Monday, December 21, 2009

Sehati Berdansa: Sayonara Dira-Ash, Isma-Zul

Huhu, dah sekian lama aku tak menaip. Agak sibuk kebelakangan ni. Tp aku masih berminat dgn blog ni. Jd aku teruskan dgn berita yang dah lama aku nak masukkan di sini. Dah basi pun tp x pe, aku nak jugak letak utk kepuasan aku sendiri.


Seingat aku, aku berhenti seketika berblog semenjak pasangan kegemaran aku ni terkeluar dr saingan Sehati Berdansa. Rs kecewa sket...Tp adat bertanding la, takkan semua org nak menang kan. Aku akui juga kehebatan pasangan yang masih kekal pada waktu itu. Pasangan Oshin, Isma, Sazzy dan Sein.

Oshin br sj masuk semula, aku x ingin dia terkeluar lagi sekali dgn begitu cepat. Nak tak nak, terpaksalah Dira yang tersingkir dulu. Bg aku, pasangan Dira-Ash dah menonjolkan peningkatan dlm skil tarian mereka. Walaupun tak macam profesional, sekurang-kurangnya, mereka dah boleh menari dan menghayatinya dgn baik. Aku plg ske tarian Ash sewaktu minggu Bollywood. Dia tak sekaku penari lelaki yang lain. Natural seperti Shah Rukh Khan.

Minggu seterusnya, pasangan Isma pula terkeluar. Aku dah agak dah. Aku bet dgn bro aku, aku kata Isma pasti terkeluar. Sebab berdasarkan undi terkini serta prestasi mingguan, aku berpendapat pasangan Sean lbh outstanding. Tp x dinafikan, pasangan Isma sememangnya pasangan yang menarik dan berbakat. Mereka patut bangga kerana mereka adalah anak seni yang tulen. Ada bakat dan kesungguhan. Isma dah buktikannya melalui tahap penglibatannya dalam Sehati berdansa ni dan juga AF. Terkeluarnya pasangan ni pun disebabkan Oshin dan tak dpt meneruskan saingan. Kalau dia masih ada, pasti Isma akan terkeluar pada minggu seterusnya. Apa2 pun, tahniah la kepada pasangan-pasangan yang baru sj terkeluar ni sebab mereka dan cuba sedaya-upaya sepanjang bersaing.

Mungkin ada yang mempertikai kenapa aku dan para penonton lain masih menonton rancangan realiti yang kononnya dilingkari kontroversi dan sebenarnya suam2 kuku ni. Aku tak tahulah tentang penonton lain. Tp bg aku sendiri, aku sgt ske bidang tarian. Aku ske mononton tarian dan aku meminatinya dgn sepenuh hati. Aku z ambil pusing tentang sebarang kontroversi yang timbul. Aku trs menonton semata-mata kerana aku rs enjoy dan terhibur. Aku akui, salah satu kontroversinya tentang juri mungkin benar. Aku juga menganggap ada juri yang bias. Terutamanya Gonzales tu. Bias dia tu obvious. Mcm no respek sgt la aku tentang pandangan dia. Aku kalau nak mengundi pun tak akan bersandar pada komen2 juri. Aku hanya bersandarkan pada pandangan dan penilaian aku sendiri.

Untuk Final, aku meramalkan Sazzy akan jd juara. Bukan kerana rekod 100 markah dorg. Tp sebab dlm beberapa minggu, pasangan ni menunjukkan bakat mereka yang menyerlah. Sean ada peluang. Dan tak mustahil juga menjuarainya sbb pasangan ini juga meningkat dgn baik dan semakin lama semakin baik. Siapa tahu kan, kut2 bulan jatuh ke riba seperti mana Harimau Malaya dpt membawa pulang semula pingat emas bola sepak Sukan Sea Laos baru2 ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails