Thursday, January 28, 2010

Last update...

Hello,

Lm x update. Aku terlalu sibuk sehari dua kebelakangan ni. Aku sangka TOT tu mudah, rupanya mencabar jugak dan memakan masa sehari suntuk. Lagi menyusahkan apabila tiba2 aku dipanggil meeting(dorg kata kononnya discussion, client aku neh...). Aku x nak masuk tanpa middle man project ni. Tp org berkenaan juga ada meeting dan end up aku dan pengganti aku terpaksa juga meeting smp abis.

Tangan aku rs menggeletar neh. Haish, mungkin sbb sbenarnya separuh hati aku ske berada di sini Kalau tak kerana karenah client yang menyampahkan ni, aku x akan pergi. Kawan2 aku lagi powerful dlm mencorakkan keputusan hidup aku. Kenapa...? Mungkin sbb aku dalam kesusahan, sokongan dan bimbingan org lain amat aku perlukan. Dan dorongan yang aku dpt termasuklah dr famili aku hanyalah : BERHENTI.

Keluarga aku dah lama suruh aku berhenti, terutamanya selepas raya. Tp aku degil. Semalam aku ceritakan kepada pengganti aku kisah sebenar hidup aku(tak la semua, sket2 jek). Tentang boy, tentang masa sukar aku kat sini, waktu kereta aku meragam smp aku berabis beribu utknya shj dan macam2 lagi. Tanpa segan silu, aku juga ceritakan kepadanya tentang Encik Iras. Rupa dia yang mengingatkan aku pada boy mmg buat aku menderita kat sini. Dah nak pergi kan, x de la malu sgt kalau aku cerita pasal ni kat dia pun. Pengganti aku ni anak sedara bos. Klu dia citer kat bos pun aku dah x kisah. Dah terlambat pun utk aku berpatah balik. Tak mungkin. Yang pasti, aku rs sedih jek nak tinggalkan Encik Iras, Encik Nogori dan juga Mr S. (3 org ni dr ketegori client.) Client yang lain x masuk buku sgt. Yang pasti, aku pergi bukan kerana kecewa dgn apa yg terjadi pada aku dan boy. Itu cuma sebahagian kenangan buruk aku kat sini tp ia juga menjadi sebahagian perkara yang buat aku rs x berbaloi utk terus berada di sini. Kehilangan dia adalah satu perkara besar bg aku. Ada sebab yang lbh penting membuatkan aku sanggup lepaskan kerja aku ni. Tak ape, rezeki Tuhan ada di mana2. Aku hanya perlu cari. Untuk kepentingan aku sendiri.

Ada email dr ketua projek kat sini. Aku malas nak baca cepat2. Biarkan aje la. Tak kuasa dah aku nak membalasnye ke hape. Aku buat keputusan utk tidak membacanya. Biarlah. Tak de pun dia baik pada aku walau betapa elok pun aku bekerja.

Tgh td aku makan di Sushi King berdekatan. Kawan aku belanja sbb aku dah last day. Smalam pengganti aku juga belanja. Kami lepak kat kedai mamak semalam. Ari ni aku makan dgn project mate yang lain juga. Perempuan shj sbb ari ni Jumaat. Terima kasih kepada kawan2 aku kerana sudi belanja aku. Terima kasih kerana sudi menemani aku dan melayan aku dgn baik. Terima kasih atas semua kebaikan yang mereka pernah beri kepada aku. Aku amat hargainya.

Ini mungkin entry aku yg terakhir buat masa ni. Mungkin lama x de berita aku lps ni. Aku x dpt update lagi. Sebab aku x de akses internet. Email pun aku dah x akan boleh baca dah lepas ni. Client tya aku macam mana mereka nak hubungi aku sebab mereka sangka aku ditukar ke projek lain. Aku kata 'mobile'. Memang ler aku masih ada hp, tp aku dah tukar nombor. Ehe, skang pun aku dah tutup telefon. Cukup2 lah apa yang aku dah lalui bersama mereka.

Apa sahaja buruk dan baik pernah berlaku kepada aku di sini aku anggap sebagai pengajaran yang amat berharga. InsyaAllah aku akan guna sebaiknya di masa hadapan.

Sekian...


0 comments:

Related Posts with Thumbnails