Tuesday, October 27, 2009

Sinopsis sebenar filem Pisau Cukur


Semalam aku merapu sket pasal Pisau Cukur ni. Hari ni aku terbaca lagi pasal filem ni dlm Kosmo. Gambar di atas aku ambil dr situ. Juga sinopsis di bawah ni. Oho, aku makin teruja nak tgk. Sronok tgk lakonan Fazura dlm previu filem tu. Hmh, tp bilanya nak tgk ni...? Aduhai...
Sinopsis :
Filem terbitan Red Films dan Primeworks Studios ini mengisahkan dua gadis jelita, Bella (Maya Karin) dan Intan (Nur Fazura) yang pergi bercuti di atas kapal mewah Putri Duyung dengan harapan untuk mendampingi lelaki-lelaki kaya.
Bella cuba mendampingi seorang duda, Datuk Hisham (Eizlan Yusoff) dengan mempergunakan seorang jejaka kacak, Faqir (Shahredza Minhat) untuk mencapai impian itu.
Intan yang bertugas sebagai pengacara sebuah rancangan jenayah pula mempunyai seorang 'sugar daddy' iaitu Datuk Salleh (Radhi Khalid) yang sudah beristeri.
Bagaimanapun perancangan percutian antara Intan dan Datuk Salleh tidak menjadi dan menyebabkan Intan membawa rakan baiknya Bella.
Kebetulan ketika pelayaran mereka bertemu dengan Datuk Zakaria (Datuk Rahim Razali) yang datang belayar bersama tiga isterinya (Khatijah Tan, Umie Aida dan Sharifah Sofia) dan dua anaknya Suri (Liyana Jasmay) dan Johan (Nas-T)

Namun, Intan cuba membuktikan bahawa kecantikan dirinya datang bersama minda yang bijak. Lalu dia telah membantu seorang detektif, Ari (Aaron Aziz) menyiasat misteri pembunuhan Datuk Zakaria yang terjadi di atas kapal itu.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails