Sunday, December 27, 2009

Sehati Berdansa 3...juara

Ini lah juaranya, pasangan Sein dan Nana...


Naib juara: Pasangan Sazzy dan Naz


Inilah aktiviti aku Sabtu baru ni. Dr pagi smp petang berlagu-lagu, bertari-tari. Berjam-jam non-stop. Pagi dah dgr Carta Fulamak kat Sinar fm. Lps tu tgk DID(Dance India Dance) ulangan siri lepas. Petangnya tgk episod terkini dan selepas tu disusuli dgn Sehati Berdansa 3, malam kemuncak.

Mmg dinantikan program ni. Aku ada sedikit pandangan tentang program mlm tu tp aku dah byk lupa. Ni aku kongsikan yang mana aku ingat je la.

Keseluruhannya, aku terkejut sbb hanya 2 cabaran jek...? Erk, mcm x cukup utk tampilkan kehebatan finalis. Acara dibuka dgn kemunculan 2 teraju kontroversinya; Scha dan Fahrin. Aku nak juga tgk lakonan dorg berdua ni selepas kontroversi kaw2 dlm media massa dan virtual media. Rupa-rupanya, ada bende lbh kontroversi, iaitu penangkapan Scha dan Awal hari sebelum majlis kemuncak ni. Aku terlepas pandang. Almaklumlah hujung minggu tak beli paper.

Aku tolak tepi kisah peribadi dorg ni. Aku kagum dgn persembahan pasangan pengacara ni. Mereka adalah pasangan yang professional di hadapan kamera. Berjaya mengemudi rancangan dgn baik. Aku rs program ni meriah dgn kebijaksanaan pengacaranya. Aku nampak Scha mcm sket terganggu tp dia masih memberi pengacaraan yang bermutu. Aku rs antara sebab aku setia dgn program ni juga disebabkan oleh pengacaranya yang menarik.

Malam kemuncak diserikan oleh kehadiran 2 hot mama iaitu Linda Jasmine dan pasangan Lisdawati dan Fauzi. Wowz la dorg berdua malam tu. Cantik sgt. Kagums. Liz dan Fauzi memberi komen dr sudut pandangan mereka sendiri. Manakala Linda sesuai dgn title guru tarinya memberi komen dr sudut kepakarannya. Komennya jujur sekali. X de la macam Gonzales tu. Puji jek memanjang.

Persembahan final dimulakan dgn Sein dan Nana mempersembahkan kurik-kundi. Oh, aku ske lagu ni. Tarian mereka bagus. Tak cukup sharp tp bagus. Aku nampak Nana seolah-olah ada kekangan yang menghalang dia dr memuat step2 yang gempak2. Tp aku ingat, tarian pertama dorg ni mmg memukau.

Sazzy dan Naz meneruskan kecemerlangan dgn tarian Kurik Kundi versi Kelantan. Huh, mmg meletops. Mantap rentap sentap tu beb. Oh ye, di awal saingan, undian bg pasangan Sein mendahului. Tp jika dibandingkan persembahan pertama mereka berdua, aku rs Sazzy dan Naz dah pamerkan sinar pasangan juara. Mereka layak menang. Aku menjangkakan mereka mampu menang walaupun secara peribadinya, aku mahukan kemenangan berpihak kepada Sein. Bila lihat persembahan Sazzy, aku dah terpk: Habislah Sein. Tak boleh deny la keupayaan Sazzy utk menang. They deserve the trophy.

Cabaran kedua dibuat dlm bentuk yang menyakitkan mata hadirin(yg dtg tgk live la. Yg tgk close up mcm aku ni no hal). Cabaran serentak tarian latin. Aku rs cabaran ni lbh banyak menampilkan keunggulan pasangan Sazzy. Pasangan Sein biasa2 sj. Kelebihan mungkin lbh kepada Sein sbb dia mmg punyai aura tari yang menakjubkan. Nana, mcm biasa, trs dgn sedikit kekekokan yang masih bersisa. Lbh baik tarian dia dlm cabarang minggu latin. Pada saat ni, aku melihat kemenangan seolah-olah dah tersurat milik pasangan Sazzy.

Persembahan malam kemuncak tamat di situ. Aku terkejut. Aku harapkan more and more. Tp dah abis la plak. Aku harap ada cdnye keluar nanti. Boleh la aku beli dan tiru koreografi pasangan2 bertanding neh. Papa J lbh menonjol kareografinya berbanding Bayu. Sronok la ko noks dah menang. Haruslah banggakan. Tak pe la. Not bad pun kereografi yang ditampilkan oleh Bayu. Mungkin aku hrs terima hakikat, Nana mungkin ada limitasi yang tak boleh dia lepasi (dia br abis pantang kan) sehinggakan mutu tarian pasangan Sein hanya setakat itu sahaja. Apa2 pun, Nana dah menunjukkan peningkatan setiap minggu. Itu sudah cukup baik bg dia berbanding Nana dalam Mentor dulu.

Ini part yang aku paling ske dlm malam kemuncak ni: Kemunculan raja dan ratu tari Malaysia : Adam dan Stacy dgn lagu mereka Menggegar Dunia. Sinonim sekali kehadiran mereka dalam acara malam ni. Agaknya kalau mereka berdua ni berjodoh, akan lahirlah keturunan penari terbilang kat Malaysia ni ye...Ooops, terlebih sudah...Nanti Akim marah...Sorry Stacy.

Saat kemenangan diumukan, aku rs wajah Sazzy benar2 berubah. Dia mungkin sgt yakin dia yang menang. Aku juga begitu. Bila kemenangan diumumkan jatuh kepada Sein, aku rs banyak yang terpinga-pinga, termasuklah Sein dan Nana sendiri dan juga barisan penyokong mereka. Walau apa pun, tahniah kepada pasangan Sein dan Nana, juga tahniah kepada Bayu (harap dpt lihat lbh byk hasil rekaannya selepas ni) dan tahniah kepada pengacara serta seluruh tenaga produksi yang dah jayakan rancangan ni. Terisi sket malam Sabtu aku dgn adanya program ni. Kalau tak beb, mati kutu dowh.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails