Monday, January 18, 2010

Maxis Broadband : To continue or not ?

Aku punyai maxis broadband. Aku punyai 3G handphone dan juga Digicam. Oh, tak lupa juga, laptop kegunaan kerja. Laptop hak syarikat. Yang lain kepunyaan sendiri. Aku dah miliki broadband lebih setahun lalu. Oh aku ada laptop sendiri jugak la. Dah rosak sepenuhnye sejak 2 bulan lepas. (Patutla aku terlupa keujudannya).Laptop aku, digicam dan Maxis selama ni digunakan oleh adik kesayangan aku (mungkin sebab dia my only adik.)
 
Skang adik aku dah mula bekerja. Dia decide to go for other broadband. Dia kembalikan Maxis aku ni kepada aku. Aku nak guna macam mana...? Aku x de FB, friendster
aku dah matikan lebih stengah tahun lepas(bosan, malas nak update). Aku hanya ada blog. Semalam aku berminat lak nak buat FB. Aku bgtahu opismate aku, aku nak sambung Maxis aku, x jd nak terminate. Tp malam td sebelum tidur, aku terpk. Aku punya laptop belum tentu dpt dibaiki dlm masa terdekat, jd rugi la aku. Walaupun sbenarnya aku leh pinjamkan kepada adik aku buat sementara waktu lagi. Adik dah punyai laptop sendiri juga. Sangat sayang pada laptop dia smp dah 3 bulan beli pun laptop masih dalam plastik occay.
 
Erm, susah la nak wat keputusan mcm ni. Baiklah aku senaraikan di sini supaya aku ada rujukan. Lain kali x de la aku gedik2 lagi nak tukar keputusan. Sesapa yang ada masalah macam aku, mungkin boleh bagi sedikit idea juga.
 
Kalau ada Maxis :
-Aku nak masuk kelas renang hujung bulan 2 ni. Organizer ada FB sendiri. Aku leh create FB aku dah berkenalan serta buat apa2 yang patutlah dgn FB tu.
-Aku ada blog. Kalau aku nak update, aku leh update setiap hari di waktu malam. Sebab siang2 hari, aku x de cara utk connect internet. Not available occay.
-Aku leh dload muzik2 kegemaran, filem2 dll tanpa apa2 blocking.
-Aku leh google map bila2 masa aku nak, book tiket wayang dan tiket flight online, book apa2 yang perlu dll.
-Aku leh cari info terutamanya pasal ilmu2 berkaitan tugas aku jika perlu.
-Sronok leh online di mana2 termasuk dlm kereta.
-Kalau nak masak apa2 yang best, cr saja resipinya. Sambil masak, biar laptop on.
-Aktiviti2 di atas mungkin menyebabkan aku jadi burung antu. Tak tido malam. Lama2 mata ada dark circle yang obvious macam Gaara. Oh, haruslah spend lebih duit plak utk
beli Garnier Eye Roll On(berkesan ke bende ni...? )
-Akan menyebabkan aku ketagihan dan hujung minggu pun aku mungkin abiskan di rumah sj.
-Di rumah, x de sebarang segan silu nak mendownload ntah apa2, jd moral mungkin terhakis sket demi sket. For info, aku ni agak berminat dgn bende2 pelik sket. Ntah nape,
minat semulajadi kut. Bende yang biasa2 kurang menarik minat.
-Kawan aku mungkin akan mengutilizekan broadband aku juga. (Eh, dia ada broadband Digi. Lupa plak.) Kami mungkin akan sama2 tengok filem online, manga online dll smp lupa siang dan malam. (Ikut pengalaman, bende ni mmg pernah terjadi. Dulu aku bertunggu-tangga kat umah dia smp lupa balik umah sendiri untuk bersiap pergi keje.)
-Asik duduk depan laptop, nanti makan pun sumer depan laptop. Tak bagus untuk tabiat makan dan postur badan. Penjagaan kulit muka pun akan terjejas sbb syok sgt layan internet. (When I do something, I do it with full passion. Normally makan minum pun dah tak ingat)
 
Kalau x de Maxis:
-Masih leh create FB, leh update blog, dload dll tapi x setiap hari la.
-Aku ske sgt Mc D. Jiwa raga pun dah sebati dgn Coke dan Pepsi(tapi skang dalam proses menghentikan ketagihan ni. I am a cafein addict). Aku leh melayari internet sambil lepak2 makan Mc D. Santai sekali.Oh I like...
-Leh juga buat aktiviti di atas di kopitiam ye. Sedap makanan dia. Leh minum kopi lagi. Layaaannnn....
-Tak perlu kelam-kabut baiki laptop. Ada masa kumpul duit beli note book yang cumel ittew instead of baiki laptop zaman batu yang perlu banyak barang ganti tu.
-Paling penting, kurang sket bayaran tetap bulanan. (Bil maxis ni bertukar-tukar. Kejap tinggi kejap rendah. Tgk promo bulanan dia)
-Boleh bgtahu sumer org: Sila jgn anta aku email ye, aku x de tempat nak baca. No internet access.
 
***
Occay, itu jek alasan yang aku leh pk setakat ni. Keutamaan aku skang ialah beli laptop mini yang benar2 memuaskan hati. Mungkin ambil masa sket. Plg cepat pun boleh beli pada upcoming PC Fair, dpt gak free gift kan.

Jd aku rs yang terbaik ialah tamatkan aje riwayat Maxis broadband aku. Duit lebih boleh buat pelaburan ye kawan2. Untuk bekalan masa depan. Kalau dah terdesak nak pakai internet, Encik CC kan ade...Ehehe...
 
p/s: Aku sebagai auntie mithali x sabar nak belikan si kecil kesayanganku, Baby H sebiji laptop utk budak(alah yang colourful tuh). Supaya baby akan cepat pandai dan jd budak moden yang berbakat. Buat sorg lagi syg auntie, baby Jimmy. Auntie sentiasa doakan Jimmy supaya cepat sihat, boleh bergerak cergas mcm Baby H. Auntie leh jaga Baby H dgn baik, auntie leh jaga Jimmy juga, bagi Jimmy makan best2 dan mainan yang best2 mcm Baby H. Auntie ada something best for you both my pretty little babies, Chocolate Indulgence from Secret Recipe, our fav. Hope Baby H tak lompat on his laptop la like how he always jump on my poor petite lappy.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails