Tuesday, October 27, 2009

antara insan yang dirindui

Sebentar td aku membaca blog seorang teman. Dari situ aku hop ke blog seorang lagi teman. Kedua-dua org ini baik dgn aku waktu kami study dulu. Tp hanya slh seorang sj yg aku pernah rapat. Aku pun x tahu macam mana kami boleh rapat. Tp td bila baca blognya, rs mcm sayu aje. Dia yang aku kenal dulu mmg org yang baik (di mata aku) dan kini seakan-akan da menjadi semakin baik. Entrynya sgt sweet. Hidupnya macam bahagia. Aku...?

Hai. Melihat blog dia, aku rs rindu lak kat dia. Rindu pada semua teman yang pernah baik dgn aku. Terpisah bila masing2 dan menyambung pelajaran, bekerja dsb. Aku x menjaga kawan2 aku sgt. Sebab aku bukan jenis yang menghubungi org. Tp satu masa dulu, kawan yang aku sgt cherish pernah buat aku rs aku serik nak berkawan dgn sesapa lagi. Dorg ni la yang buat aku jd tertutup dan sgt memilih kawan. Skarang, aku ingin punyai lebih teman. Berkawan ramai2 macam dulu, mcm org lain. Tp aku rs susah. Susah sgt sbenarnya. Aku bersosial jugak dan kenal ramai org. Tp bila org nak dekati hidup aku, aku trs ttp pintu.

Td bila sorg kawan kerja aku bgtahu, teman2 blognya ingin berjumpa dia. Aku dgr pun rs ngeri. Oh no, adakah aku satu hari nanti akan hadap situasi serupa...? Oho, aku ingin sbenarnya tp harap masa tu hidup aku dah lbh ceria dan boleh dibanggakan. Hidup yang aku sendiri boleh terima. Skang ni, apa yang aku rs adalah kerinduan yang terlalu dalam terhadap teman2 lama aku...yang baik2 tu.

Aku bersyukur dgn apa yg Tuhan beri kepada aku sehingga ke hari ni. Aku boleh kata yang aku punyai hampir segalanya, kecuali suami dan anak. Hmm. Akan kahwin ke aku...? Sebab aku dah x berminat ke arah itu. Aku pernah merasai sakitnya bila kehilangan org yg paling disayangi. Pintu hati rs tertutup sehingga kini. Ntahlah. Aku pun tak tahu apa akan jd dgn hidup aku ni. Kadangkala rs kosong bila aku teringat pada Dia yang sudah tiada dlm hidup aku. (Dia masih hidup ok. Tp ntahla di mana dan mcm mana keadaan dia skang...Aku harap dia hidup bahagia...)

Inilah mata seorang insan yang pernah menjadi teman aku dulu. Ntah la dia masih igt aku atau tak. Aku rs mcm nak jek link kan blog aku ni dgn blog dia. Tp aku belum bersedia bertemu mereka semua lagi...Nanti-nantilah ye...


Insan yang bermata cantik ni satu masa dulu pernah beri aku semangat utk sertai satu aktiviti yang aku sukai; Tarian. Walaupun hanya sekali menari dalam majlis rasmi, tp aku rs itu mmg kenangan yang aku x boleh lupa. Saat manis dlm hidup. Thanx to her, I am able to experienced all that.


~~Oh ye, tahniah la pada dia yang br dpt keje gomen. Keje la baik2 ye...Don't play2...hehe~~

0 comments:

Related Posts with Thumbnails