meatball. Ada org belanja aku chicken wing. Sedapppss...Oh ye, juga makan tat telur. Sedappsss....Soft drink aku jgn citer la...Pepsi twist ngan Pepsi ori...Forever sedap.

*~Makan nasi goreng kampung di Gulam Mee. Ini port feveret aku. 2 hari sekali aku dtg sini. Smalam aku npk laki hansuari a.k.a hensem. Hensem betul. Susah aku nak mengklasifikasi lelaki as handsome tp yg ni mmg taste. Sekali tgk, aku x nak tgk lg sbb takut dosa. Aku rs mcm nak terpukau jek tgk muka dia. so der cerah u ols...Bikin hati mak panassss jek...Mak jeles taw....

*~Makan di Hainan Coffee...Erm, aku x sure la nama tpt ni. Aku makan kat sini ari Ahad lps. Lps potong dan membelai rambutku di saloon. Oh, best sekali saloon ittew. Silala pg melawat. Nama premisnye ialah August Hair Saloon. Klu buat tempahan, leh dpt diskaun. Boleh tempah melalui FB ye. Carilah link nyer sendiri. Aku bukan user FB, so aku x take note link nyer. Kat Hainan, aku makan Shredded Chicken dlm Hainan Toast. Juga makan French Toast, minum cham dan juga white coffee feveret aku. Sedapsss...Oh, Hainan yg aku pg ni ala-ala sbelah ngan Pak Li Kopitiam yg aku pg dulu tu. Aku rs aku ada wat entry pasal tu. Ada peta lagi kat situ.

*~Kenduri kahwin di Selayang ari Ahad petang sebelum pg bikin rambut. Meriah. Aku ske...Dah lm x dtg kenduri kahwin. Ramai sgt org. Makanan sedap. Aku dpt byk goody bags sbb aku adalah kwn kepada adik ipar tuan umah. Aku dtg dgn blous corak rimau bintang ngan hitam dan sluar slack hitam. Aku x sangka kene pg kenduri. Aku x nak pakai baju kurung sbb x de bawak pun utk sebarang majlis. Jd aku dibekalkan baju ittew utk dipakai. Pakai aje. Tak de sgt pun org yg pandang pelik kat aku. Kalau dorg nak mengumpat pun aku x kesah. Tak ke nanti aku dpt pahala...? Ahahaha...

*~Makan di Big Brother. Satu tpt yg aku dah lama nak pg. Makan satu jenis nasi yg campur dgn cheese dan seafood. All baked. Wowz, aku x abis makan. Sgtla marveles hidangannya.

*~Erm, ada byk tpt marveles aku dah pg makan. Tp aku x igt sgt la kat mane tu. Byk sgt. Ari2 makan best2. Wowz, I like...membazir jek keje aku.

*~Relationship works well so far. I mean, dgn kawan2 la. Memana yg dah agak2 nak twisted, nak terslack, nak ter tak normal tu dah turn out normal balik dah semua. Aku terjaga skang. So well protected. Ok la. I am happy with my life. Skang cuma perlu belajar membuka hati bila perlu. Perlu ke...? Again, maybe just wat cukup syarat. Ehehe...Tp sapa tahu kan, mungkin aku belum jumpa CINTA SEJATI. Dah jumpa nanti, syg la jugak kut. Aku pk dlm seminggu ni, aku tak ingin la jumpa boy semula. I want to let him go. Sebab dia mengingatkan aku pada luka sewaktu bekerja di tpt lama. So, nak bina hidup baru, kena lupakan semua yang pahit termasuk dia. Setiap sesuatu ada hikmahnye kan. Termasukla berhenti kerja dan terpisah dgn dia.

WHAT I want next...?

Erm, aku rs dah wat entry panjang lebar pasal tu. Untuk rujukan aku sendiri gak kan. Ok lah, nanti aku tgk balik. Hidup enjoy mcm dah nak tahap sakan ni, byk bende penting aku dah lupa. Aku berdoa semoga aku sentiasa dilindungi TUHAN, tidak lagi tergelincir dan tidak lupa daratan la. Itu sgt penting. Tak kemana pun hidup ni kalau asik lupa diri dan berlagak dgn apa yg kita ada. Just nikmati hidup seadanya...Dan sentiasa berdoa semoga TUHAN tak tarik balik nikmat yg DIA beri pada hari ini.

p/s: Kecewanya aku bila dgr Akim mengaku couple ngan Stacy...Oh no...Haish Cik Aku, bawak2 la sedar diri occay. Akim tu adik-adik occay. Sungguh tidak padan dgn aku yg kertu ini. Ahaha...Alah, sj jek nak berhibur...Aku ske tgk lakonan manja Akim ni dlm Kau dan Aku.




















0 comments:

Related Posts with Thumbnails