Aku punyai maxis broadband. Aku punyai 3G handphone dan juga Digicam. Oh, tak lupa juga, laptop kegunaan kerja. Laptop hak syarikat. Yang lain kepunyaan sendiri. Aku dah miliki broadband lebih setahun lalu. Oh aku ada laptop sendiri jugak la. Dah rosak sepenuhnye sejak 2 bulan lepas. (Patutla aku terlupa keujudannya).Laptop aku, digicam dan Maxis selama ni digunakan oleh adik kesayangan aku (mungkin sebab dia my only adik.) Skang adik aku dah mula bekerja. Dia decide to go for other broadband. Dia kembalikan Maxis aku ni kepada aku. Aku nak guna macam mana...? Aku x de FB, friendster aku dah matikan lebih stengah tahun lepas(bosan, malas nak update). Aku hanya ada blog. Semalam aku berminat lak nak buat FB. Aku bgtahu opismate aku, aku nak sambung Maxis aku, x jd nak terminate. Tp malam td sebelum tidur, aku terpk. Aku punya laptop belum tentu dpt dibaiki dlm masa terdekat, jd rugi la aku. Walaupun sbenarnya aku leh pinjamkan kepada adik aku buat sementara waktu lagi. Adik dah punyai laptop sendiri juga. Sangat sayang pada laptop dia smp dah 3 bulan beli pun laptop masih dalam plastik occay. Erm, susah la nak wat keputusan mcm ni. Baiklah aku senaraikan di sini supaya aku ada rujukan. Lain kali x de la aku gedik2 lagi nak tukar keputusan. Sesapa yang ada masalah macam aku, mungkin boleh bagi sedikit idea juga. Kalau ada Maxis : -Aku nak masuk kelas renang hujung bulan 2 ni. Organizer ada FB sendiri. Aku leh create FB aku dah berkenalan serta buat apa2 yang patutlah dgn FB tu. -Aku ada blog. Kalau aku nak update, aku leh update setiap hari di waktu malam. Sebab siang2 hari, aku x de cara utk connect internet. Not available occay. -Aku leh dload muzik2 kegemaran, filem2 dll tanpa apa2 blocking. -Aku leh google map bila2 masa aku nak, book tiket wayang dan tiket flight online, book apa2 yang perlu dll. -Aku leh cari info terutamanya pasal ilmu2 berkaitan tugas aku jika perlu. -Sronok leh online di mana2 termasuk dlm kereta. -Kalau nak masak apa2 yang best, cr saja resipinya. Sambil masak, biar laptop on. -Aktiviti2 di atas mungkin menyebabkan aku jadi burung antu. Tak tido malam. Lama2 mata ada dark circle yang obvious macam Gaara. Oh, haruslah spend lebih duit plak utk beli Garnier Eye Roll On(berkesan ke bende ni...? ) -Akan menyebabkan aku ketagihan dan hujung minggu pun aku mungkin abiskan di rumah sj. -Di rumah, x de sebarang segan silu nak mendownload ntah apa2, jd moral mungkin terhakis sket demi sket. For info, aku ni agak berminat dgn bende2 pelik sket. Ntah nape, minat semulajadi kut. Bende yang biasa2 kurang menarik minat. -Kawan aku mungkin akan mengutilizekan broadband aku juga. (Eh, dia ada broadband Digi. Lupa plak.) Kami mungkin akan sama2 tengok filem online, manga online dll smp lupa siang dan malam. (Ikut pengalaman, bende ni mmg pernah terjadi. Dulu aku bertunggu-tangga kat umah dia smp lupa balik umah sendiri untuk bersiap pergi keje.) -Asik duduk depan laptop, nanti makan pun sumer depan laptop. Tak bagus untuk tabiat makan dan postur badan. Penjagaan kulit muka pun akan terjejas sbb syok sgt layan internet. (When I do something, I do it with full passion. Normally makan minum pun dah tak ingat) Kalau x de Maxis: -Masih leh create FB, leh update blog, dload dll tapi x setiap hari la. -Aku ske sgt Mc D. Jiwa raga pun dah sebati dgn Coke dan Pepsi(tapi skang dalam proses menghentikan ketagihan ni. I am a cafein addict). Aku leh melayari internet sambil lepak2 makan Mc D. Santai sekali.Oh I like... -Leh juga buat aktiviti di atas di kopitiam ye. Sedap makanan dia. Leh minum kopi lagi. Layaaannnn.... -Tak perlu kelam-kabut baiki laptop. Ada masa kumpul duit beli note book yang cumel ittew instead of baiki laptop zaman batu yang perlu banyak barang ganti tu. -Paling penting, kurang sket bayaran tetap bulanan. (Bil maxis ni bertukar-tukar. Kejap tinggi kejap rendah. Tgk promo bulanan dia) -Boleh bgtahu sumer org: Sila jgn anta aku email ye, aku x de tempat nak baca. No internet access. *** Occay, itu jek alasan yang aku leh pk setakat ni. Keutamaan aku skang ialah beli laptop mini yang benar2 memuaskan hati. Mungkin ambil masa sket. Plg cepat pun boleh beli pada upcoming PC Fair, dpt gak free gift kan. Jd aku rs yang terbaik ialah tamatkan aje riwayat Maxis broadband aku. Duit lebih boleh buat pelaburan ye kawan2. Untuk bekalan masa depan. Kalau dah terdesak nak pakai internet, Encik CC kan ade...Ehehe... p/s: Aku sebagai auntie mithali x sabar nak belikan si kecil kesayanganku, Baby H sebiji laptop utk budak(alah yang colourful tuh). Supaya baby akan cepat pandai dan jd budak moden yang berbakat. Buat sorg lagi syg auntie, baby Jimmy. Auntie sentiasa doakan Jimmy supaya cepat sihat, boleh bergerak cergas mcm Baby H. Auntie leh jaga Baby H dgn baik, auntie leh jaga Jimmy juga, bagi Jimmy makan best2 dan mainan yang best2 mcm Baby H. Auntie ada something best for you both my pretty little babies, Chocolate Indulgence from Secret Recipe, our fav. Hope Baby H tak lompat on his laptop la like how he always jump on my poor petite lappy. |
Monday, January 18, 2010
Maxis Broadband : To continue or not ?
Posted by damien at 12:14 AM 0 comments
Alasanku
Biasa dengar lagu Alasanmu dr Exist...? Itu adalah lagu kegemaran aku. Kat bawah ni plak adalah entry yang aku buat selepas aku berlepak lagi dgn kawan rapat aku. *** Let' s get start... 14 Jan 2010. Lama sekali rsnya tidak menaip untuk blog ni. Rs mcm hilang nafas seketika. Setiap hari terasa semakin baik kehidupan. Masih banyak perkara yang belum selesai. Tapi x de apa yang perlu dibuat dengan tergesa-gesa. Banyak benda yang nak diluahkan tentang DID, juara Idola Kecil, Anugerah Juara Lagu dan lain2 lagi rsnya macam dah agak basi untuk dibincangkan. Ada lagi bende2 lain nak dikongsi, juga dah terlupa. Ah, penyakit biasa. Lupa memanjang. Meniti hari-hari terakhir di sini dengan menghirup udara yang sama sebelum membebaskan diri, aku rs seolah-olah keadaan makin baik bagi aku. Dugaan tetap sama, malah pernah hati ni rasa panas sekali di tempat kerja ni. Tapi akhirnya segalanya itu dapat dikawal. Bagaimana ? Mudah saja. Aku cuma perlu pikir; Cukup setakat ni. Aku kalau boleh mahu akhiri dengan baik. Jd aku mahu pengisian hari-hari terakhir ni aman, biar apa pun cabarannya. Aku harap sgt semoga x de siapa yang memacu kemarahan aku ke tahap maksimum sementara aku masih di sini. Banyak lagi org lain yang aman damai kat sini. Aku sorg je yang meletup kepala otak kat sini(agaknya la, x semua org suke berkongsi masalah). Kawan2 aku slalu bertanya : Why must everytime, it is always U...? Aku pun menjawab begini. Jawapan standard: I dunno. U should ask that to the bosses and those who left and leave their pending task to me. I am just one ordinary nothing special worker whom always carry the burden with pride. The pride of trust which those people put on me, or possibly I am the only one who think it is trust. But they actually thingking the other way round. Thinking of me as their escapisme and perfect candidate to be fully utilize. Kawan aku membalas kembali: I think of the other option. They actually make use of U. Isn't it obvious...? Aku berfikir sejenak lalu membalas : Perhaps, they did. Kawan aku menggeleng kepala dan berkata lagi : I told U, babe. Sadly, U still let them be. Until when...? Kawan aku mula mengungkit tentang semua saranan dia supaya aku quit dan ikut jejak langkahnya. Ungkit tentang leteran dia supaya aku sentiasa mendahulukan diri sendiri dan memikirkan kepentingan diri sendiri on top of everything else. I wish I dun have to tell my friend this thing again and again. The words are still the same. It just can't be helped. I love my job. I really love my job. What I hate is just every nasty things that comes in between. Kawan aku (malah aku sendiri juga percaya pada perkara yang sama) mengatakan bahawa ayat : "Sori, aku tak dapat mengelak" adalah jawapan tipikal dr org2 yang bersalah. Dia tak ingin lagi dgr sebarang alasan aku. Dan akhirnya aku benar2 mengikut katanya. Entah kenapa aku ni menurut perintah. Kawan aku kata aku sangat taat dan ske menurut perintah.(Sorry all for saying things like this. I and some of my old friend really love to be an ass licking follower. We don't like to be bosses). Dia sedar tak agaknya yang skang aku ni mengikut perintah dia pula. Tapi aku anggap keputusan aku ni lebih kepada kesedaran aku dah berjaya diketuk oleh dia. I should say thanks to my friend istead of blaming them for making me decide this unexpected decision. Aku ske menaip tentang ini di blog aku ni. Aku bukannya nak meluahkan sebarang kemarahan. Tak ada kemarahan lagi. Semua dah masuk box dalam hati aku. Tightly seal. Aku cuma nak mengenang kembali sementara nafas aku masih di sini. Setelah aku pergi nanti, segala cerita ini akan berakhir. No more. Aku decide not to return in any way. Kalau aku perlu kembali, aku x perlu la nak pergi dari sini kan. Bodoh namanya. Aku percaya kawan aku pasti marah jika aku masih gedik nak kembali ke sini di masa akan datang. Aku bukan nak menjaga hati dia or apa2 pun bila aku mendengar nasihat dia. Aku cuma nak hentikan dr kebiasaan mendengar bebelan dia. Aku rs hidup kami perlu dipenuhi dengan kegembiraan. Jd kenapa aku perlu cetuskan sesuatu yang membuatkan masa lepak kami dilatari dengan amaran demi amaran dr dia. Aku tahu dia perlukan aku sekarang. Aku rs aku juga perlukan dia. We need each other so desperately now. Mungkin sebab tu dia sentiasa mendesak aku selama ni. Hanya jalan ini sahaja yang aku nampak bisa mendekatkan aku dgn dia. Aku ingin lihat cahaya. Aku menanti untuk masuk ke dalam cahaya tu supaya satu hari nanti blog aku ni terisi dengan perkara yang indah2. Sesuai dgn namanya : ^-^ Sweet life ^-^ Pada saat aku menaip perkara di atas, jiwa aku rs sgt2 aman dan tenteram. I wish to thanx all those supportive friends of mine. Believe me dear friends, bouquets of flowers or thousand of chocolate in beautiful boxes can't really tell how much I appreciate those good advice and support. There's nothing in world can best describe how I feel and how much those beautiful words of wisdom able to make me feel calm and comfort. |
Posted by damien at 12:09 AM 0 comments
Muhasabah diri
Ini bukan satu entry yang emo. Ini cuma satu catatan aku utk hilangkan bosan. X de apa sgt aku nak cari di internet. Org2 yang terdekat aku tahu aku x berapa 'into' internet. Itu antara sebab aku malas benar mempunyai blog. Blog yang dulu aku pernah ada sket berlainan. Beberapa tahun dulu aku berblog sbb aku terlibat dgn satu kelompok yang manusia yang menarik utk aku ikuti. Mereka semua punyai blog masa tu. Aku seronok baca blog dorg. Aku juga dipengaruh supaya punyai blog sendiri dan muatkan apa yang mereka expect dr aku. Seronok sgt masa tu. Aktiviti tu mula terhenti apabila ada kawan baik aku sedar tentang keujudan blog tu. Kenapa aku rahsiakan blog aku dr kawan2 baik...(kawan baik masa itu la)? Sebab org2 yang aku join the venture tu jauh berbeza dgn org2 yang bersama aku setiap ari. Mereka tu adalah org2 yang aku kenali online. Ada dr chatting, virtual friend, kawan atas kawan dll. Aku spend masa ngan dorg samaada malam2 minggu atau hujung minggu. Malam2 biasa aku ada kuliah. Kalau aku kuar lewat malam, aku pasti x dpt masuk balik sehingga pintu pagar dibuka smula sbelah pagi.Oh, I dun like. Plg lambat aku nak beraktiviti malam adalah sehingga pukul 3 pg. 3 pg ke 5 pg adalah masa tidur. Kalau tak tidur, nanti siang mata aku cam singa lapar. Merah gitu ala2 nak telan sumer org kat sekeliling. Itu zaman2 muda la. Darah muda semua bende kalau leh nak try. Aku bosan ni. X byk bende nak aku bergelak ketawakan seperti org lain. Tak kesah pun x de bende nak gelak kalau kat umah. Sebab ada hiburan dr tivi ngan radio. Tapi kat opis ni, hai, buhsan tahap gaban. Ada kerja nak wat tp sambil wat keje yang terlalu banyak limitasi akses ni, aku x dapat nak fokus. Kat sini aku nak senaraikan satu bende yang aku dah lama sedar tp x catat kat mana2. Ni untuk rujukan aku sendiri la sempena nak mulakan hidup baru ni. Set A: ceria, happy, senyum sokmo, cool, gentle girl, aktif, inspiring. Set B: moody, fussy, egoistic, bored, closed , kerek, selfish + almost all bad attitude in world. Dr aku kecik kut sehingga lah besar, sikap aku adalah Set A. Dr aku ditempatkan di opis aku skang sehingga kini, sikap aku ialah Set B. Aku x ske Set B, jd aku skang mengambil jalan yang aku pikir terbaik untuk kembali sukses menjalani hidup dgn Set A. Antara sebab utama kenapa aku nak blah dr sini. Seperti biasa, aku x leh salahkan org lain. Memanjang pun diri aku sendiri lah yang salah. Jd aku rs x de siapa leh persoalkan apa aku buat ni kan. Memandangkan dalam soal sikap ni, aku yang bersalah, maka x salah jika aku sendiri jugak yang nak perbetulkan keadaan diri aku ni dgn cara pergi dr tempat yang menggubah aku ni. Yup, tempat ni mengubah aku. Satu punca lagi adalah apabila kita ni membawa Set A dlm hidup, jangan sangka semua org ske. Ada jugak yang berbulu ngan kita tau. Bila dah berbulu, macam2 la yang dorg kerjakan kita smp la kita bertukar jd cam monster in da house bila kita akhirnye mempunyai ciri2 set B. Aha, konfius dah ke...? Aku percaya ramai yang punyai masalah dan pengalaman yang sama dgn aku. Bagi yang x merasa, sila bersyukur dan berterima kasih pada Tuhan banyak2 sebab mungkin hidup korg lebih disayangi Tuhan, x diuji mcm ktrg ni. Aku dan org2 spt aku yang dpt merasa percikan pengalaman seperti ini harus juga bersyukur sebab ujian Tuhan ni semua buat kita semakin tabah. Buat kita lbh baik dari sehari ke sehari. Buat yang tidak begitu mengenali aku atau hanya kenal aku waktu aku dah ada Set B ni, kalau ada rs2 x puas hati dgn aku, nak marah aku, nak kutuk aku, silakan. Aku x marah. Betul ni, aku x marah.Sebab aku faham, adatlah bila ada manusia yang tak ske mendengar dua belah pihak. Ada org dlm dunia ni cuma nak percaya apa yang dorg lihat tanpa cuba mengkaji dgn lbh dekat atau cuba untuk lebih memahami. Nak faham aku atau tak, itu hak masing2. Aku x leh nak paksa pun. Yang pastinya, aku dah x terjejas dah kalau korg nak kata apa2 kat aku. Mungkin nama baik dan reputasi aku akan calar. Apa korg peduli bila korg berkata-kata tu kan. Aku mungkin akan dpt malu, tp itu mmg lumrah. Buat baik dgn semua org pun belum tentu akan buat org yang ko baik tu x memalukan nama baik ko. Konfius lagi dgn kenyataan aku ni...? Haha, tak yah pusing2 kepala. Macam aku kata td, ini bukan entry emo. Aku pun tgh tersenyum semasa menaip semua ni. Sedetik, teringat betapa gembiranya hidup aku sebelum Set B menguasai diri. Oh, aku sgt rindukan saat itu. Harap dgn adanya catatan ni sebagai rujukan aku, aku akan lebih fokus di masa depan dan x akan ulang segala kesilapan yang sama sekali lagi. Aku x sabar ingin kembali seperti masa lalu bila mana aku dpt menghayati kehidupan aku dgn baik dan berkongsi kegembiraan dgn org2 di sekeliling aku. Aku nak pergi bercuti, ntah ke mana. Sebut perkataan 'cuti'. Otak aku slalu pk kan Langkawi, PD dan taman2 tema air. Aku takut air(fobia sbb aku dah 2 kali jatuh ke dalam laut di PD, hampir lemas), tp aku ske mandi-manda di pantai dan swimming pool. Aku bgtau Miss S smalam tentang hasrat aku. Aku bgtahu dia abg aku ada 4 tiket free ke Taman Tema Air di Gambang. Dia tempelak aku lak. Miss S: Aku dah banyak kali ajak ko. Ko yang banyak alasan...(Miss S dgn sore dia yg sentiasa tinggi macam anak ayam. Hahaha) Aku : Aku bukan x nak, slalu wrong timing la. Miss S: Jom la pg Krabi Aku : Yang S bgtahu smalam ke...? Bulan brape...? Miss S : Bulan 6. Aku: Oh, cannot, bulan 6 aku masih dalam fasa tunjuk baik, belom leh cuti2 Malaysia lagi. Miss S: Ok, kita pg Pulau Kapas. Aku: Pulau...? Not until kita pandai berenang. Miss S: So, ko confirm la join swimming sesssion tu...? Aku : Erk...(berfikir sejenak) Aku lagi: Ok lah, dgn penuh konfidennya aku setuju.(Kepala tgh terbayang aku pakai swimsuit, haruslah menangis mata2 yang melihat aku dr sekitar kolam renang kondo ittew. Oh no...Sedey...) Apa lagi Cik Aku...? Cepat2 la pg Cosway...Ngahaha...X de la aku nak memakai bende2 ittew buat masa ni. Mari makan banyak2 dulu supaya badan cepat naik. Hehehe. Aik, kata nak kahwin kan. Kena la cepat2 memantapkan tubuh badan. Nanti x comel lak nak memakai baju sanding. Huhu...(Mak verangans je bab kawin mawin neh u olls. Jangan tertipu okeh...Heheheh...) p/s: Nape aku asik nak pg Langkawi...? Sebab aku rs makan makanan laut kat sana sedap gil(itu dulu la, skang dah tetau camne.), sronok makan coklat kata sana sambil lepak2, seronok bersantai ngan snap2 gambar, nak pagi main go-kart. Nak main go-kart kat litar Shah Alam ngan tpt2 lain kat sini, aku rs segan sebab sumer org kat situ dah terror. Malu, malu, malu. Tp minat, minat, minat. Apa nak wat, tutup muka dan monyok je la...Ada sesapa nak ajak dan ajar aku main go-kart...? Aku available utk berjoli bermula bulan Februari 2010 ye...Tak dapat go-kart, ice skating pun leh je. Dua2 ni I like... |
Posted by damien at 12:03 AM 0 comments
Sunday, January 17, 2010
First Steam boat
Aku mahu meraikan waktu bertenang ni dgn rakan. Tak de la tenang sgt. Tapi buat masa ni kira syukur Alhamdulillah la berbanding masa2 lepas. Aku dtg amik kawan di umah dia. Aku benarkan dia ajak sorg lagi teman yang dia nak kenalkan pada aku. Baguslah, bertambah lagi satu kawan. Bulan 3 ni, kawan aku ajak aku pg kondo sorg member dia yang juga aku kenali. Kami ada sesuatu nak blaja sama2 di situ nanti. Serba-salah aku nak setuju pada mulanya tp akhirnya aku setuju jugak. Sebab aku mmg minat cuma malu. Dah besar2 ni br nak belajar. Aku bukan tetau langsung bende tu, cuma aku fobia sket. Alasan dorg supaya aku belajar adalah : Nanti nak pg pulau, macam mana kalau kita x pandai...? Ok yelah tu. Aku setuju sungguh akhirnya. Budak yang aku kenal malam ni, tinggal dkt dgn umah kawan aku(yang akan jd umah aku juga bulan depan). Gila2 orgnya. Aku cepat sj ngam dgn dia. Aku ada feel dia akan memenuhi keinginan kawan aku. Iaitu menjadikan kami berdua kawan rapat hingga akhirnya dia termasuk dlm gang koleksi kawan rapat.Aku, kawan aku, kawan kepada kawan aku dll yang satu kepala skang adalah koleksi kawan baik kepada kawan2 masing2 yang mana akhirnya kami semua lbh rapat antara satu sm lain berbanding kawan kami sendiri. Sebab tu aku nyatakan tadi, kami ni sbenarnya koleksi kawan rapat. Susah difahami ye. X pe, alami sendiri, nanti baru tahu. Ok, alkisahnya kawan aku teringin nak makan steam boat. Si budak baru tu lak(aku panggil dia S), rupanya kaki Steam boat. Aku lak, tetau mcm mana nak makan steam bot. Bila dorg kata nak makan bende tu, aku imagine cam bangsal2 tepi jalan tu yang mana aku pernah nampak org celup2 apa2 yang mereka pilih. Aku tak pernah makan steam bot ni. Tp aku nak cuba. Jd aku ikutkan aje keinginan mereka. Kami ke Fisherman restaurant di Ikano. Aku x pastila nama sebenar restoren ni, tp itulah yang kawan aku sebutkan. Ringkas cerita, mmg sedaaaaaaapppppppppp sgt makanan dia. Cara nak makan dlm restoren ni adalah ko dudukla table memane yang pekerjanya tunjukkan. Lps tu bila diberi menu, orderlah. Boleh pilih samaada nak set atau ala-carte. Ala2 cam Sushi style. Kalau yang set tu ada semuanya la. Ko leh tahu harganya sebab dah ditulis dlm menu tu. Ala-carte pun ada senarai harga dan gambar sekali, jd ko leh bajet. Banyak pilihan mcm fish, crab stick, chicken, beef, mushroom, vege. Herbs pun ada. Nasi ada kalau nak, rupa dia mmg cam nasi yang dimakan oleh org Cina tu. Kami masing2 pilih 4 hidangan. Bg aku, termasuk air, aku kena 22 ringgit ++. Aku amik crab stick, golden mushroom, sliced beef dan juga chicken roll. Jangan gatal2 pilih banyak sgt kalau x larat nak makan. Aku masa pilih tu rs cam sket. Skali bila dah dtg pesananannya, fuh, dah nak berpeluh aku pk larat ke x aku nak menghabiskannya ni. Dorg berdua khianat aku, naseb x melecur lidah aku makan bende yang baru lepas angkat dr celupan. Suis dapurnya di sisi meja ye, leh adjust sendiri kekuatan api dapurnya. Tapi masa memula nak masakkan supnya nanti, pasang api kuat sket la. Dah mula memasak tu nanti slow kan sket apinya. Jangan takut, api tu di dasar meja. Tak kan kena mana2 bahagian tubuh kita. Dah ada ruang kat meja tu utk dorg letakkan ko punya sup kuah. Cuma nanti pilihlah nak sup apa bila dorg pekerja tanya. Kuah ni leh refill. Kawan aku juga mula2 rs x cukup apa yang dia order. Dia siap mintak tinggalkan satu buku menu utk dia buat tempahan yang sterusnya. At last, dia yang tersadai dulu. Lama kami kat situ, dr pada perut penuh smp la rs cam nak kosong balik. Naseb baik makanan mmg banyak. Makan la sket2. Tp tahap bestnye mmg marvellous. Aku amik kuah tom yam malam td. Better habiskan makanan sbb bila ko pilih either ala-carte or set, ko ttp kena byr walaupun x abis makanan. Rugi la kan. Kekenyangan aku smalam. Kawan aku kata nak bawak aku ke Flaming Steamboat. Kat situ sekali masuk RM 20.90, ko leh makan seberapa banyak yang ko nak, tp jangan cuba2 bawak balik...Aha. Lagi satu tpt dia nak bawak aku ialah Barbeque Bar kat Kuang katanya. Kat situ bukan sj ada steam bot, tp ada juga alat panggang mcm dalam citer Korea ngan Jepun tu. Oh yang ni mmg aku ske. Aku bgtahu dia, tgu aku tgl dgn dia bulan depan, rock the world la ktrg sumer jalan2 nanti. Masa tu, member kondo tu mesti akan datang. Sebab dia mmg ske makan. Huh, tak sabarnya nak pegi. Aku nak bawak parents aku ke situ, tp aku riso kalau Baby H meragam nanti. Sebab kuah tu nanti sentiasa panas, tkt dia tepuk atau cuba pegang. Budak kan, semua bende yang dia nampak pun dia ada rs ingin tahu. Takpe la, mungkin aku patut bawa dia ke Flaming je di Sunway tu. Sambil kami makan steamboat nanti, biar dia makan aiskrim smp lebam. hahaha... Kat Flaming skang ada Dark Orange Chocolate Fondue...Pegi jangan tak pegi... |
Posted by damien at 11:58 PM 0 comments
Collection of Update
Aku ade menaip suka2 jek dalam minggu lepas. Masa tu blog br sj di block semula aksesnye di opis aku. Ari ni aku pk nak masukkan ke tidak semua taipan aku tu ke dalam blog aku ni. Nak kuar statement kerek sket...Blog aku, ske ati aku la kan nak letak apa. hahaha... Ok la, aku decide nak letak. Tak lama lagi, blog aku dah x de dah bahan2 yang serupa atau sewaktu dengan ciri2 entry terkini aku ni. Akan dtg, InsyaAllah yang manis2 sj isi blog aku ni. So far, setelah 18 hari dlm tahun baru, aku rs kehidupan semakin baik la. Alhamdulillah... ![]() So, layankanje la entry2 sesedap rs aku neh... |
Posted by damien at 11:52 PM 0 comments
Thursday, January 14, 2010
Umah berhantu
Testing...testing...hapdate pertama dr email ye... Hari ni hari Jumaat 15 Januari 2010. Maka malam tadi adalah Khamis malam Jumaat.Dah dkt tgh ni, projectmate aku dtg ke opis dan cakap, umah dia ada hantu. Dia citer2, ada bunyi2 antu sekitar umah dia kul 12 mlm. Ada bunyi yang husband dia kata 'anjing menangis'. Hahaha, sbenarnya ada salakan anjing la. Maknanya, betulla tu ada antu kan. Hui, seramnyerrr.... ![]() |
Posted by damien at 11:45 PM 0 comments
Tuesday, January 5, 2010
Sony Cybershot Ultra Slim Point & Shoot
Ini lak adalah kamera yang aku nak. Jenis Sony Cybershot. Aku tak kisah sgt dia nak slim ke hape ke. Aku x berapa ske pink. Aku biasa pakai bende2 pink tp bukan minat la. Aku prefer kalau ada yang kaler oren. Apa2 hal pun, kalau leh aku nak ia Sony. 
Antara cirinya :
~12.1 megapixel 4x optical zoom lens
~Intelligent auto
~Smile shutter
~Face detection
~Optical SteadyShot image stabilization
~720 p HD video
Aku tak pasti adakah model ni di Sen Heng(betul ke aku eja neh...?). Tp aku nak tgk kat tpt2 camtu la dulu. Takpun kat Courts. Courts ada banyak koleksi bende2 mcm ni. Yang pastinya harga dia leh tahan. Ntah2 pertengahan tahun br aku leh dpt. Tahun ni kena banyak bersabar. Tp aku akan pastikan aku dpt apa2 yang aku nak ni. Biar lambat skalipun tp mesti tahun ni juga.
Posted by damien at 10:57 PM 0 comments
Labels: blaja blogging



