Monday, November 23, 2009

Sehati Berdansa...feveret aku

Aku cukup suka rancangan ni. Aku mmg tgu rancangan ni apabila aku dgr ia akan bermula. Mana taknya. Sebelum ni aku x de Astro. Bila dah ada ni, takkan nak hadap tivi kosong jek kan. Nak2 pulak time ada gang menonton.

Tp sygnya, jam 9 malam setiap Sabtu ada banyak juga rancangan lain yang menarik. Tak nak miss mana2 kalau boleh. Jd aku bertukar channel sekejap ke sana, sekejap ke sini. Biasanya dgn Idola Kecil la di tv9 tu. Dulu nak mati jugak semangat aku menonton bila terbaca ada org kata ini rancangan suam2 kuku. Tetapi bila dah tgk rancangan ni, aku hairan mengapa org2 tu melabelkannya demikian. Org tu suam2 kuku la, rancangan tu suam2 kuku la. Pendek kata semua suam2 kuku la. Haish, apa agaknya bg dorg yang meletup very der vasssttt...! Aku nak tahu gak. Meh sini aku tonton. Bg aku, aku hanya percaya apa yang aku nampak. Kalau rancangan ni macam hidup segan mati tak mahu pun aku ttp akan tgk kalau dah minat. Minat setiap org berlainan. Ske ati aku la nak tgk apa kan...

Dlm rancangan ni, aku support Didie mostly. Tp slalu jd sebutan aku ialah Dira dan Ash. Aku lbh support dorg sejak timbul kontroversi pasal undian tu. Lantak la beb. Kalah menang tu adat. Aku tak tahu sgt pasal kontroversi tu. Aku x nak pun amik tahu kalau boleh. Mengetahuinya secara tak sengaja pun dah cukup wat aku sentap. Oh no, rancangan feveret aku. Aku sentiasa harap ia rancangan yang bersih. Mungkin aku yang terlalu naif...? Apa2 pun, aku kagumi semua peserta. Terutamanya yang menunjukkan peningkatan setiap minggu seperti Ash dan Syam.

Pasangan Oshin pun bagus. Syg sekali dah terkeluar. Tp x kan la semua org nak stay sampai akhir kan. Mesti ada yang terkeluar. Adatlah. Bakat org dah nampak. Macam mana rezeki selepas ni belum tahu lagi.

Aku support Dira dan Ash. Tp susah jugak nak menjangkakan yang mereka akan menang. Sebab Sazzy dan Nazril pun mmg bagus dr awal. Oh ye, begitu juga dgn Isma dan Zul serta Sean dan Nana. Semua bestla. Aku slalu menonton rancangan ni dgn perasaan teruja. Sebab aku minat menari. Dan aku nak sgt pandai menari. Malangnya dgn penuh rendah diri dan sedar diri, aku mengaku aku ni mmg x de bakat. Ngaha...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails