Showing posts with label blaja blogging. Show all posts
Showing posts with label blaja blogging. Show all posts

Tuesday, January 5, 2010

Sony Cybershot Ultra Slim Point & Shoot

Ini lak adalah kamera yang aku nak. Jenis Sony Cybershot. Aku tak kisah sgt dia nak slim ke hape ke. Aku x berapa ske pink. Aku biasa pakai bende2 pink tp bukan minat la. Aku prefer kalau ada yang kaler oren. Apa2 hal pun, kalau leh aku nak ia Sony.


Antara cirinya :
~12.1 megapixel 4x optical zoom lens
~Intelligent auto
~Smile shutter
~Face detection
~Optical SteadyShot image stabilization
~720 p HD video

Aku tak pasti adakah model ni di Sen Heng(betul ke aku eja neh...?). Tp aku nak tgk kat tpt2 camtu la dulu. Takpun kat Courts. Courts ada banyak koleksi bende2 mcm ni. Yang pastinya harga dia leh tahan. Ntah2 pertengahan tahun br aku leh dpt. Tahun ni kena banyak bersabar. Tp aku akan pastikan aku dpt apa2 yang aku nak ni. Biar lambat skalipun tp mesti tahun ni juga.



BlackBerry Curve

Oh, hari ini mari kita meninjau sket tentang gajet ye.

Sbelum tu, aku nak nyatakan di sini yang pada tgh ni, hati aku dah lapang sket dan otak aku dah lega sket dgn masalah aku. Cuma yang masih memberat di otak skang ialah perasaan bebulu pada sesetengah personal client aku kat sini ni. Ada antara mereka yang baik di depan, tp di belakang atau pun at the end of the day br nak tunjuk apa yang tak patut dia buat pada kita tp dah dibuatnye.

Tgh td abah aku kol dan bgtahu sekali lagi bahawa aku leh buat pembayaran minggu dpn kalau aku nak. InsyaAllah. Dia kol aku sbb aku bgtahu dia td aku nak bayar bil Maxis aku. Jd aku mintak abah masukkan duit aku ke akaun aku. Abah aku susah sket nak diajar guna telepon berbanding mak aku yg lbh pick up. Abah aku, kalau kita anta dia msg, abah akan kol balik sbb abah tak reti reply msg. Yang mak aku lak, semakin lama semakin pandai bermsg. Kalau dulu nak mengarang mesej tu smp stengah jam. Skang dah laju. Cuma bila dia reply msg tu, dia akan kuar balik, tulis semula dan masukkan nombor penerima ikut ingatan dia dan bukan mencari dr phone contact mcm biasa kita buat. Aku slalu ajar dia utk search dr contact, sbb tkt dia silap anta kat org(which is kekadang mmg dia terbuat ni). Apa2 pun, aku rs mak abah aku sgt cute dlm bab gajet2 ni. Abah aku ada hati nak pakai handphone canggih tp akhirnya dia ttp akan pakai sms dan kol je. Dulu aku pernah hadiahkan dia handphone Hyundai. Agak lama dia guna sbelum talipon tu akhirnya rosak. Ia rosak sbb ia sgt ringan. Bila abah seluk poket, dia sangka ia tisu lalu campak ke tong sampah. Naseb baik dia sedar itu talipon dia dan amik semula. Kalau dia tinggal dlm tong sampah, aku tetau la apa bakal terjadi kepada nombor2 kontek dia.

Aku ni masih memberi ibu bapa aku uruskan sebahagian kewangan aku. Kalau tak, nanti dorg merajuk. Tiap2 bulan kerja aku bank in kepada parent duit keta, duit umah, duit apa2 la yg perlu(buat masa ni hanya Astro jek aku urus sendiri). Duit dlm bank aku hanya tgl yg aku bajet utk pg balik keje, makan kat keje, hujung minggu utk jumpa kawan dan duit minyak. Kalau dah terkureng sbelum masanya, aku akan mintak parent masukkan smula duit aku di tangan dorg. Boleh kata unofficial banker aku la. Kalau tgk bank statement aku, awal bulan jek dah tgl sket sbb tu la. Aku rs transaksi bank abah aku haruslah lbh aktif dr aku.

Ok, back to BlackBerry. Handphone yang aku cadang nak beli tahun ni. Aku tetau sgt pasal handphone ni. Mls aku nak baca kat internet. Aku prefer utk dgr penjelasan jurujual jek masa aku nak beli nanti. Coz utk barang ni, aku dah x peduli sgt function dia. Yg ptg aku nak, maka aku harus dptkan. InsyaAllah. Aku nak BlackBerry Curve sbb aku tak minat Pearl. Ada banyak gak dlm rangkaian Curve ni. Nanti kat kedai baru pilih betul2. Tgk kat internet wat rambang mata jek. Kat bawah ni ialah gambar BlackBerry yang aku cilok dr internet. Hehe...


Monday, October 19, 2009

New Sweet Life

Hello. Sbenarnya aku seorang yg slalu mencatatkan nota hidup aku di atas kertas. Bila zaman berubah, aku pun berubah. Aku mula menaip dlm notepad di laptop aku. Dan 'Hello' adalah perkataan yang aku guna setiap ari untuk memulakan catatan aku. Skema aku ni. Tp org putih kata 'Who damn cares'. Hahaha...

Aku dulu pernah ada blog. Tp disebabkan aku x ske berkongsi hal peribadi aku apatah lagi gambar, aku menjadi anti-blog. Tp skang aku tahu, blog bukan semata-mata hal peribadi kau kan. Nak sambung blog yg dulu, aiya. Aku rs mesti ia dah mampus. Sebab aku dah lupa pun passwordnya. Hehe...

Erm, aku masih lg sperti dulu yg x ske berkongsi sgt. Lbh2 lagi nak tunjuk muka aku ni kat internet. Tp aku ada sket kemajuan la skang. Aku rs kalau bende tu agak ok, apa salah nya dishare. Ada kawan2 aku yg share almost everything dlm blog dorg. Aku x seberani tu. Penakut aku ni. Tp aku dah agak open skang. Jd skang ni, aku tgh ajar diri aku untuk mencuba. Bg la aku peluang ye...

Jgn marah la kat aku. Sebab tujuan aku berblog ni masih sama. Nak jdkan ia tempat luahan prasaan. Haha. Dlm diari maya aku, aku bermonolog dgn diri sendiri. Akan jd bende sm jugak nanti di blog aku yg ntah apa2 ni.

Kenapa aku mula blog smula...?

1) Aku saaaaaaaaaaaaaaaaangat buhsan ni. Ada keje kat opis tp lom boleh mula. Jd aku ni kategori x de keje la skang.

2) Aku nak blaja pasal blog. Jd kreatif sket and bla bla bla

3) Laptop yg bos bg aku utk bekerja tgh rosak. Oh no semua isi diari maya aku ada dlm tu. I'l be dead for sure. Skang bos bg aku lappy ganti buat sementara. Lappy ni sgtlah old school. Touchpad x de. Ia ada roller kat tgh2 keyboard. Dan aku yg x ske guna mouse ni dah jd terkial-kial nak menggunakan lappy hampeh ni. Untuk wat ia nampak berguna sket, aku pun wat la blog. Hehe...

So, marilah blaja blogging dgn aku. Jgn mare ye sbb site aku ni hamatz buruk. Aku budak br blaja. Kalau salah tlg la anta tutorial kat aku. lalalala....Ngehe





Related Posts with Thumbnails