Tuesday, November 10, 2009

citarasa aku...? ala2 macam ni la...


Citarasa aku...?
Senang ceritanya, lbh kurang la mcm Cik Linda Onn sebagaimana gambar di atas. Aku mmg sukai rumah dgn ciri berkenaan, hiasan dalaman lbh kurang itu tp aku more to minimalis. Cuma minimal sgt pun kekadang buat ruang nampak kosong. Kena pandai2 anggar ruang la. Warna feveret: hitam, merah, putih, kuning, biru.
Aku dgn Linda Onn ada banyak beza tp ada sket persamaan. Aku seorang gadis bujang yang sudah punyai basikal, motor, kereta dan umah pada usia 25 tahun. Basikal sudah diberi pada org sbb aku dah lama x guna. Sedekahkan aje. Motor skuter dibeli masa aku nak wat praktikal dulu, kini sudah jd tukun di rumah sebab asik rosak. Tak bergerak-gerak.
Psst: Kalau korg ada skuter, bawak2 la ia berjalan ye. Kalau kurang gerak, nanti cepat rosak. Akhirnya jd tukun gak mcm motor aku
Kereta aku kini dipakai oleh abah, mak dan adik di kampung. Aku skang memakai kereta abah yang bakal di handover kepada aku suatu hari nanti. (Ini pun otak aku masi tergedik-gedik nak tambah koleksi motor dan kereta lagi). Umah aku, br diduduki lbh kurang 5 bulan. Aku book hujung tahun lepas. Bersenang-lenang berurusan tentangnya bulan Januari lepas. Amik kunci dan segala cengkadak urusan penyerahannya kepada aku Mac lepas, pindah masuk hujung Mei lepas dan selesai kenduri naik umah Julai lepas sebaik sahaja aku balik dr latihan di Langkawi.
Kesimpulannya. Alhamdulillah, aku sgt2 bersyukur dgn apa yang aku ada skang. Oh ye, umah aku apartmen shj ye. Kecik aje. Sesuai dgn gaji la. Sebab aku masih berhajat nak membeli rumah lain satu hari nanti. Mungkin seperti rumah Linda Onn. Sapa tahu...? InsyaAllah kalau diberkati olehNYA.
Aku sgt kagum dgn Linda Onn. Aku ingin jd sepertinya(bukan jd DJ ye). Jd org yang berjaya, punyai kemewahan dan hidup yang stabil dan gembira, tak perlu bergantung kepada org lain. Tp untuk aku mencapai ke tahap tu, aku perlu sgt3 banyak lagi usaha sebab aku meniti hidup aku ke arah kejayaan dan kestabilan sket demi sket. Aku bukan anak sulong. Tp hidup aku umpama akulah ketua keluarga. Org bergantung kepada aku.
Pendek kata, duit gaji aku bukan menyara diri aku sj. Tp aku x meyalahkan org2 yang aku sara buat masa ni sbb aku faham puncanya. Aku harap mereka juga faham masalah sendiri dan tak lupa apa yang kami semua alami sekarang. Jgn lupa daratan okeh. Mentang2 le slalu mandi laut, hari2 ingat lautan la...Ngaha.
Kereta aku skang kereta Malaysia aje, hanya Gen2. Tp satu hari nanti, aku nak beli Skyline.
Hahaha...InsyaAllah. Di mana ada kemahuan, pasti ada jalan. Caiyuk...
psst: Linda Onn, bila nak buka kelas bisnis...? Leh kami blaja2 jd jutawan...Hehehe...Jangan la buka kelas untuk abang lori aje. Adik penumpang lori ni pun nak attention jugak. Huhu...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails