Hoh, ini satu lagi entry menyibuk aku...
Bukan pe, mgu lps ms aku tgh tgk tivi, ttb aku nampak muka Encik Farish ni kat chopp...
Erk, dia sudah jd hos ka di sini...? bgs la kalau betul. Tp chopp ni x de dlm list aku biasa tgk. Jd aku x dptlah slalu tgk muka dia di sini. Aku even x igt pun sesapa yg jd hos program ringkas ala2 Quickie ni kecuali Irma Hasmie.
Aku der terserempak dgn Irma and Nabil Ahad lps. Tp nak wat ape pun. Sebab berselisih camtu jek. Itupun aku x berapa cam dorg. Tgh rush nak balik konon. Sat lagi aku bukannya balik pun. Sambung lepak kat Zubaida. I dah return jd kaki lepak u olls...
Kawan aku di umah tu awal2 dah anta msg bgtahu aku dia dah smp ke umah. Aku spatutnya teman dia anta adik dia balik ke kampus. Tp since dia mengizinkan aku pg tgk wayang dgn kawan lain, aku gunakan masa lapang tu spenuhnya. Jenuhla dia menuggu aku balik umah smula waktu malam.
Hihi, lepak2 dgn kawan ni buat masa ni hanya hari Ahad. Sabtu malam x leh. Aku nak tgk Encik Farish dlm citer Kau dan Aku setiap Sabtu malam. Walaupun ada org kata citer ni poyo, aku ttp tgk. Lgpun org yg kata mcm tu pun tetap tgk jugak... Poyo tak poyo tak menyekat ktrg dr trs menengok. Kenapa la dorg wat konsert mini Kau dan Aku tu kat Plaza Alam Sentral...? Tak gemar la aku nak ke situ. Maka x dtglah aku...
Sunday, February 21, 2010
Farish
Posted by damien at 8:35 AM 0 comments
Labels: hiburan
Monday, December 28, 2009
Idola Kecil...penyingkiran terakhir
Jiha, satu nama yang aku kira berbakat besar. Walaupun aku secara peribadi x gemari dia, tak dpt dinafikan dia mmg berbakat. Si cilik ni tersingkir pada minggu ini. Seterusnya menidakkan peluang dia untuk bersaing di pentas final. Apa, Maulud masuk final...? Oh no. Kan aku dah kata, penerbit tak kan keluarkan dia. Ske ati dorg la, sbb hakikatnya, aku mmg x nak Jiha masuk final. Ahahaha...
Tak sangka, Idola Kecil dah nak berakhir. Skejap jek rs. Ramai finalis dia tu. 6 org. Haish...? Pelik sbb ramai sgt. Tp setidak-tidaknya, harapan aku untuk melihat si bakat Azzam, Dayana dan Arill ke final dah tercapai. Maulud tu kalau masuk pun belum tentu menang. Jd, biarkanla dia masuk. Aku pk begitu sbb aku yakin Azzam dan Dayana lbh berpotensi menjadi juara berbanding yang lain.
Setiap minggu, Tasha semakin menyerlah. Dia punyai potensi besar. Harapan utk menjadi juara juga tinggi. Begitu juga dgn Ain, rock chic yang masih selesa dn kedudukannya. Beza antara Dayana, Azzam dan peserta-peserta lain hanyalah pada kualiti persembahan mereka yang bertahan sejak awal rancangan. Arill meningkat. Dgn suara tingginya yang sukar ditandingi peserta lain. Satu2nye kelemahan dia hanyalah pada dinamik dan kawalan suaranye yang bernada tinggi tu. Budak air mata ni, kalau jd juara pun ok gak. Tp aku kalau boleh tetap mahu Azzam jd juara.
Jiha dah pamerkan persembahan mantap. Aku agak terkejut dgn komen juri tentang dia. Tp ye lah, org tu lbh pro kan. Tak sangka lak dia tersingkir. Budak2 ni, dah tersingkir pun masih boleh menyanyi dgn baik. Kagum aku. Kalau aku lah, mmg dah x leh. Menitis air mata darah gua beb...Tersingkir, malu siot. Sedih lagi. Tp dorg ni tersingkir yang membanggakan la sebab tersingkirnya dorg setelah bakat yang dipamer tu cukup utk menarik perhatian org.
Aku rs Dayana dah tergelincir sket mutunya dlm persembahan minggu ni. Suara dia cam tak ngam jek dgn lagu tu. Azzam juga. Tp kegagalan Dayan lbh menyerlah. Aku tak paham macam mana dia masih x ditegur juri. Seolah-ola mereka x sedar yang prestasi dia dah menjunam sket sejak Fienaz terkeluar. Benar ke budak ni ada hati nak jd juara...? Kalau dia masih mahukannya, dia perlu berusaha utk kembali ke potensi asal dia. Dia boleh jd penyanyi yang baik. Kalau dia buat album satu hari nanti, aku pasti akan beli.
Ok, time to go for Asar prayer. Nape aku menaip banyak sgt neh...? Sebab kerje aku dah abis utk ari ni. Bersambung esok dgn kehadiran pegawai2 yang berkenaan. Chaloo....Nak balik awal ari ni. Lps solat nanti, dah leh kemas barang2 utk dibawa pulang. Ada coklat dlm laci. Alamak...Ntah2 dah cair dark coklat aku...
Posted by damien at 12:29 AM 0 comments
Labels: hiburan
Sunday, December 27, 2009
DID-Episode 3 and 4
Dance India Dance-Rupanya rancangan 2 hari-Sabtu dan Ahad kedua-duanya pukul 7.30 mlm sehingga 9 mlm.
Aku x lepaskan peluang utk menontonnya. Rela duduk kat umah. Haish, susah la nak kuar jln2 hujung minggu lps ni. Episod 3 dimulakan dgn kejutan rakaman accident Remo dan Geeta. Geeta alami kecederaan di belakang badan. Remo pula patah kaki. Macam mana nak menari selepas ni dgn kaki patah tu...? Uhu...
Masa accident tu, kami mencari-cari...Mana Terrence...? Ada imejnya di hospital tp dia tiada semasa kemalangan itu berlaku. Oleh kerana Zee x de sediakan subtitle, byk perkara menarik yang tak dpt dihayati. Termasuklah kenapa Terrence tak hadir semasa episod 3. Aku br bc di official site DID yang mengatakan Terrence sakit pada masa tu, jd tak dpt turut serta. Oh, hilang seri sudah.
Episod 3 banyak disulami dgn keseriusan dan lawak jugak. Tanpa Terrence, aku rs bakat2 yang terpilih, aduhai. Some commentors on the site says they are silly dancers...Yup, ada sebilangan yang buat aku terpk : Haa...? Dia ni dpt gak...Oh dear, without Terrence, mcm ni mutu pilihan Remo dan Geeta.
Episod 4, huhu Terrence is back. Kami sekeluarga dok menghadap tak berkelip mata. Episod 4 sgt lawak. Byk yang best dancer terpilih. Ada gak yang kureng di mata aku. Tp aku bgtahu dorg yg lain, don't worry. Dorg ni nak cukupkan kuota jek. Nanti masa penyingkiran top 100, yang kureng tu harus kena cantas dulu...Aku rasa juri nak trs tgk show dorg ni pun hazap nyeeeh....
I'm looking forward for the next elimination session.
Posted by damien at 8:02 PM 0 comments
Labels: hiburan
Sehati Berdansa 3...juara
Ini lah juaranya, pasangan Sein dan Nana...
Naib juara: Pasangan Sazzy dan Naz 
Inilah aktiviti aku Sabtu baru ni. Dr pagi smp petang berlagu-lagu, bertari-tari. Berjam-jam non-stop. Pagi dah dgr Carta Fulamak kat Sinar fm. Lps tu tgk DID(Dance India Dance) ulangan siri lepas. Petangnya tgk episod terkini dan selepas tu disusuli dgn Sehati Berdansa 3, malam kemuncak.
Mmg dinantikan program ni. Aku ada sedikit pandangan tentang program mlm tu tp aku dah byk lupa. Ni aku kongsikan yang mana aku ingat je la.
Keseluruhannya, aku terkejut sbb hanya 2 cabaran jek...? Erk, mcm x cukup utk tampilkan kehebatan finalis. Acara dibuka dgn kemunculan 2 teraju kontroversinya; Scha dan Fahrin. Aku nak juga tgk lakonan dorg berdua ni selepas kontroversi kaw2 dlm media massa dan virtual media. Rupa-rupanya, ada bende lbh kontroversi, iaitu penangkapan Scha dan Awal hari sebelum majlis kemuncak ni. Aku terlepas pandang. Almaklumlah hujung minggu tak beli paper.
Aku tolak tepi kisah peribadi dorg ni. Aku kagum dgn persembahan pasangan pengacara ni. Mereka adalah pasangan yang professional di hadapan kamera. Berjaya mengemudi rancangan dgn baik. Aku rs program ni meriah dgn kebijaksanaan pengacaranya. Aku nampak Scha mcm sket terganggu tp dia masih memberi pengacaraan yang bermutu. Aku rs antara sebab aku setia dgn program ni juga disebabkan oleh pengacaranya yang menarik.
Malam kemuncak diserikan oleh kehadiran 2 hot mama iaitu Linda Jasmine dan pasangan Lisdawati dan Fauzi. Wowz la dorg berdua malam tu. Cantik sgt. Kagums. Liz dan Fauzi memberi komen dr sudut pandangan mereka sendiri. Manakala Linda sesuai dgn title guru tarinya memberi komen dr sudut kepakarannya. Komennya jujur sekali. X de la macam Gonzales tu. Puji jek memanjang.
Persembahan final dimulakan dgn Sein dan Nana mempersembahkan kurik-kundi. Oh, aku ske lagu ni. Tarian mereka bagus. Tak cukup sharp tp bagus. Aku nampak Nana seolah-olah ada kekangan yang menghalang dia dr memuat step2 yang gempak2. Tp aku ingat, tarian pertama dorg ni mmg memukau.
Sazzy dan Naz meneruskan kecemerlangan dgn tarian Kurik Kundi versi Kelantan. Huh, mmg meletops. Mantap rentap sentap tu beb. Oh ye, di awal saingan, undian bg pasangan Sein mendahului. Tp jika dibandingkan persembahan pertama mereka berdua, aku rs Sazzy dan Naz dah pamerkan sinar pasangan juara. Mereka layak menang. Aku menjangkakan mereka mampu menang walaupun secara peribadinya, aku mahukan kemenangan berpihak kepada Sein. Bila lihat persembahan Sazzy, aku dah terpk: Habislah Sein. Tak boleh deny la keupayaan Sazzy utk menang. They deserve the trophy.
Cabaran kedua dibuat dlm bentuk yang menyakitkan mata hadirin(yg dtg tgk live la. Yg tgk close up mcm aku ni no hal). Cabaran serentak tarian latin. Aku rs cabaran ni lbh banyak menampilkan keunggulan pasangan Sazzy. Pasangan Sein biasa2 sj. Kelebihan mungkin lbh kepada Sein sbb dia mmg punyai aura tari yang menakjubkan. Nana, mcm biasa, trs dgn sedikit kekekokan yang masih bersisa. Lbh baik tarian dia dlm cabarang minggu latin. Pada saat ni, aku melihat kemenangan seolah-olah dah tersurat milik pasangan Sazzy.
Persembahan malam kemuncak tamat di situ. Aku terkejut. Aku harapkan more and more. Tp dah abis la plak. Aku harap ada cdnye keluar nanti. Boleh la aku beli dan tiru koreografi pasangan2 bertanding neh. Papa J lbh menonjol kareografinya berbanding Bayu. Sronok la ko noks dah menang. Haruslah banggakan. Tak pe la. Not bad pun kereografi yang ditampilkan oleh Bayu. Mungkin aku hrs terima hakikat, Nana mungkin ada limitasi yang tak boleh dia lepasi (dia br abis pantang kan) sehinggakan mutu tarian pasangan Sein hanya setakat itu sahaja. Apa2 pun, Nana dah menunjukkan peningkatan setiap minggu. Itu sudah cukup baik bg dia berbanding Nana dalam Mentor dulu.
Ini part yang aku paling ske dlm malam kemuncak ni: Kemunculan raja dan ratu tari Malaysia : Adam dan Stacy dgn lagu mereka Menggegar Dunia. Sinonim sekali kehadiran mereka dalam acara malam ni. Agaknya kalau mereka berdua ni berjodoh, akan lahirlah keturunan penari terbilang kat Malaysia ni ye...Ooops, terlebih sudah...Nanti Akim marah...Sorry Stacy.
Saat kemenangan diumukan, aku rs wajah Sazzy benar2 berubah. Dia mungkin sgt yakin dia yang menang. Aku juga begitu. Bila kemenangan diumumkan jatuh kepada Sein, aku rs banyak yang terpinga-pinga, termasuklah Sein dan Nana sendiri dan juga barisan penyokong mereka. Walau apa pun, tahniah kepada pasangan Sein dan Nana, juga tahniah kepada Bayu (harap dpt lihat lbh byk hasil rekaannya selepas ni) dan tahniah kepada pengacara serta seluruh tenaga produksi yang dah jayakan rancangan ni. Terisi sket malam Sabtu aku dgn adanya program ni. Kalau tak beb, mati kutu dowh.
Posted by damien at 7:33 PM 0 comments
Labels: hiburan
Tuesday, December 22, 2009
India...dance India dance...
Huh, tarian lagi...Phir bi dil hai hindustani lak...Aku mula memikirkan adakah aku semakin fanatik dgn tarian. Oh tidak. Rsnye belum. Sebab skang kat tv juga ada So you think you can dance. Season lps aku tgk. Kali ni tak tgk sgt sbb byk halangan. Aku x ske pengacara barunya. Tp setakat yang aku tgk, pesertanya mmg marvellous gak. The dance I mean...not the contestant la...
Dance India Dance, satu rancangan yang br kick start musim keduanya pada 18 Disember br2 ini. Aku tgk di tivi. 3 jam beb. Kalau tak silap aku sebelum Sehati Berdansa. Menarik sekali. Kami sekeluarga mula teruja utk tgk dan tgu rancangan ni sejak ternampak iklan uji bakat untuk Malaysia.
Kali ni jurinya rsnya masih sama. Yang pertama kalau korg nampak kat banner tu adalah Geeta Kapoor, Terrence Lewis dan Remo D'Souza. Lihat banner di bawah pula :
Korg leh lawati website rasmi rancangan ini dgn klik di sini.
Aku tak sabar menanti sambungan episod rancangan ni setiap minggu. Berdasarkan ulasan season lepas, peserta semua hebat2. Kali ini, dlm uji bakat pun kita dah boleh nampak sinar yang bakal muncul. Menarik...India, dance India dance....Lagu temanya akan jd lagu tema aku la utk beberapa bulan ni. Nak2 pula Sehati Berdansa dah nak melabuhkan tirainya untuk musim ketiga ni...
Yang pastinya, motif utama aku tgk siri ni selain tariannya, of coz la sbb salah satu jurinya, Terrence Lewis. Apa ada pada dia...? Korg tgklah sendiri.
p/s: Hujung minggu aku pada hari Sabtu pack hah. Pagi ada carta Sinar dan Hi-5. Petang ke malam dance, dance, dance...huhu
Posted by damien at 6:53 PM 0 comments
Labels: hiburan
Monday, December 21, 2009
Farish Aziz, Zahid dan Bola...
Aku dok belek2 paper semasa hujung minggu lalu ternampak sisipan rupa mamat ni. Aku cr gambar sama di internet supaya aku leh letak kat sini tapi tak jumpa plak...Nape aku wat entry tentang ni...? Sebab dia adalah Farish Aziz.

Dlm pada aku cr gambar ni, aku terjumpa sket info pasal telemovie Gaia. Haish, geram la aku sbb aku lom ada peluang nak tgk citer tu. Ada plak Zizan Nin ye yang berlakon sm. Aku br tahu. Ada sesuatu tentang Zizan yang aku pk kan semenjak dua menjak ni. Aku cr seorang lelaki yang menepati beberapa ciri yang aku baca. Seorang artis, puas pk, aku terpk tentang dia. Tp br2 ni aku dgr berita dia nak kahwin dan. Lps tu, aku teringat lak kisha cinta dia dulu dgn Rozita Che Wan. Oho, agaknya aku yang terlalu obses. Aku dah salah paham pada dia. Nampak gayanya, pencarian aku kena la bermula semula.
Ho, berbalik kepada Farish Aziz ni. Aku terbaca tentang dia dan Zahid ke Cape Town dan sekitarnya dia Afrika Selatan. Dulu masa study aku pernah nak ke sana jugak. Tp aku batalkan sbb aku sgt takut. Hehe...Farish dan Zahid akan mengendalikan satu program baru di Astro sebanyak 13 episod. Nama program tu adalah "BOLA". Haruslah aku tgk kan. Sebab ada Farish Aziz.
Program tu tentang pembangunan bola sepak di sana yang mana Farish dan Zahid akan membandingkan dapatan mereka dgn arena bola sepak Malaysia. Kenapa Afrika Selatan...? Sebab mereka adalah tuan rumah Piala Dunia akan dtg. Wuhuuuu...Sesuatu yang ditunggu-tunggu.
Dah banyak agaknya pengalaman yang dikutip oleh pakcik 2 org ni sepanjang berada di sana dgn krew2 program berkenaan. Aku nantikan program tu. Harap x de masalah la nak tgk. Skang ni aku dah tak boleh ikuti Kisah Kau dan Aku lakonan Farish sebab dah clash dgn Sehati Berdansa dan Idola Kecil. Kalau naseb baik ada iklan, boleh la aku curi2 tgk. Kalau tak, kena tgu ulangan. Itupun kalau aku ada di rumah. Dah berapa minggu aku x dpt tgk drama tu. Astro x nak keluarkan CD ke ha...? (-abaikan soalah bodoh ni.hahaha-).
Posted by damien at 6:23 PM 0 comments
Labels: hiburan
Idola Kecil...Tersingkirnya Nurul
Nurul sepatutnya dah tersingkir dalam penyingkiran pertama. Tp Sam, satu-satunya si kecil bukan Melayu yang membawa cabaran di pentas Idola Kecil pula mengambil tempatnya dgn sukarela. Bukan salah Nurul apabila Sam terkeluar. Dia sendiri yang memilihnya.
Nurul terselamat minggu lepas apabila tanpa disangka, Fienaz yang tersingkir dahulu. Langsung aku rs Idola Kecil dah hilang serinya. Aku menjangkakan Nurul dan Maulud menjadi yang terawal akan tersingkir dan Fienaz, Azzam serta Dayana akan ke final. Tp skang percaturan dah berubah. Terpaksalah aku buat list baru.
Selepas ni aku jangkan Maulud akan terkeluar. Boleh ke sbb aku dgr dia ni menjadi kesayangan penerbit disebabkan sikapnya yang menceriakan seluruh produksi. Ntahlah. Nak gimik, gimik juga. Tp bila org bosan disebabkan percaturan mereka salah, nanti makin kembang pulak kontroversi pilih bulu ni.
Berdasarkan prestasi semasa serta baki peserta, aku mahukan peserta-peserta ni ke final: Arill, Azzam, Dayana.
Arill perlu perbaiki kawalan suara sebab aku nak dia ke final mengatasi Tasha dan Jiha yang berpotensi. Aku rs Rock Chic, Ain juga berpeluang. Ada bakat tp ntah mengapa rs mcm tidak cukup.
Idola Kecil tetap memikat walau siapapun yang terkeluar atau masih kekal. Sebab aku ttp rs terhibur dgn persembahan adik2 ni. Budak kecik lagi, biarla dorg enjoy skang. Nanti dah masuk skolah menengah br pk pasal masa depan. Ilmu2 sampingan dan pengalaman hidup ni penting juga untuk menepuh masa depan. Ada banyak cara lagi untuk mendapat pengalaman. Tp di masa hadapan, perbezaan antara adik2 ni yang pernah beraksi di pentas umum serta adik2 di luar sana yang lbh byk menghabiskan masa semata-mata menghadap buku dan televisnyen pasti jelas di mata org2 sekeliling. Keyakinan diri, kepetahan bukan satu perkara yang hadir semula jadi. Ia perlu dibentuk biar betapa bagus pun seorang manusia tu lahir ke bumi. Pendek kata pun, ko dr baka baik pun belum tentu ko sukses dlm hidup kalau perjalanan hidup sebelum dewasa tu tak dicanai dgn baik.
p/s: Adik Azzam ni dr satu sudut mmg mengancam. Mungkin ada kelompok2 diluar sana yang melabel dia sebegini : "Anak muda yg semakin masak ranum". haha. Aku juga teruja setiap kali dia muncul di pentas. Bakat yang mervellous. Alahai, nape la masih budak lagi. Kan bagus kalau ada mamat hansuari di luar sn yang cenggini. Tp for sure, aku yakin mamat tu akan digelar "player". Ngaha...
Posted by damien at 6:09 PM 0 comments
Labels: hiburan
Sehati Berdansa: Sayonara Dira-Ash, Isma-Zul

Seingat aku, aku berhenti seketika berblog semenjak pasangan kegemaran aku ni terkeluar dr saingan Sehati Berdansa. Rs kecewa sket...Tp adat bertanding la, takkan semua org nak menang kan. Aku akui juga kehebatan pasangan yang masih kekal pada waktu itu. Pasangan Oshin, Isma, Sazzy dan Sein.
Oshin br sj masuk semula, aku x ingin dia terkeluar lagi sekali dgn begitu cepat. Nak tak nak, terpaksalah Dira yang tersingkir dulu. Bg aku, pasangan Dira-Ash dah menonjolkan peningkatan dlm skil tarian mereka. Walaupun tak macam profesional, sekurang-kurangnya, mereka dah boleh menari dan menghayatinya dgn baik. Aku plg ske tarian Ash sewaktu minggu Bollywood. Dia tak sekaku penari lelaki yang lain. Natural seperti Shah Rukh Khan.
Minggu seterusnya, pasangan Isma pula terkeluar. Aku dah agak dah. Aku bet dgn bro aku, aku kata Isma pasti terkeluar. Sebab berdasarkan undi terkini serta prestasi mingguan, aku berpendapat pasangan Sean lbh outstanding. Tp x dinafikan, pasangan Isma sememangnya pasangan yang menarik dan berbakat. Mereka patut bangga kerana mereka adalah anak seni yang tulen. Ada bakat dan kesungguhan. Isma dah buktikannya melalui tahap penglibatannya dalam Sehati berdansa ni dan juga AF. Terkeluarnya pasangan ni pun disebabkan Oshin dan tak dpt meneruskan saingan. Kalau dia masih ada, pasti Isma akan terkeluar pada minggu seterusnya. Apa2 pun, tahniah la kepada pasangan-pasangan yang baru sj terkeluar ni sebab mereka dan cuba sedaya-upaya sepanjang bersaing.
Mungkin ada yang mempertikai kenapa aku dan para penonton lain masih menonton rancangan realiti yang kononnya dilingkari kontroversi dan sebenarnya suam2 kuku ni. Aku tak tahulah tentang penonton lain. Tp bg aku sendiri, aku sgt ske bidang tarian. Aku ske mononton tarian dan aku meminatinya dgn sepenuh hati. Aku z ambil pusing tentang sebarang kontroversi yang timbul. Aku trs menonton semata-mata kerana aku rs enjoy dan terhibur. Aku akui, salah satu kontroversinya tentang juri mungkin benar. Aku juga menganggap ada juri yang bias. Terutamanya Gonzales tu. Bias dia tu obvious. Mcm no respek sgt la aku tentang pandangan dia. Aku kalau nak mengundi pun tak akan bersandar pada komen2 juri. Aku hanya bersandarkan pada pandangan dan penilaian aku sendiri.
Untuk Final, aku meramalkan Sazzy akan jd juara. Bukan kerana rekod 100 markah dorg. Tp sebab dlm beberapa minggu, pasangan ni menunjukkan bakat mereka yang menyerlah. Sean ada peluang. Dan tak mustahil juga menjuarainya sbb pasangan ini juga meningkat dgn baik dan semakin lama semakin baik. Siapa tahu kan, kut2 bulan jatuh ke riba seperti mana Harimau Malaya dpt membawa pulang semula pingat emas bola sepak Sukan Sea Laos baru2 ini.
Posted by damien at 5:28 PM 0 comments
Labels: hiburan
Thursday, December 10, 2009
Penyingkiran pertama Idola Kecil

Aku hampir terlupa pada rancangan feveret aku neh. Pada ari Sabtu yang lps, ia telah mengadakan penyingkiran pertama. Sepatutnya penyingkiran dah dilakukan pada minggu sebelum itu tp dibatalkan berpunca dr kuasa Atilia. Elok la jugak. Tp yang tersingkir pd minggu ini ialah org yang tak disangka.
Pada asalnya, Nurul yang terkeluar. Aku rs budak tu mmg eloklah keluar, dia tiada ciri2 bintang. Di mata aku, yang nampak layak ke final adalah Azzam, Dayana dan Ienaz. Awal dulu aku rs Maulud patut tersingkir paling awal. Tp dia menunjukkan peningkatan. Lagu2 yang dinyanyikan semakin sesuai dgn diri dia. Jd Nurul mmg ptt keluar.
Aku sangka Sam terkeluar hanyalah gurauan. Rupa2nye betul2 lak. Naseb...Pilihan sendiri ape. Sam yang angkat tangan dan sudi untuk blah. Alangkah sygnye. Budak yg ada bakat. Aku rs aku ni jauh la dr berbakat compare dgn budak2 tu. Jika dibandingkan aku dgn Nurul pun, Nurul jauh lbh berbakat dr aku...Aku...? Tak de bakat. Hehe...Aku ske menyanyi, tp sore aku stok nyanyi lagu Upin Ipin jek. hahaha...Dorg ni bebudak kecik yang mempunyai bakat marvellous. Aku ttp akan menyaksikan rancangan ni walaupun aku pernah terbaca di akhbar, ada org mengutuk program ni sebagai tak berfaedah.

psst: Comelnya Atilia and mama Liza Hanim. Comel jugak Encik Iras yg berkali-kali lalu-lalang dpn mata aku neh. Haish, rs cam lega sket hati aku yang gundah gulana dan konon-kononnya x de emosi neh. Konon je la beb...hahaha
Posted by damien at 11:38 PM 0 comments
Labels: hiburan
Tuesday, December 8, 2009
Sehati Berdansa...Oshin dah masuk semula
Bro aku ske sgt pasangan Oshin ni. Ske la dia pasangan feveret dia ni masuk balik. Aku pun ske gak. Aku juga harap Oshin yang masuk semula guna SB MASUK tu. Selain Oshin, aku harap Anita dan pasangannya yang dpt masuk. Salah satu kelebihan mereka ialah memilih lagu dan tema yang bijak-Bollywood. Tp aku lom berkesempatan lagi nak tonton persembahan dorg. Pada waktu tu, aku belum smp umah lagi setelah balik dr kursus make up.
Posted by damien at 12:45 AM 0 comments
Labels: hiburan
Monday, November 23, 2009
Sehati Berdansa...feveret aku
Aku cukup suka rancangan ni. Aku mmg tgu rancangan ni apabila aku dgr ia akan bermula. Mana taknya. Sebelum ni aku x de Astro. Bila dah ada ni, takkan nak hadap tivi kosong jek kan. Nak2 pulak time ada gang menonton.
Tp sygnya, jam 9 malam setiap Sabtu ada banyak juga rancangan lain yang menarik. Tak nak miss mana2 kalau boleh. Jd aku bertukar channel sekejap ke sana, sekejap ke sini. Biasanya dgn Idola Kecil la di tv9 tu. Dulu nak mati jugak semangat aku menonton bila terbaca ada org kata ini rancangan suam2 kuku. Tetapi bila dah tgk rancangan ni, aku hairan mengapa org2 tu melabelkannya demikian. Org tu suam2 kuku la, rancangan tu suam2 kuku la. Pendek kata semua suam2 kuku la. Haish, apa agaknya bg dorg yang meletup very der vasssttt...! Aku nak tahu gak. Meh sini aku tonton. Bg aku, aku hanya percaya apa yang aku nampak. Kalau rancangan ni macam hidup segan mati tak mahu pun aku ttp akan tgk kalau dah minat. Minat setiap org berlainan. Ske ati aku la nak tgk apa kan...
Dlm rancangan ni, aku support Didie mostly. Tp slalu jd sebutan aku ialah Dira dan Ash. Aku lbh support dorg sejak timbul kontroversi pasal undian tu. Lantak la beb. Kalah menang tu adat. Aku tak tahu sgt pasal kontroversi tu. Aku x nak pun amik tahu kalau boleh. Mengetahuinya secara tak sengaja pun dah cukup wat aku sentap. Oh no, rancangan feveret aku. Aku sentiasa harap ia rancangan yang bersih. Mungkin aku yang terlalu naif...? Apa2 pun, aku kagumi semua peserta. Terutamanya yang menunjukkan peningkatan setiap minggu seperti Ash dan Syam.
Pasangan Oshin pun bagus. Syg sekali dah terkeluar. Tp x kan la semua org nak stay sampai akhir kan. Mesti ada yang terkeluar. Adatlah. Bakat org dah nampak. Macam mana rezeki selepas ni belum tahu lagi.
Aku support Dira dan Ash. Tp susah jugak nak menjangkakan yang mereka akan menang. Sebab Sazzy dan Nazril pun mmg bagus dr awal. Oh ye, begitu juga dgn Isma dan Zul serta Sean dan Nana. Semua bestla. Aku slalu menonton rancangan ni dgn perasaan teruja. Sebab aku minat menari. Dan aku nak sgt pandai menari. Malangnya dgn penuh rendah diri dan sedar diri, aku mengaku aku ni mmg x de bakat. Ngaha...
Posted by damien at 12:58 AM 0 comments
Labels: hiburan
Sunday, November 22, 2009
Sokongan untuk Akim
Bro aku nak lagu ni kuar dr list top 14 AJL edisi terbaru ni. Tp aku nak dia masuk. Aku ckp kalau Akim tak masuk, aku tak nak bg bro aku tgk tivi aku. Ada bran dia. Tp slow2 dia doa gak supaya Akim x lepas. Kurang asam punya org. At last, aku ketawakan dia bila lagu Akim diumumkan pada tpt ke-4 yg layak ke AJL. Maknanya markah dia tgi la kan. Ahaha….
Aku harap Akim akan sukses nanti. Tanpa rs malu dan segan(eh..eh, sama la tu kan…), aku nak nyatakan sokongan penuh aku kepada Akim dgn lagunya di AJL nanti-Bengang.
Dia byk improve sejak mula masuk AF smp la dia kini pelakon. Oh, lama sgt tak sentuh blog. Mati kutu lak aku. Dah la. Stakat ni jek wat masa ni.
Posted by damien at 11:10 PM 0 comments
Labels: hiburan
Sunday, November 15, 2009
Farish Aziz...Aku dan Astro...
Oh, aku sedar dan masih sedar. Dr dulu smp skang, aku ske sgt guna tiga noktah (...). Haish, tabiat...
Erm, aku rs tak perlu aku kenalkan org2 di dalam gambar tu. Fizz Fairuz dan Farish Aziz. Gambar tu aku ambil dr koleksi gambar produksi A.D.A.M. Aku tak pasti samaada citer ni dah ditayangkan ke belum. Or ditayangkan dlm bentuk lain.
Apa yang aku nak nyatakan di sini ialah berkenaan Encik Farish Aziz ni. Aku mmg agak ketinggalan dlm bab hiburan ni. Dah lama x mengikuti sgt. Dah lama x baca surat khabar, dah lama tak tgk berita dia tivi. Apatah lagi membaca majalah gosip mahupun rancangan gosip di tivi. Aku tak sedar bila masa aku menonton tivi semula...Kenapa aku dah lama tak menonton tivi...? Puncanya ialah semasa aku duduk sendirian, aku banyak abiskan masa dgn laptop. Samaada membuat kerja di rumah ataupun menonton video dan buat apa sjlah dgn si lappy tu.
Sejak berpindah ke umah baru aku, aku langgan Astro, yang basix aje. Kawan aku kata: Sedeynye ko ni, x de HBO ke...? Haiyoh beb, kalo ko tlg bayarkan langgangan movies aku, maka brlah aku akan ada HBO. Ngaha. Tp bg aku: Sedeynya aku ni. Ada ASTRO tp aku hanya tgk berita tv3, CSI Miami, NY, CSI, Las Vegas dan Numbers. Oh, ada tambahan, aku juga tonton Muzik aktif dan 705(Vids Inggeris dan campuran). Itu aje yang aku tonton. ITU SAHAJA. Sedey kan.
Bila ada Sehati Berdansa, ada la sket kemajuan bila aku mula menontonnya. Bila ada keluarga abang aku tgl smentara dgn aku lbh kurang sebulan ni, aku dah bertambah maju. Br skang aku tgk Studio Nabil, Kau dan Aku, Fikirlah Sendiri Nabil dan macam2 lagi. Dulu aku tak tgk citer sgt, skang br tgk. Disebabkan tgk citer yang dorg tgk, skang dah dkt 3 mgu aku tak tgk aku punya CSI ngan Numbers. Alah...
Farish Aziz ni aku first time tgk kat citer Kau dah Aku. Tak pernah pasan dia sebelum ni. Bila nampak dia minggu ni dlm drama tu, aku tya abg aku. Sapa org ni...? Abg aku pun jawab: Tak tahu...Wah, sngnya. Adik-beradik pun sm2 jakun, outdated. Aku akui itu. Tapi tu x de hal lagi. Semalam, aku tgk citer Anak Ponti Remaja yang mungkin dah diulang tayang kali ke berapa. Aku nampak dia ni lagi. Eh...? Terkejut aku. Lg terkejut bila aku bc nama penulis skripnya...
Dlm hati aku berkata(cewaah): Org ni dah expose la. Aku maksudkan penulis skripnya. Dia juga org yang direct Gaia. Itu aku pasti. Tapi tak pasti adakah org yang sama mengarahkan A.D.A.M. Aku tahu selama ni dia menulis. Aku juga tahu dia menulis skrip. Aku tahu dia bekerjasama dgn Radius One. Tp aku cuma x sangka. Aku terlalu lambat mengetahui semua ni. Kalau aku tahu lbh awal, aku pasti tak akan lepaskan siaran semua cerita-ceritanya. Dulu aku ikuti ceritanya dia web. Tp x semua la. Masa tu aku sibuk dgn study. Sejak kerja, aku cuma sempat tgk sket2 jek mcm Emil Emilda.
Skang ni aku tak puas hati sbb aku cuma tahu Farish Aziz ni penyampai Astro. Itu jek ke...Mcm mana dia boleh mula berlakon...? Aku nak jugak tahu. Ada sesapa yang tahu ? Boleh bgtahu ngan aku. Sharing2 is caring maa...Ehehe. Takkan aku nak tanya kat tuan empunya diri lak. Mintak maaf la ye Encik Farish Aziz, hamba menyibuk hidup tuan hamba barang sketika. Ahaha...
psst: Letih aku google la. Tlg la aku...
Posted by damien at 7:52 PM 0 comments
Labels: hiburan
Thursday, November 12, 2009
Aidit Rayyan Rizqin...baby bertuah
Ini anak Rita Rudani dan Aidil Zafuan. Aku ni dr dulu lg peminat Zaquan Adha. Ntah nape aku hanya ske Zaquan. Maybe sebab dulu aku x prefer lelaki cerah kut. Zaquan kan mcm lbh tan dr Aidil Tp skang aku rs citarasa aku dah tukar sket kut. Yelah, semenjak jumpa Encik Iras yang lbh putih dr aku ni, terske la plak kan lelaki cerah. Encik Iras, putihnya dia buat aku rs mcm nak lumur dia dgn arang. Mak jeles tau sbb muka mak x secerah gebus mcm muka Encik Iras. Eeee...gerammm...!
Haiyoh, mr tgk gambar...
Ni, papa Aidil. Wah, Aidil dah ada anak la. Muda2 lagi dah ada anak. Masa aku ternampak dia kat FAM dulu, x sangka dia dah kahwin rupanya ms tu. Awet bujang betul. Kereta aku terkejut bila terjumpa kembar ni kut, mlm tu trs abis bateri kat pasar malam Kelana Jaya dpn FAM tu. Naik berpeluh aku nak menghidupkannya smula. Naseb baiklah ada seorang driver teksi India mlm tu baik hati membantu. Baby kesayangan aku dah melalak menangis sbb kepanasan. Selamat balik rumah lps tgh malam....Uhu, sori la ye. Selingan...
Dua gambar di bawah ni menyentuh hati aku. Sebabnya Adha dah anak saudara dr kembarnye sendiri. Yang keduanya, penyayang jugak la rupa dia ni. Bertuah la sapa yang dpt. Walaupun biasanya muka dia ni nampak mcm self-centered jek. Hakikatnya, aku ni yg lbh self-centered dr dia. Ahaha...Tak sangka Adha dtg tgk baby ni agak awal. Ye lah kan...Pernah berada dlm situasi tersepit. Mmg haru bila dlm situasi mcm ni. Aku pun pernah mengalami pengalaman mcm dia jugak. Bezanya, yang bikin hal tu bukan kembar dan bukan jugak yang sentiasa bersama aku. Cuma dr segi relation, rapat la dr kecik. Bila dah besar, buat perangai lak. Smp skang pun susah nak terima perbuatan dia. Lantakler, layankan gambar ni...

Posted by damien at 7:03 PM 0 comments
Labels: hiburan

