Tuesday, November 10, 2009

Stadium Nasional Bukit Jalil, apalah naseb...

Ini satu perkara yang menarik perhatian aku. Dah berhari-hari aku baca pasal isu ni. Isu keganasan penonton sewaktu perlawanan akhir Piala Malaysia. Aku bukan penyokong kedua-dua belah. Tp disebabkan Zaquan Adha dan ada sorg mamat kat opis yg menarik ni org nogori, maka aku separuh hati menyokong jugak la team jang ni. Oh ye, best fren aku org nogori. Sah la aku sokong nogori sbb team aku sendiri tak masuk final pun. Sedey...


Sbenarnya, aku sangka Kelantan akan menang. Tp terbalik pula jdnya. Itu bukan isunya kat sini. Yang aku nak ketengahkan ari ni ialah pasal ketelusan siasatan dan info pasal kerosakan stadium tu. Korg sumer leh baca kat sini. Aku rs dgn adanya info yang dibekalkan dan siasatan melibatkan pihak yang akan dipertanggungjawabkan semasa membuat anggaran nilai kerosakan, isu ni boleh diselesaikan cr baik. Tak de la mcm selalu di mana2 pun, org hanya akan bg kita total claim. Tp tak bagi kita breakdown bayaran. Dlm hal kerosakan stadium ni, pihak stadium dah bg breakdown kos yang perlu dibaiki. Bukan sj FAM, malah rakyat juga tahu berapa harga barang2 tu semua. Mungkin satu masa dulu kita hanya tahu kos stadium tu mencecah jutaan ringgit. Skang kita boleh agak2 sendirila kenapa satu bangunan tu bernilai sedemikian. Hai, teringat lak stadium kat tempat aku yang belum lama dibina pun dah runtuh.

Ini gambar kerosakan stadium tu. Tak semua la. Ini aku ambil dr Kosmo.




Yang ni pula adalah breakdown kos yang dikeluarkan oleh pihak stadium.



Tgh2 aku dok baca Kosmo, aku jumpa lak gambar ni yang aku kutip dr OhBulan. Tak sangka insan ini org Kelantan. Sanggup gak dia dtg tgk bola ye. Caiyuk...Penyokong kuat neh. haha...Sapa lagi awek di bawah ni kalau bukan Fasha Sandha.



Aku pun nak tgk final !!!
Tp x boleh la. Aku nak pakai baju kaler apa ? Aku bukan org nogori. Bukan jugak mek kelate. Maka aku pun tgk di tivi ajelah. Aku minat aje nak tonton game live mcm ni. Tp suasananya mmg buatkan aku takut. Kalau x de keganasan pun, susah bg aku untuk pg dan balik. Mesti sesak. Org lemah mcm aku mana leh bersesak-sesak. Nak naik keta...? Humh...Buat sakit kaki jek.

Lgpun kalau aku dtg, pasti aku bawa seorang baby. Apa akan jd pada keselamatan aku dan baby(anak saudara kesayangan aku) sekiranya keadaannya mcm ni. Patutkan aku dedahkan baby pada kepulan asap, api dan bunyi mercun...? Patutkan aku biarkan baby tersepit di celah-celah masyarakat yang bertempiaran lari dlm keadaan gawat macam tu...? Oh no...Never. Org putih, dah dedahkan anak2 mereka ke bidang sukan sejak kecil. Bg feel sket kat budak bila kita bawak dia tgk game live di stadium. Tp kalau mcm ni la keadaannya, aku rs x payahlah. Lbh baik aku dan baby tgk game ni di tivi jek sambil makan pop corn. Selamat sejahtera...

Hoho, aku rs lps ni, semua stadium kat Malaysia ni kena pakai barang kalis api la. hehe...

Psst: Tak leh ke stadium wat seksyen khas untuk penonton wanita dan kanak2....? Kan lbh selamat. Duduk tempat lain, pintu keluar masuk pun lain, toilet pun jauhkan dr toilet lelaki. So masa wanita ngan kanak2 ni tgk game, kaum lelaki bolehla bergusti ke, main mercun ke, baling botol ke batu ke apa tanpa gangguan kat tmpt dorg. Bergusti smp mampus pun x apa. Hoh, kalau leh, lrt pun nak gerabak asing. hahaha...Mintak mahap la ye, tinggi lak demand sy ni. Bukan ape, belajar dr pengalaman...Sampai bila nak tgk final kat tivi aje...?
















0 comments:

Related Posts with Thumbnails