Tuesday, October 27, 2009

Ali Yakubov, bayi Al-Quran

Inilah Ali Yakubov, bayi yg ada ayat Al-Quran pada kakinya. Bila melihat gambar ni, hati aku terdetik, comelnya baby ni...Jika ada baby sebegini comel, alangkah indahnya hidup.

Betapa besarnya kuasa Tuhan, boleh jelmakan ayat Al-Quran di kaki manusia. Sygnya, tak tahu apa maksud ayat yg timbul tu. Tak de sesapa tafsir lagi ke...? Aku tak pasti apa ayatnya. Tak tgk betul2 lagi gambar ayat tu. Ada dlm Kosmo. Nantilah aku tgk.

antara insan yang dirindui

Sebentar td aku membaca blog seorang teman. Dari situ aku hop ke blog seorang lagi teman. Kedua-dua org ini baik dgn aku waktu kami study dulu. Tp hanya slh seorang sj yg aku pernah rapat. Aku pun x tahu macam mana kami boleh rapat. Tp td bila baca blognya, rs mcm sayu aje. Dia yang aku kenal dulu mmg org yang baik (di mata aku) dan kini seakan-akan da menjadi semakin baik. Entrynya sgt sweet. Hidupnya macam bahagia. Aku...?

Hai. Melihat blog dia, aku rs rindu lak kat dia. Rindu pada semua teman yang pernah baik dgn aku. Terpisah bila masing2 dan menyambung pelajaran, bekerja dsb. Aku x menjaga kawan2 aku sgt. Sebab aku bukan jenis yang menghubungi org. Tp satu masa dulu, kawan yang aku sgt cherish pernah buat aku rs aku serik nak berkawan dgn sesapa lagi. Dorg ni la yang buat aku jd tertutup dan sgt memilih kawan. Skarang, aku ingin punyai lebih teman. Berkawan ramai2 macam dulu, mcm org lain. Tp aku rs susah. Susah sgt sbenarnya. Aku bersosial jugak dan kenal ramai org. Tp bila org nak dekati hidup aku, aku trs ttp pintu.

Td bila sorg kawan kerja aku bgtahu, teman2 blognya ingin berjumpa dia. Aku dgr pun rs ngeri. Oh no, adakah aku satu hari nanti akan hadap situasi serupa...? Oho, aku ingin sbenarnya tp harap masa tu hidup aku dah lbh ceria dan boleh dibanggakan. Hidup yang aku sendiri boleh terima. Skang ni, apa yang aku rs adalah kerinduan yang terlalu dalam terhadap teman2 lama aku...yang baik2 tu.

Aku bersyukur dgn apa yg Tuhan beri kepada aku sehingga ke hari ni. Aku boleh kata yang aku punyai hampir segalanya, kecuali suami dan anak. Hmm. Akan kahwin ke aku...? Sebab aku dah x berminat ke arah itu. Aku pernah merasai sakitnya bila kehilangan org yg paling disayangi. Pintu hati rs tertutup sehingga kini. Ntahlah. Aku pun tak tahu apa akan jd dgn hidup aku ni. Kadangkala rs kosong bila aku teringat pada Dia yang sudah tiada dlm hidup aku. (Dia masih hidup ok. Tp ntahla di mana dan mcm mana keadaan dia skang...Aku harap dia hidup bahagia...)

Inilah mata seorang insan yang pernah menjadi teman aku dulu. Ntah la dia masih igt aku atau tak. Aku rs mcm nak jek link kan blog aku ni dgn blog dia. Tp aku belum bersedia bertemu mereka semua lagi...Nanti-nantilah ye...


Insan yang bermata cantik ni satu masa dulu pernah beri aku semangat utk sertai satu aktiviti yang aku sukai; Tarian. Walaupun hanya sekali menari dalam majlis rasmi, tp aku rs itu mmg kenangan yang aku x boleh lupa. Saat manis dlm hidup. Thanx to her, I am able to experienced all that.


~~Oh ye, tahniah la pada dia yang br dpt keje gomen. Keje la baik2 ye...Don't play2...hehe~~

Sinopsis sebenar filem Pisau Cukur


Semalam aku merapu sket pasal Pisau Cukur ni. Hari ni aku terbaca lagi pasal filem ni dlm Kosmo. Gambar di atas aku ambil dr situ. Juga sinopsis di bawah ni. Oho, aku makin teruja nak tgk. Sronok tgk lakonan Fazura dlm previu filem tu. Hmh, tp bilanya nak tgk ni...? Aduhai...
Sinopsis :
Filem terbitan Red Films dan Primeworks Studios ini mengisahkan dua gadis jelita, Bella (Maya Karin) dan Intan (Nur Fazura) yang pergi bercuti di atas kapal mewah Putri Duyung dengan harapan untuk mendampingi lelaki-lelaki kaya.
Bella cuba mendampingi seorang duda, Datuk Hisham (Eizlan Yusoff) dengan mempergunakan seorang jejaka kacak, Faqir (Shahredza Minhat) untuk mencapai impian itu.
Intan yang bertugas sebagai pengacara sebuah rancangan jenayah pula mempunyai seorang 'sugar daddy' iaitu Datuk Salleh (Radhi Khalid) yang sudah beristeri.
Bagaimanapun perancangan percutian antara Intan dan Datuk Salleh tidak menjadi dan menyebabkan Intan membawa rakan baiknya Bella.
Kebetulan ketika pelayaran mereka bertemu dengan Datuk Zakaria (Datuk Rahim Razali) yang datang belayar bersama tiga isterinya (Khatijah Tan, Umie Aida dan Sharifah Sofia) dan dua anaknya Suri (Liyana Jasmay) dan Johan (Nas-T)

Namun, Intan cuba membuktikan bahawa kecantikan dirinya datang bersama minda yang bijak. Lalu dia telah membantu seorang detektif, Ari (Aaron Aziz) menyiasat misteri pembunuhan Datuk Zakaria yang terjadi di atas kapal itu.


Nak tonton "Pisau Cukur"

Erm, aku berhasrat menonton filem ni. Sebabnya, kawan baik aku kontek aku sekitar 2 mgu lepas, mengajak aku datang ke umah dia. Dia x ckp dgn jelas. Tp aku rs dia dah berjaya tgl sendiri sekarang. Itulah yang kami tgu selama ni. Fuhh, leh ler enjoy sakan dgn dia lps ni. Aku pk, nak buat apa masa aku dtg jenguk dia nanti. Patut celebrate kejayaan dia tgl sendirian tu. Aku rs cam nak tgk wayang. Tup-tup, kuar lak filem ni. Aku tgk previu dia, rs agak menarik jugak untuk ditonton. Suppose to be fun right...Filem mcm ni, aku rs dia leh layan lagi. Kecualila dia x nak tgk Fazura.
Aku nak tgk Fazura, nak tgk Maya Karin jugak. Jd sebab tu aku nak tgk filem ni. Dorg digandingkan pun ada sebab kan. Can't wait to see it. Tp aku ada berita buruk pulak. Betapa malangnya aku ni bulan akan dtg ni, gaji aku kurang SERIBU !!! dr yang sepatutnya. Mangkuk...Makanya, x dptla aku nak peg menjenguk dia dan bersukaria spt yg diidamkan. Wahai Tuhan, kami dah kempunan nak bertemu ni. Berbulan-bulan aku x jumpa dia. Kenapala aku ditakdirkan menerima naseb sebegini. Oho, aduhai. Bos aku tersilap buat gaji. Gaji diuruskan oleh pihak ketiga. Jd x sempat nak tarik balik apa yang dah diisukan. Akibatnya, gaji aku yang terkurang tu akan masuk bulan akan dtg punya gaji. Masa tu kaya la. Tp sempat la dia merajuk dgn aku nanti sbb x jenguk dia spt yang dijanjikan. Huhu, sedey aku, tak dpt tgk Pisau Cukur ni dgn dia. Ktrg ni nak jgk blaja jd pisau cukur...Boleh ke...? Ngehe.
Nape bila gaji kurang, aku x dpt pg jumpa dia...? Motif utamanya satu aje: Duit. Bila duit kurang, aku kena la bajet2. Manalah tahu, silap ari bulan aku lak yg x mampu nak pg keje sbb x cukup duit. Ngahahah...Dia tgl jauh nun di hujung sana Selangor manakala aku lak kat sini neh juga di hujung Selangor. Mcm mana kata ya, dia di Utara, aku di Selatan. Ke terbalik. Ntah la, aku pun x pasti. Dia yang aku dok sebut ni perempuan ye, bukan lelaki a.k.a bf. Dia perempuan and my very best buddy. Jauh di mata tp dekat di hati. She' one you can call, a friend indeed.
Oh, aku dah merapu. Ini sinopsis cerita Pisau Cukur tu. Sket jek. Bg aku x de apa yang menarik pun tentang isi ceritanya. Tp yang menarik ialah lokasinya, pelakonnya dan endingnya. Nak tahu tu jek. Hiburan semata-mata pun kan. Layankan aje. Thumbs up if it is really good. Memandangkan aku x dpt tgk kat panggung, kena la aku beli version lanun. Pirate dvd hunting start...Yeah2.
Sinopsis:
Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella (lakonan Nur Fazura) dan Intan Bella (lakonan Maya Karin), bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui "PISAU CUKUR" di pawagam 5 November 2009.


Monday, October 26, 2009

jualan murah 2

Oho, teman aku mengupload foto kasut yg masih available dan baju yg dah sold tu plak. Ada 2 yg belom sold, belum lagi di upload. Tp teman aku ni ada jugak wat bisnes lain. Sila2 laa pg melawat ke blog dia yang beralamat seperti berikut: http://www.tradingmall.blogspot.com/

Terima kasih atas kunjungan tuan-tuan dan puan-puan sekalian ye...Aku nak letak Nuffnang di blog aku ni tp aku rs belom masanya sbb blog aku ni x de apa isi yang berfaedah pun. Aku rs hanya aku yang melawatinya. Ahaha...X pe, aku tgh blaja neh. Blaja make use of technology and blaja untuk be a bit open to the world. Sebab aku ni kan asalnya ala2 tertutup lagi konservatif gitu. Aku x aim untuk menjadi sosial ye...Jgn slh paham plak...

Sunday, October 25, 2009

Jualan murah...

Hello.

Aku buat entry ni sbenarnya dah petang Jumaat lepas. Masa tu dah suntuk sgt masa sbb aku nak balik dah dr opis. Aku ada broadband maxis tp adik aku pakai di kampung. Jd aku menghadap internet hanya di opis. Aku dah taip bik punya, pastu aku cuba kecikkan font kononnya la. Ttb dah hilang sumer yg aku taip td. Haram...Hanginnya aku. Rs cam nak baling lappy ke dinding. Naseb baikla aku kat opis dan naseb baikla lappy ni company yg punya. (##Kalau sendiri punya, x de nya aku nak baling. Syg woo....ribu riban beli neh...Tp, korg leh bygkan tak, betapa tempernya aku...?##)

Aku cuma nak nyatakan pasal topik kat atas tu jek. Aku ade wat jualan murah la kononnya. Tak banyak barang pun. Cuma ada 3 baju dan satu kasut. 3 baju tu x penah dipakai untuk jalan2. aku pernah pakai untuk try jek. Kasut tu dah pernah pakai. Aku beli di Angelo Moda. Masih dlm keadaan baik kecuali tapaknya yang dah haus. Tp kalau ada org nak beli, kami akan baikinya dulu sebelum export kat org tu. Slh satu dr baju tu dah terjual masa aku bw ke opis. Jd tgl hanya 2 baju dan 1 kasut utk let go. Gambarnya, nanti aku curik dr site teman aku tu, pastu tampak sini ye. Sian aku, gambar barang sendiri pun kena curik dr org. Aku x leh guna hp sendiri utk tangkap gambar sbb kena install software dia di lappy. Lappy lama aku masih dibaiki oleh bos. Situ ada la software utk hp aku neh.

Asalnya ada 3 kasut yang aku nak letgo bila kawan aku tanya. Salah satunya ialah yg aku letgo ni. Satu lagi aku dah terbuang rupanya. Rosak sket jek dr Vinci. Rosaknya adalah salah satu sambungan tali depan dia terputus. Hanya perlu hantar tukang kasut utk dijahit tp aku malas. Aku mmg ada perangai buruk ske buang barang. Aku pun buang la kasut tu tanpa belas kasihan.
Kalau x buang barang pun, aku mmg cuai jaga barang. Aku pernah hilangkan gelang tangan emas aku, cincin suasa aku. Macam2 lagilah.. Tp yg gelang emas tu dpt jumpa semula. Fuh, naseb baik. Kalau x, mati la aku kena ganyang ngan mak. Itupun sepanjang tempoh kehilangannya, jenuh jugak la telinga nipis aku ni nak telan bebelan mak. Aku jumpa semula di celah lipatan baju aku. Oho, konon2nya nak simpan tpt selamat la neh, tp sendiri lupa lak.

Satu lagi kasut tu berwarna kuning dgn hiasan butterfly yang cantik di bahagian depan. Aku x pakai lagi sbb segan. Baju aku warna kuning, tudung pun kuning. Plain kedua-duanya. Kalau aku join the venture dgn kasut neh, gerenti abang aku akan ckp:"Fuyoooh...Mcm Mr Bean !!!". Untuk pengetahuan, aku mmg ske kaler kuning. Ala2 daulat Tuanku gitu la kan. Tak dapat jd puteri raja, berangan je la yang I mampu. Wokeh...Hehehe...Tp aku x smp ati jual kasut ni sbb aku teringat, anak sedara aku sgt ske menjinjit kasut ni di atas bahu dia. Dia baru berumur lbh kurang setahun setengah skang. Dia ske bawak kasut tu dan jalan kedek2 ke sana ke mari. Jika terlepas, dia akan patah balik, kutip dan letak atas bahu dia semula. Tkt lak aku. Kalau aku jual, nangis plak dia nanti bila dia dtg umah aku, mainan dia dah x de. Anak sedara aku ni, kalau nangis, sejam lps tu belum tentu diam. Tp kalau nak dia diam cepat, kn la bawak dia kuar jalan2. Biasa la budak2. Semua pun serupa aje. Aku dulu macam tu tak agaknya....? Ngehehe...

Monday, October 19, 2009

Site feveret aku

Sbelum aku blah dr blog ni ari ni. Aku nak kongsi sket site2 yang aku ske masuk. Ngehe.

Kat tpt keje aku ni(aku on site neh. Tpt keje ni bukan opis company aku ye, harap maklum. Maka x slh kan kalau aku nak kutuk sket2. Hehe), banyak bende kene blok. Facebook x leh, friendster x leh, myspace etc sumer x leh la termasuklah segala unsur2 download. Yg paling ngengnye, nak download update anti-virus pun x leh. Bygkan la tahap penguasaan virus kat lappy2 kami kat sini. Lappy aku juga kong agaknya sbb virus yg dah take over laptop aku tuh. Nak open window pun x leh. Sudah damage bah.

Oleh sebab sume dah kena blok, yg x kene tu lah jd bahan feveret. Erm, stakat ni bende2 yang aku ske kat internet tgl neh jek.

1) Harian Metro
2) Berita Harian (no 1 ngan 2 ni slalu nya boring gak bila x de berita best. Sedey)
3) Ni best : http://www.ohbulan.com/
4) http://www.beautifulnara.com/ (Ni suku sakat dgn yg no 3).

Aku br kenali no 3 dan 4 dlm 2 minggu. Boleh la nak membunuh sket rs jemu aku kat opis ni. Hmmh.

New Sweet Life

Hello. Sbenarnya aku seorang yg slalu mencatatkan nota hidup aku di atas kertas. Bila zaman berubah, aku pun berubah. Aku mula menaip dlm notepad di laptop aku. Dan 'Hello' adalah perkataan yang aku guna setiap ari untuk memulakan catatan aku. Skema aku ni. Tp org putih kata 'Who damn cares'. Hahaha...

Aku dulu pernah ada blog. Tp disebabkan aku x ske berkongsi hal peribadi aku apatah lagi gambar, aku menjadi anti-blog. Tp skang aku tahu, blog bukan semata-mata hal peribadi kau kan. Nak sambung blog yg dulu, aiya. Aku rs mesti ia dah mampus. Sebab aku dah lupa pun passwordnya. Hehe...

Erm, aku masih lg sperti dulu yg x ske berkongsi sgt. Lbh2 lagi nak tunjuk muka aku ni kat internet. Tp aku ada sket kemajuan la skang. Aku rs kalau bende tu agak ok, apa salah nya dishare. Ada kawan2 aku yg share almost everything dlm blog dorg. Aku x seberani tu. Penakut aku ni. Tp aku dah agak open skang. Jd skang ni, aku tgh ajar diri aku untuk mencuba. Bg la aku peluang ye...

Jgn marah la kat aku. Sebab tujuan aku berblog ni masih sama. Nak jdkan ia tempat luahan prasaan. Haha. Dlm diari maya aku, aku bermonolog dgn diri sendiri. Akan jd bende sm jugak nanti di blog aku yg ntah apa2 ni.

Kenapa aku mula blog smula...?

1) Aku saaaaaaaaaaaaaaaaangat buhsan ni. Ada keje kat opis tp lom boleh mula. Jd aku ni kategori x de keje la skang.

2) Aku nak blaja pasal blog. Jd kreatif sket and bla bla bla

3) Laptop yg bos bg aku utk bekerja tgh rosak. Oh no semua isi diari maya aku ada dlm tu. I'l be dead for sure. Skang bos bg aku lappy ganti buat sementara. Lappy ni sgtlah old school. Touchpad x de. Ia ada roller kat tgh2 keyboard. Dan aku yg x ske guna mouse ni dah jd terkial-kial nak menggunakan lappy hampeh ni. Untuk wat ia nampak berguna sket, aku pun wat la blog. Hehe...

So, marilah blaja blogging dgn aku. Jgn mare ye sbb site aku ni hamatz buruk. Aku budak br blaja. Kalau salah tlg la anta tutorial kat aku. lalalala....Ngehe





Related Posts with Thumbnails