Sunday, October 25, 2009

Jualan murah...

Hello.

Aku buat entry ni sbenarnya dah petang Jumaat lepas. Masa tu dah suntuk sgt masa sbb aku nak balik dah dr opis. Aku ada broadband maxis tp adik aku pakai di kampung. Jd aku menghadap internet hanya di opis. Aku dah taip bik punya, pastu aku cuba kecikkan font kononnya la. Ttb dah hilang sumer yg aku taip td. Haram...Hanginnya aku. Rs cam nak baling lappy ke dinding. Naseb baikla aku kat opis dan naseb baikla lappy ni company yg punya. (##Kalau sendiri punya, x de nya aku nak baling. Syg woo....ribu riban beli neh...Tp, korg leh bygkan tak, betapa tempernya aku...?##)

Aku cuma nak nyatakan pasal topik kat atas tu jek. Aku ade wat jualan murah la kononnya. Tak banyak barang pun. Cuma ada 3 baju dan satu kasut. 3 baju tu x penah dipakai untuk jalan2. aku pernah pakai untuk try jek. Kasut tu dah pernah pakai. Aku beli di Angelo Moda. Masih dlm keadaan baik kecuali tapaknya yang dah haus. Tp kalau ada org nak beli, kami akan baikinya dulu sebelum export kat org tu. Slh satu dr baju tu dah terjual masa aku bw ke opis. Jd tgl hanya 2 baju dan 1 kasut utk let go. Gambarnya, nanti aku curik dr site teman aku tu, pastu tampak sini ye. Sian aku, gambar barang sendiri pun kena curik dr org. Aku x leh guna hp sendiri utk tangkap gambar sbb kena install software dia di lappy. Lappy lama aku masih dibaiki oleh bos. Situ ada la software utk hp aku neh.

Asalnya ada 3 kasut yang aku nak letgo bila kawan aku tanya. Salah satunya ialah yg aku letgo ni. Satu lagi aku dah terbuang rupanya. Rosak sket jek dr Vinci. Rosaknya adalah salah satu sambungan tali depan dia terputus. Hanya perlu hantar tukang kasut utk dijahit tp aku malas. Aku mmg ada perangai buruk ske buang barang. Aku pun buang la kasut tu tanpa belas kasihan.
Kalau x buang barang pun, aku mmg cuai jaga barang. Aku pernah hilangkan gelang tangan emas aku, cincin suasa aku. Macam2 lagilah.. Tp yg gelang emas tu dpt jumpa semula. Fuh, naseb baik. Kalau x, mati la aku kena ganyang ngan mak. Itupun sepanjang tempoh kehilangannya, jenuh jugak la telinga nipis aku ni nak telan bebelan mak. Aku jumpa semula di celah lipatan baju aku. Oho, konon2nya nak simpan tpt selamat la neh, tp sendiri lupa lak.

Satu lagi kasut tu berwarna kuning dgn hiasan butterfly yang cantik di bahagian depan. Aku x pakai lagi sbb segan. Baju aku warna kuning, tudung pun kuning. Plain kedua-duanya. Kalau aku join the venture dgn kasut neh, gerenti abang aku akan ckp:"Fuyoooh...Mcm Mr Bean !!!". Untuk pengetahuan, aku mmg ske kaler kuning. Ala2 daulat Tuanku gitu la kan. Tak dapat jd puteri raja, berangan je la yang I mampu. Wokeh...Hehehe...Tp aku x smp ati jual kasut ni sbb aku teringat, anak sedara aku sgt ske menjinjit kasut ni di atas bahu dia. Dia baru berumur lbh kurang setahun setengah skang. Dia ske bawak kasut tu dan jalan kedek2 ke sana ke mari. Jika terlepas, dia akan patah balik, kutip dan letak atas bahu dia semula. Tkt lak aku. Kalau aku jual, nangis plak dia nanti bila dia dtg umah aku, mainan dia dah x de. Anak sedara aku ni, kalau nangis, sejam lps tu belum tentu diam. Tp kalau nak dia diam cepat, kn la bawak dia kuar jalan2. Biasa la budak2. Semua pun serupa aje. Aku dulu macam tu tak agaknya....? Ngehehe...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails