Monday, November 30, 2009

My baby car has been repaired

Lalala...


Hati byk senang. Dekat sebulan lbh aku ssh ati sebab kereta kesayangan aku rosak. Tp ari Ahad lepas, aku dah amik dia di bengkel. Siap dibaiki. Aku yg rs janggal. Kenapa...? Sebab klac baru ni terasa sgt lembut. Si Tauke tu kata, klac br mmg spatutnya mcm tu. Aku terkejut sbb aku kn lps klac banyak br keta leh jln. Memula aku nak kuarkan keta dr bengkel tu, keta x gerak bila aku tarik klac. Tauke cek smula. Then br dia explain kat aku yang klac br aku ni mcm keta Proton. Oho, naik takut aku membawanya. Tak biasa. Tp Si Rayden adalah kereta kesayangan aku, kereta idaman aku satu masa dulu. Hanya aku yg tahu bila ia sakit. Dan hanya aku yang tahu bawanya dlm keadaan dia x brape sihat. Sewaktu abah aku dtg jenguk dia, aku x bg pun abah aku gerakkan dia sbb aku tkt lain lak jdnya nanti. Tp x perlu aku halang pun, Rayden mmg langsung x bergerak bila cuba dibawa oleh org lain.

Yang dibaiki br2 ni ialah :

*Klac pack-Full pack
*Enjin mounting-2
*oil ring
*fly wheel oil seal
*Bearing
*Ada lagi 1 bende-Dah lupa plak.
*Tambah silinder dll yang perlu ditambah.

^^Total up is RM 955. Aku dpt diskaun 5 hengget. Tetapi ongkosnya beb cukup utk wat poket aku koyak rabak seh.^^

Awal2 aku bwk keta, aku dah kena hon sbb aku terlupa nak adjust seat baik2 sbelum aku bwk. Masa dibaiki, byk yang dah diadjust oleh pomen, seat, rear mirror, centre mirror. Lalai aku ni. Aku isi minyak dulu. Pastu bila dah nak park kat umah, berbunyi lak bila buat pusingan. Bunyinya cam bunyi cam masa drive shaft aku patah dulu. Bila dah enjin sejuk sket, aku cek wiring bahagian tu. Sah, mmg si tauke ni pg sambung wayar tu. Naseb baik aku x buat full corner. Parking aku tunggang langgang sbb aku x leh buat pusingan. Aku cabut wayar tu sendiri.(aku dah cukup expert pasal ni). Hadui, setiap pomen pun akan pasangkan wayar ni. Tahu tahu it cost me more than 600 hengget beb utk membaiki drive shadt yg patah. Kawan aku kata, nasib baik aku x eksiden.

Bila memikirkan tentang Rayden, aku teringat pasal Gen2, kereta pertama aku yang diberi nama Damien. Aku senang detect masalah Rayden sbb ia kereta manual. Tp Damien ni kereta auto, nak detect masalah dia lagi susah. Oh, dulu kawan aku pernah bertanya aku, apa patut dia bg nama kereta dia...? Dia rs kereta dia sgt ladies. Aku juga rasakan kereta dia sgt ladies. Tp ia kereta ladies type yg very der unggul sbb aku leh bwk ia dgn speed 170 dgn super rilex. Kwn aku sng hati jek bg aku bawak keta dia sejauh tu. Masa tu kami tgh on the way balik dr berseronok kat Trg ke KL semula. Naseb baik kete dia auto, aku leh memandu smbil makan keropok lekor yang kami beli di tepi jalan di Terengganu. Aku cadangkan dia bg kereta dia nama ni: Annabelle. Hahaha...

Oh ya, selama beberapa bulan ni baby Rayden aku asik rosak. Kewangan aku terjejas teruk disebabkan dia. Jd selepas ni aku leh trskan plan kewangan aku dgn sng hati. Rumah aku dah meminta perhatian. Begitu juga dgn kulit aku neh. Haha. Janji aku nak pg ke Spa dgn kawan dh lepas hampir 2 bulan. Hehe. Tak lupa juga, duit yang aku nak target utk perancangan masa depan aku...Hoho, tak sabarnya nak mengkayakan diri semula. Buat masa ni, aku sgt sengkek...woho, sedey...

psst: Si Annabelle ni adalah kereta Atos Prima. Mantap gua ckp lu. Bwk 170 pun x gegar sgt. Tipula kalau aku kt x gegar langsung. Tp masih stabil wlpun ia auto.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails