Monday, January 18, 2010

Muhasabah diri

Ini bukan satu entry yang emo. Ini cuma satu catatan aku utk hilangkan bosan. X de apa sgt aku nak cari di internet. Org2 yang terdekat aku tahu aku x berapa 'into' internet. Itu antara sebab aku malas benar mempunyai blog. Blog yang dulu aku pernah ada sket berlainan. Beberapa tahun dulu aku berblog sbb aku terlibat dgn satu kelompok yang manusia yang menarik utk aku ikuti. Mereka semua punyai blog masa tu. Aku seronok baca blog dorg. Aku juga dipengaruh supaya punyai blog sendiri dan muatkan apa yang mereka expect dr aku. Seronok sgt masa tu.

Aktiviti tu mula terhenti apabila ada kawan baik aku sedar tentang keujudan blog tu. Kenapa aku rahsiakan blog aku dr kawan2 baik...(kawan baik masa itu la)?
Sebab org2 yang aku join the venture tu jauh berbeza dgn org2 yang bersama aku setiap ari. Mereka tu adalah org2 yang aku kenali online. Ada dr chatting, virtual friend,
kawan atas kawan dll. Aku spend masa ngan dorg samaada malam2 minggu atau hujung minggu. Malam2 biasa aku ada kuliah. Kalau aku kuar lewat malam, aku pasti x dpt masuk balik sehingga pintu pagar dibuka smula sbelah pagi.Oh, I dun like. Plg lambat aku nak beraktiviti malam adalah sehingga pukul 3 pg. 3 pg ke 5 pg adalah masa tidur. Kalau tak tidur, nanti siang mata aku cam singa lapar. Merah gitu ala2 nak telan sumer org kat sekeliling. Itu zaman2 muda la. Darah muda semua bende kalau leh nak try.
 
Aku bosan ni. X byk bende nak aku bergelak ketawakan seperti org lain. Tak kesah pun x de bende nak gelak kalau kat umah. Sebab ada hiburan dr tivi ngan radio. Tapi kat opis ni, hai, buhsan tahap gaban. Ada kerja nak wat tp sambil wat keje yang terlalu banyak limitasi akses ni, aku x dapat nak fokus.
 
Kat sini aku nak senaraikan satu bende yang aku dah lama sedar tp x catat kat mana2. Ni untuk rujukan aku sendiri la sempena nak mulakan hidup baru ni.
 
Set A: ceria, happy, senyum sokmo, cool, gentle girl, aktif, inspiring.
Set B: moody, fussy, egoistic, bored, closed , kerek, selfish + almost all bad attitude in world.
 
Dr aku kecik kut sehingga lah besar, sikap aku adalah Set A. Dr aku ditempatkan di opis aku skang sehingga kini, sikap aku ialah Set B. Aku x ske Set B, jd aku skang mengambil jalan yang aku pikir terbaik untuk kembali sukses menjalani hidup dgn Set A. Antara sebab utama kenapa aku nak blah dr sini. Seperti biasa, aku x leh salahkan org lain. Memanjang pun diri aku sendiri lah yang salah. Jd aku rs x de siapa leh persoalkan apa aku buat ni kan. Memandangkan dalam soal sikap ni, aku yang bersalah, maka x salah jika aku sendiri jugak yang nak perbetulkan keadaan diri aku ni dgn cara pergi dr tempat yang menggubah aku ni.
 
Yup, tempat ni mengubah aku. Satu punca lagi adalah apabila kita ni membawa Set A dlm hidup, jangan sangka semua org ske. Ada jugak yang berbulu ngan kita tau. Bila dah berbulu, macam2 la yang dorg kerjakan kita smp la kita bertukar jd cam monster in da house bila kita akhirnye mempunyai ciri2 set B. Aha, konfius dah ke...? Aku percaya ramai yang punyai masalah dan pengalaman yang sama dgn aku. Bagi yang x merasa, sila bersyukur dan berterima kasih pada Tuhan banyak2 sebab mungkin hidup korg lebih disayangi Tuhan, x diuji mcm ktrg ni. Aku dan org2 spt aku yang dpt merasa percikan pengalaman seperti ini harus juga bersyukur sebab ujian Tuhan ni semua buat kita semakin tabah. Buat kita lbh baik dari sehari ke sehari.
 
Buat yang tidak begitu mengenali aku atau hanya kenal aku waktu aku dah ada Set B ni, kalau ada rs2 x puas hati dgn aku, nak marah aku, nak kutuk aku, silakan. Aku x marah. Betul ni, aku x marah.Sebab aku faham, adatlah bila ada manusia yang tak ske mendengar dua belah pihak. Ada org dlm dunia ni cuma nak percaya apa yang dorg lihat tanpa cuba mengkaji dgn lbh dekat atau cuba untuk lebih memahami. Nak faham aku atau tak, itu hak masing2. Aku x leh nak paksa pun. Yang pastinya, aku dah x terjejas dah kalau korg nak kata apa2 kat aku. Mungkin nama baik dan reputasi aku akan calar. Apa korg peduli bila korg berkata-kata tu kan. Aku mungkin akan dpt malu, tp itu mmg lumrah. Buat baik dgn semua org pun belum tentu akan buat org yang ko baik tu x memalukan nama baik ko.
 
Konfius lagi dgn kenyataan aku ni...? Haha, tak yah pusing2 kepala. Macam aku kata td, ini bukan entry emo. Aku pun tgh tersenyum semasa menaip semua ni. Sedetik, teringat betapa gembiranya hidup aku sebelum Set B menguasai diri. Oh, aku sgt rindukan saat itu. Harap dgn adanya catatan ni sebagai rujukan aku, aku akan lebih fokus di masa depan dan x akan ulang segala kesilapan yang sama sekali lagi. Aku x sabar ingin kembali seperti masa lalu bila mana aku dpt menghayati kehidupan aku dgn baik dan berkongsi kegembiraan dgn org2 di sekeliling aku.
 
Aku nak pergi bercuti, ntah ke mana. Sebut perkataan 'cuti'. Otak aku slalu pk kan Langkawi, PD dan taman2 tema air. Aku takut air(fobia sbb aku dah 2 kali jatuh ke dalam laut di PD, hampir lemas), tp aku ske mandi-manda di pantai dan swimming pool.

Aku bgtau Miss S smalam tentang hasrat aku. Aku bgtahu dia abg aku ada 4 tiket free ke Taman Tema Air di Gambang. Dia tempelak aku lak.
 
Miss S: Aku dah banyak kali ajak ko. Ko yang banyak alasan...(Miss S dgn sore dia yg sentiasa tinggi macam anak ayam. Hahaha)
Aku : Aku bukan x nak, slalu wrong timing la.
Miss S: Jom la pg Krabi
Aku : Yang S bgtahu smalam ke...? Bulan brape...?
Miss S : Bulan 6.
Aku: Oh, cannot, bulan 6 aku masih dalam fasa tunjuk baik, belom leh cuti2 Malaysia lagi.
Miss S: Ok, kita pg Pulau Kapas.
Aku: Pulau...? Not until kita pandai berenang.
Miss S: So, ko confirm la join swimming sesssion tu...?
Aku : Erk...(berfikir sejenak)
Aku lagi: Ok lah, dgn penuh konfidennya aku setuju.(Kepala tgh terbayang aku pakai swimsuit, haruslah menangis mata2 yang melihat aku dr sekitar kolam renang kondo ittew. Oh no...Sedey...)
 
Apa lagi Cik Aku...? Cepat2 la pg Cosway...Ngahaha...X de la aku nak memakai bende2 ittew buat masa ni. Mari makan banyak2 dulu supaya badan cepat naik. Hehehe. Aik, kata nak kahwin kan. Kena la cepat2 memantapkan tubuh badan. Nanti x comel lak nak memakai baju sanding. Huhu...(Mak verangans je bab kawin mawin neh u olls. Jangan tertipu okeh...Heheheh...)
 
p/s: Nape aku asik nak pg Langkawi...? Sebab aku rs makan makanan laut kat sana sedap gil(itu dulu la, skang dah tetau camne.), sronok makan coklat kata sana sambil lepak2, seronok bersantai ngan snap2 gambar, nak pagi main go-kart. Nak main go-kart kat litar Shah Alam ngan tpt2 lain kat sini, aku rs segan sebab sumer org kat situ dah terror. Malu, malu, malu. Tp minat, minat, minat. Apa nak wat, tutup muka dan monyok je la...Ada sesapa nak ajak dan ajar aku main go-kart...? Aku available utk berjoli bermula bulan Februari 2010 ye...Tak dapat go-kart, ice skating pun leh je.
Dua2 ni I like...
 
 
 
 
 
 

 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails