Tuesday, January 5, 2010

BlackBerry Curve

Oh, hari ini mari kita meninjau sket tentang gajet ye.

Sbelum tu, aku nak nyatakan di sini yang pada tgh ni, hati aku dah lapang sket dan otak aku dah lega sket dgn masalah aku. Cuma yang masih memberat di otak skang ialah perasaan bebulu pada sesetengah personal client aku kat sini ni. Ada antara mereka yang baik di depan, tp di belakang atau pun at the end of the day br nak tunjuk apa yang tak patut dia buat pada kita tp dah dibuatnye.

Tgh td abah aku kol dan bgtahu sekali lagi bahawa aku leh buat pembayaran minggu dpn kalau aku nak. InsyaAllah. Dia kol aku sbb aku bgtahu dia td aku nak bayar bil Maxis aku. Jd aku mintak abah masukkan duit aku ke akaun aku. Abah aku susah sket nak diajar guna telepon berbanding mak aku yg lbh pick up. Abah aku, kalau kita anta dia msg, abah akan kol balik sbb abah tak reti reply msg. Yang mak aku lak, semakin lama semakin pandai bermsg. Kalau dulu nak mengarang mesej tu smp stengah jam. Skang dah laju. Cuma bila dia reply msg tu, dia akan kuar balik, tulis semula dan masukkan nombor penerima ikut ingatan dia dan bukan mencari dr phone contact mcm biasa kita buat. Aku slalu ajar dia utk search dr contact, sbb tkt dia silap anta kat org(which is kekadang mmg dia terbuat ni). Apa2 pun, aku rs mak abah aku sgt cute dlm bab gajet2 ni. Abah aku ada hati nak pakai handphone canggih tp akhirnya dia ttp akan pakai sms dan kol je. Dulu aku pernah hadiahkan dia handphone Hyundai. Agak lama dia guna sbelum talipon tu akhirnya rosak. Ia rosak sbb ia sgt ringan. Bila abah seluk poket, dia sangka ia tisu lalu campak ke tong sampah. Naseb baik dia sedar itu talipon dia dan amik semula. Kalau dia tinggal dlm tong sampah, aku tetau la apa bakal terjadi kepada nombor2 kontek dia.

Aku ni masih memberi ibu bapa aku uruskan sebahagian kewangan aku. Kalau tak, nanti dorg merajuk. Tiap2 bulan kerja aku bank in kepada parent duit keta, duit umah, duit apa2 la yg perlu(buat masa ni hanya Astro jek aku urus sendiri). Duit dlm bank aku hanya tgl yg aku bajet utk pg balik keje, makan kat keje, hujung minggu utk jumpa kawan dan duit minyak. Kalau dah terkureng sbelum masanya, aku akan mintak parent masukkan smula duit aku di tangan dorg. Boleh kata unofficial banker aku la. Kalau tgk bank statement aku, awal bulan jek dah tgl sket sbb tu la. Aku rs transaksi bank abah aku haruslah lbh aktif dr aku.

Ok, back to BlackBerry. Handphone yang aku cadang nak beli tahun ni. Aku tetau sgt pasal handphone ni. Mls aku nak baca kat internet. Aku prefer utk dgr penjelasan jurujual jek masa aku nak beli nanti. Coz utk barang ni, aku dah x peduli sgt function dia. Yg ptg aku nak, maka aku harus dptkan. InsyaAllah. Aku nak BlackBerry Curve sbb aku tak minat Pearl. Ada banyak gak dlm rangkaian Curve ni. Nanti kat kedai baru pilih betul2. Tgk kat internet wat rambang mata jek. Kat bawah ni ialah gambar BlackBerry yang aku cilok dr internet. Hehe...


0 comments:

Related Posts with Thumbnails