Wednesday, July 21, 2010

Cuti-Cuti ke Cameron Highland

Hoho, aku rs sgt la gembira. Aku bercuti ke Cameron Highland pada hujung mgu lepas. Sebelum pg, ada beberapa hal yg buatkan aku jd dah x senang ati nak pg. Tapi aku rs syg lak kalau cancelkan penyertaan aku. Puncanya, aku x penah pg Cameron. Sedey kan...Org lain dah biasa pg. Tp aku x bersorangan la. Ada la beberapa org lain lg dlm rombongan tu yg belom pg....Yess....ada gang. haha...

Perjalanan pegi dan balik selamat. Syukur Alhamdulillah. Puas hati la. Aku mmg nak pg lagi lain kali. aku daftarkan diri ke trip ni beberapa hari sebelom aku pergi ke Toronto. Naseb baik sempat register. Ini adalah company trip. Dulu ada trip ke Pulang Lang Tengah. Yg tu aku x nak pg sbb aku rs tkt nak berenang. Mcm la aku reti kan. Aku blaja berenang bukannya abis pun. Tension la kelas tu. X nak dah sambung. Naseb baik aku kena pg Toronto, ada alasan kukuh di situ utk melarikan diri dr kelas....ahaks...

Ini company trip yang pertama bg aku. Tak ramai yg pegi. 23 org anggota syarikat x termasuk partner2 atau ahli keluarga dorg yg ikut. Elok gak x penuh satu bas. Ada gak space utk ktrg bawak balik barang yang berlambak mcm org nak berniaga pasar malam tu...

Ni catatan ringkas je la...Aku tgh cuba blaja mengelak dr buat karangan utk masuk SPM kat sini. ahaha...

* Bas yg kami naiki tu bas baru. Aku dgr ia adalah bullet proof bus. Woow...ye ke...? Kami naiki bas pelancongan siap dgn tour guide yg badan penuh tattoo....Waktu perjalanan pegi je org ni nampak mcm pakcik tour guide yg sgt 'skempos'. Lps dah rehat after check in hotel, br la dia nampak ganas ngan tattoo penuh lengan. Malam tu lps balik dr pasar malam kaat Cameron, brlah ktrg dpt tahu yg dia sbenarnya anggota Natiianal Association of Underwater Instructor. (NAUI). Ooo...jurulatih scuba rupanya. Jd tour guide sambilan.

*Perjalan lbh 2 jam melalui Tapah dan jalan lama. Berliku-like mengalahkan liku Bukit Putus. Separuh berjalan pegi, aku x pening. Bila bas berhenti kat Lata Iskandar utk sesi bergambar ktrg, bgn jek aku rs mcm dunia berpusing...lalok...haha..pastu kawan2 bg ubat pening utk traveller. Bgs kesannya. Cepat. Tp aku still memerlukan bantuan Coke, brlah isi perut aku x kuar. Cantik Lata Iskandar neh. Org kata tpt ni ada 'benda'. Tp wat tetau jek. Keseronokan mendaki ke Cameron Highland mulai terasa.

*Td kami berhenti di Tapah. Makan minum kat RnR dia. Lps Lata Iskandar, kami menghala ke Boh plantation. Tour Guide dan warn pasal jarak dia sejauh 6 km utk pegi dan balik berjalan kaki ke BOH. Sebab bas sebesar tu x dpt masuk sehingga ke tempat BOH. Dia cadang kami ke Bharat plantation. Tp masa dia tya tu, kami penuh konfiden jawab nak pg tpt BOH. Konon nak tgk kilang teh la....Byk la berangan.

*Alih2 bila smp ke Bee farm dan Orchid farm (650 m perjalanan on the way ke BOH), sumer sudah pancit. Tengahari maa...Lom makan lunch. Trip organizer person in charge adalah org terawal yang berpatah balik ke bas selepas lawatan ke bee dan orchid farm.

*Akhirnya kami ke Bharat plantation. Minum teh, makan scone, bergambar mcm bangang...hahahha...Awal2 lagi masing2 dah abis beratus sbb beli Teh kata Cameronian tea shop tu. Aku yg x minum teh ni pun beli jugak. hahah...Pasal aku nak cawan dia yg cop Cameron Highland tu...hahaha...Aku ada trick utk minum teh. Dah smp ke situ, rs rugi la x try teh strawberry kan. Aku x leh minum teh sebenarnya sbb nnt sakit perut. Rs mcm kena perah2 jek perut aku neh. Aku br jek sakit sebab terminum Three layer tea drink pada hari Jumaat, sehari sebelum aku bertolak ke Cameron Highland. Disebabkan aku ni org yg pantang minum teh, jd selepas sahaja aku minum, aku trs tonggak Coke plak. Selamat perut aku. Hihi...

*Kami tgl di hotel Heritage. Best gak hotel ni walaupun beberapa bahagian dia ada renovation masa tu. Sejuk betul ms tdo malam. Kami check in pukul 5 ptg sbb selepas ke Bharat plantation, kami makan lunch konon. Sumer dah kenyang makan kat Bharat, lunch makan ape2 yang agak ringan jek. Kami ke Cactus Valley selepas lunch. Itu yg buat lambat check in tu. Tp semua tu mmg dah ada dlm rancangan touring. Kat Cactus valley, aku yg sbenarnya nak beli hanya 3 cactus(1 utk kawan, 2 utk aku) dah beli smp 12 cactus. hahaha...Sebab dia jual 6 cactus for 10 hengget. Masalahnya, bila aku ke KEA farm keesokan harinya, ada plak org jual cactus sebanyak 7 bg 10 hengget gak. Hangin aku...Aku peminat kaktus. Sakit hati bila ada tpt leh dpt ekstra 1. Hihi...

*Hujan masa di Cactus Valley. Sejam stengah selepas check in, kami naik bas smula utk pg dinner. Berpecah kepada 2 grup. Chinese makan steamboat. Kami yg Malay ni makan kat seafood restaurant. Kami ada 12 org klu x silap. Betapa murahnya seafood tu, sekitar 12 hengget je setiap sorg perlu kuar duit. Sronok masa makan. Dinihari tu, Cameron berkabus pekat sbb br lepas hujan. Tak nampak ape beb. baju pun lembab jek pasal kene kabus. Naseb baik kabus menghilang menjelang Isyak.

*Kami trs shopping di pasar malam selepas makan malam. Pasar malam jual mcm2. Apa2 ko nak berkenaan Cameron Highland ada situ. Murah jualannya. Aku beli bantal strawberry sebab menggoda betul bantal tu. Rs mcm menggamit-gamit aku jek mintak dibeli. haha

*Aku tdo agak awal atas sebab tertentu.

*Siang, sarapan kat hotel best. Trs check out kul 9.45 am sbb nak trs balik lps makan tgh. Lawat Rose Valley sebelum ke KEA farm. Kat KEA farm, byk org bershopping x igt dunia. Kat Rose Valley, sumer bergambar cam bangang gak. haha...skali-skala nak merilekzkan diri ek...Best2...Aku beli strawberry, jagung local Gred A(cewaah...) ngan beberapa bende lagi.

*Perjalanan pulang yg best. Singgah kat Tapah lagi, makan Baskin Robin. Waah, tudung aku pun makan aiskrim coklat sama. Jenuh aku nak membasuhnya semula...cett...

Cameron Highland....I'll surely come again. Lain kali nak dok Century Pines atau pun Equatorial plak.

Despicabe Me


Ini lagi satu movie yang aku br tgk semalam. Movie ni aku dgr dpt sambutan menggalakkan. Masa aku tgk trailer dia, mmg rs nak tgk. Aku tahu kawan aku nak sgt tgk. Giler citer budak la dia neh. Tp since aku sendiri nak tgk, ok la....layan kan...


Kawan aku slalu terpaksa mengikut aku nak tgk movie ape...Dia slalu sanggup je kemudiankan movie yg dia sendiri nak tgk berbanding aku. (Sungguh pengalah budak neh, tabik spring kat dia...* tak leh ckp syg kat dia kat dlm ni...nnt ada plak yg misunderstood). Aku mmg pandai buat muka, Aku dah develop muka ketat mcm moody memanjang tu sejak aku dok keje kat tpt lama sebelum aku keje kat tpt skang. Hah, aku miss saat2 aku keje di site pertama aku. Sronok sbb kawan2 semua yg sporting. Ske tgk wayang, ske lepak dan ske makan2. Kat site kedua tu, major problem yg wat aku x senang adalah client. Ada satu dua pegawai tu aku rs cam nak baling kasut jek (awww, sungguh ladies statement aku ni u alls....hahaha)


Best giler citer nih...Pg la tgk...menghiburkan la jugak. Skang aku look forward la kalau ada manufacturer yg kuarkan toys dr movie ni. Comel jugak si kuning2 dia tu nak wat koleksi kan....ahaks...


Aku tetau apa2 sgt psl citer ni sebelum tonton dia. Jd, memula aku tgk watak utama dia, aku igtkan si Penguin dr cerita Batman...haha...Muka cam penguin...Kesimpulan...3 bintang...! Huhu...

The Twilight Saga: Eclipse


Aku dah tgk Twilight ni masa minggu kedua tayangan dia kut. Masa tu aku pg ke cinema sbb nak tgk Predators. Sygnya movie tu dah mula. Tempat yg aku pg ni sgt la convenient utk tgk wayang. Best tgk wayang sini. Senang dpt tiket. Aku leh dtg tiap2 ari lps balik keje kalau aku x balik lambat la.


Predator msh ada tayangan lain pada hari yg sama tp masanya agak lambat utk aku tgu sehingga tamat tayangan. Jd aku dan kawan pun pilih utk tgk Twilight. Aku bukanlah peminat cerita ni. Tp aku agak teruja utk tgk cerita kali ni sbb dgr dia agak best. Nak baca buku dia jgn mimpi la. Sebab aku biasanya beli aje wat koleksi. Baca jauh sekali.


Sian kawan aku. Dia slalu kena mengalah dgn aku. Sbenarnya dia nak tgk Despicable Me. Tp aku yg x minat movie ala2 kekartunan dan kiddy ni x nak tgk. Aku ckp kat dia aku leh tgk tp not in prior list. So dia mengikut je kehendak aku yg nak tgk Twilight. At last ktrg leh gelak2 tgk citer ni. Agak best la kali ni compare to New Moon yg dulu. Menarik jugak movie kali ni. Aku adalah peminat Jacob. Aku ske lelaki yg cool tp aku rs Edward ni terlalu senyap a.k.a bosan. Jd aku peminat Jacob. Lgpun body Jacob ni lbh hot ape...hahaha...Ketawa aku bila dia ucapkan dialog I am hotter than you. Yes Jacob, indeed...you are.


Citer ni masih dlm tayangan. So aku x de la nak bg review ke hape...Just nak letak kat sini jek yg aku dah tgk. Biasala, blog kan tpt mencatat A-Z aktiviti ntah apa2 kita neh...Yg penting...Kita enjoy...!!!


Oh, akhirnye aku kembali

Waah, rs mcm sgt lama dah aku tglkan blog aku neh...Aku pk aku x nak smbg dah, tp ttb ada peluang lak nak wat entry...Aku sibuk la skang. Ada masa kawan2 tertentu jek buat masa ni. Itupun sbb dorg ni sentiasa di sekeliling aku. Byk kawan2 lain yg aku tak berpeluang jumpa. Sibuk dgn keje dan byk halangan lain lagi. Sibuk dgn boyfriend....? Oh itu super NO NO NO to me....never ever aku ada boyfriend. Tak minat ? Aku rs mcm tu. Tp most likely aku belom jmp yg btl2 ske. So jgn tya aku soalan paling common itteww...Tp, memane aku pg pun, aku ttp ada boy yg menjadi apple of my eyes. Ada2 jek unofficial kekasih gelapku. Hahaha...Yg br ni best. He's so cute I can't stand it. hahaha...Sj jek wat hiburan...Bukan leh wat ape pun dgn dia. X de hala tuju mcm biasa...

Maaf la, aku tahu aku dah promise kat diri sendiri dan yg lain pasal aku nak tulis catatan pengalaman aku ke Toronto...Tp aku betul2 x de masa la utk tu. Nanti la aku selitkan apa2 tentangnya dlm entry2 aku selepas ni(klu ada lagi la...ahaks). Dah agak lama apa... Bukan sng utk aku recall...Moral of the story, lain kali kena terus jot down kat sini...Jgn jd macam aku neh, sibuk aje dgn hiburan tgh malam aku smp x tido. Satu entry pun x menjadi masa tu. Adeh...Skang utk wat entry tentang Toronto tu, aku leh kata impossible. Aku ada beberapa gambar utk dikongsi. Bukan berkenaan Toronto tp hal2 selepas tu. Masalahnya sumer gamba di pc opis dan aku x dpt nak email ke akaun yahoo aku. Sebab x smp stengah tahun keje tpt br, inbox aku dah penuh. Aku kene mintak mentenen utk bikinkan akaun akaiv utk aku sebelum aku dpt wat cleanup selepas backup. Aku agak expert bab mengcrashkan pc dan VM. haha...Aku riso klu aku tercrashkan email aku sendiri.

Condition aku skang...? Erm, leh kata baik. Slalu kalau client tya, aku mesti jawab "I am good". Padahal aku dok soseh-soseh selsema. Naseb baik meeting kebanyakannya pakai conference call dan bukan video conference. Aku leh slow down kan lagi esak selsema aku tuh. Kalau x, haish, leceh la...

Let's start over ok. Maaf la aku x dpt berkongsi gambar skang. Nanti aku usahakan. Skang entry aku hanya taipan tanpa sebarang edit ke font type, size atau pun kaler. Redha je la ye....Masa yg aku ada hanya utk menaip. No edit2. Tp, aku rs lbh baik dr x de entry langsung. Aku sendiri nak recall balik peristiwa hidup aku bergantung pada blog ni. Harap dpt teruskan update dgn baik la...Gambar leh tarok kemudian. Ayat kene dulukan ek. Pasal tkt jd mcm Toronto, abis lupa. ceh...

Thursday, May 6, 2010

I'm back to Malaysia

Hello,

Aku dah lama sgt tak update. Nak mula dr mana utk catatan Toronto aku, aku pun tetau...Aku lom banyak masa lagi utk berblogging. Semenjak balik, keje makin banyak utk dibuat. Satu kerja dah makan banyak masa menuggu...Sbelum pegi ke Toronto, aku banyak melangut gak sbb aku br masuk tempat keje baru. Masih dlm latihan. Sebulan sebelum pergi, aku dah mula buat projek pertama aku dan ia siap betul2 sehari sebelum aku bertolak.

Skang aku masih melangut sbb tugas yang aku wat skang kena akses fail luar, jd sambungannya punyalah makan masa. Memandangkan bos aku mmg tahu tentang situasi ni, jd dia no komen. Dia dah merasa wat keja yang aku buat ni sebelum aku balik. Pre-test. Jd, aku mmg dapat kebenaran utk melangut lg buat masa ni. Bila dah mula tugas sebenar aku mgu depan, aku tetau la samaada aku akan byk masa lapang kat opis atau tak...Tp lbh baik sibuk bekerja dr duduk diam2 tgu connection test...Boring la kalau x de keje...Aku lbh suka fokus and wat keje yg aku ske smp lebam...Kalu keje yg aku x ske, no doubt aku akan merungut tahap gaban. Kekadang, bukan keje tu yg kita x ske. Tp beberapa perkara yang berkaitan dgnnya, such as other's sassy attitude....eheh...

Aku akan cuba mula catatan perjalanan aku ke Toronto tak lama lagi...Mungkin akan amik banyak masa. Aku rs terlalu banyak utk dicatat...Aku x mampu nak kongsikan semuanya. Mungkin aku akan letak gambar...We'll see...Perjalanan aku ni satu pengalaman yang amat berharga...

Kesan pertama aku selepas balik dr Toronto ialah, aku jd sgt ske travel ke oversea. My, my...Perjalanan hampir 20 jam ke Toronto. Apa sgtlah perjalanan lain yg stakat brape jam tu....Cewaah...Jd, bulan 11 nnt aku akan ke Hong Kong plak...Nak pg Disneylandnye...Common guys, masa ada passport ni la blasah pakai ek...Tu pun sbb kebetulan ada duit lagi...Aku ni kedekut. Tp utk pg Hong Kong ni, aku x pk panjang sgt, coz aku mmg nak pg Hong Kong semenjak sebulan yang lps. Bercuti la kunun...

Oh ye, aku smp ke Malaysia pada hari Isnin pukul 6.40 petang. Aku bertolak dr Toronto pukul 10 pg hari Ahad. Aku balik sehari sebelum bday aku. Makanya, pada malam tu aku sempat celebrate bday aku dgn family since dorg dtg jemput aku di airport. Dan keesokan harinya, aku celebrate dgn kawan lak kat tpt steamboat feveret ktrg...Oho, life feels great lately...Hari lahir aku, genap setahun seminggu selepas aku lost 'Dia'. Am I still missing him...? I can say yes...Aku msh ingati Dia...Susah nak lupa mungkin sbb ia berakhir dgn cara yg x baik. Pasal Dia ni, susah utk aku kongsi cerita sbenar dgn sesiapa. X de sesapa pun yg benar2 tahu tentang kami. Tp my life goes on very well...I am so thankful to God for all God's blessing on me.

Sneak peek:

This is Toronto general picture. Aku amik kat internet coz aku lom upload gambar2 aku ke laptop...Before aku letak muka aku kat sini, ada something aku kena wat dulu ngan blog ni...I am starting over remember...Oh, byk effort diperlukan utk tu...Tp takpe. Aku benar2 rs mcm hidup aku bermula semula...So far, aku sgt happy skang...Syukur sekali lagi...




Tuesday, April 6, 2010

Selingan jek-Whataya Want From Me...

Arghh...dah pukul 2.42 am. Aku belum lagi tidur ni. Aku tetau apa nak jawab kalau esok aku mengantuk di sesi aku. Hadeh...Skejap td aku cek harga kondominium yg aku duduki ni. Namanya The Qwest. Harga $350,000-$600,000(tak pasti ini CAD ke USD since dorg just ltk $ sign. It works for both currency). Sewanya antara $2000-$2600(tak tahu ini rate bulanan ke harian). Aku menetap di sini dibayar oleh bos aku. Suprisingly, now I have many bosses. And now aku rs lbh senang utk melabel mereka semua ni sebagai bos.

Aku tidur lambat ni sbb td sibuk memasak kunun, ada la kejadiannya. Lain kali aku detailkan. Pastu aku end up beli hot dog kat luar kediaman. Makan smbl berborak, pastu search video Adam Lambert merata-rata You Tube, mainkannya sambil cr info penting kat internet, merancang percutian aku di sini. Mesti tahu kadar masuk dan waktu dibuka pukul berapa. Ada tpt yg dpt masuk free pada waktu tertentu. Penting utk aku Google tu.

Aku tak akan letak lirik lagu di atas tu kat sini. Lagu Whataya Want From Me by Adam Lambert dan Bad Romance by Lady Gaga adalah feveret terkini aku. Aku dgr kedua-dua lagu ni (of coz termasuk beberapa lagu yg aku bikin playlist dlm penerbangan aku br2 ni) hampir sepanjang perjalanan selepas aku transit(detailnya belum sempat aku sediakan). Aku tgh rushing menaip ni sbb byk lagi video Adam Lambert yg aku blom tgk. Nak tgk sbelum tidor. Aku takut kn jet lag lg since aku gedik2 tido lambat ni.

Aku mula ske lagu2 Adam sejak aku dgr lagu kat atas tu. Lagu yg powerful. Aku br sj tgk videonya. Mungkin aku agak ketinggalan. Peduli apa aku. Korg igt aku ada byk masa ke nak mengGoogle sumer ni...? Kalau aku ada laptop sekalipun atau ada akses, aku x de masa terluang sgt. Sgt pack jadual aku mcm hape ntah. Sbelum ni aku ske dia nyanyikan No Boundaries. Aku lbh suka nyanyiannya utk lagu tu berbanding Kris Allen. Then kuar lagu Time For Miracle utk 2012 soundtrack. Erm, this guy kind of hot (mengikut coretan peminatnya di You Tube). Beb, peminat dia neh fanatik. Tp aku setuju dgn dorg. He is a bit handsome kalau dia tak weirdo cam tu. (He doesn't look nice pada masa2 chubby...) And he is a guy who can wear mascara in such a gorgeous and sexy way. Perhaps, he is the only man who looks good putting on mascara. Boyfriend dia kurus jek. Masih together lagi ke...

Ok, x de mood utk menaip pasal early days of my trip just yet. Aku sgt ada mood ni nak menonton video2 Adam. Aku sibuk Google ni pun sbb br tahu pasal show kontroversi dia. Ketinggalan kan aku...? Ye betul tuan2 dan puan2 sekalian. Sila la teruskan mengutuk aku. I dun mind...hakikat la plak kan....

Bubye....(Haish, broingnyer coz aku x cukup masa nak letak gambar Adam kat sini...Sunyi sepi blog aku neh tanpa sket sentuhan kreatif gambar2 copy paste. Ngahahahaha....)

Monday, April 5, 2010

Skipping post: Day 3

Ntah ape bende ler Day 3 ttb ek...Aku terpaksa skip memandangkan ini dah hari ketiga aku berada di rantau org...Oooops, dah masuk hari keempat pun.

Kat mane aku neh...? Sbenarnya aku berada di Toronto, Canada. Lbh tepatnye, skang aku berada di satu kondomonium di Simcoe Street And Richmond, sekitar University Avenue. Tak reti sgtla aku nak mendescribekan secara terlampau. Ah, byk sgt nak diceritakan. Detik2 terawal dan perjalanan yg aku tempuhi utk aku smp ke sini sgt bererti. Tp aku perlukan lbh masa utk itu. Mungkin aku akan lakukannya esok. Aku x pasti di mana aku berhenti menulis blog ni sebelum ini. Tp seingat aku, aku ada wat entry tentang aku nak oversea. Kini aku di oversea sudah. Untuk pertama kali dlm hidup. Perasaan teruja sgt terasa kini. Sebelum aku smp, aku x pk sgt. Sebaliknya aku sgt takut sbb aku dtg ni bekerja. Dan kerja yg diharapkan dr aku bukan cikai2.

Kondo ni tempat penginapan aku selama lbh 3 mgu aku di sini. Lbh kurang sebulan la total upnye. Sgt la masyuk tpt ni, aku mungkin aku akan ceritakan lbh detail. Gambar...? Erm, aku cuba usahakan. Byk usaha utk semua ni. Aku x byk masa. Skang dah pukul 1 pg lbh kat sini. Kat Malaysia, skang dah pukul 1 tgh. Ada beza masa tepat 12 jam memandangkan dorg skang tak pakai DST(Day Light Saving Time). Kalau guna DST ni, ada gap sejam dua berbanding waktu Malaysia. Aku perlu tidur skang. Aku dah kena jet lag pun hari kedua aku smp ke sini. Esok dan hari2 seterusnya, aku msh sibuk. Nak wat connection testing lagi. Haduih, memana aku pg pun x lari dr sket2 networking. Bateri pun dah nak abis neh...Erm...Bubye..

Related Posts with Thumbnails