Sunday, November 22, 2009

Farish Aziz...the monolog continues...

Aku dah beberapa kali nak update blog aku neh. Tp x de masa. Terasa betapa sibuknya aku dalam minggu lepas. Aku rs mengah, tak menang tangan nak melayan masalah2 yang timbul di temat kerja. Bukan masalah personal ye. Masalah coding la. Mcm biasa. Masalahnya agak luar biasa. Tahap mati kutu aku nak menyelesaikannya. Tercabar beb. Tp cabaran ni membuatkan aku lagi beria nak belajar menerusi internet.


Aku tak sabar sebenarnya nak update kisah Encik Farish Aziz. Aku dah puas surf, tp asal aku jumpa info dia jek, connection to proceed kena block. As if site tu dah expired. Betapa ketinggalannya aku. Tp aku masih dapat sket info berkaitan dia. Tak perlulah kut untuk aku nyatakan di sini sebab aku rs banyak org di luar sana yang lbh mengetahui. Hanya hati aku ni sejak dr hari aku menyebut tentang dia di laman ini, seolah-olah dah dihantui oleh bayangan dia. Adakah sebab aku terlalu sibuk ingin mendapat info tentang dia ataupun aku mmg dah terasuk oleh dia, entahlah.


Petang pada hari aku update tu, aku balik naik tren seperti biasa. Namun pengalaman aku pada hari tu luar biasa. Sebab setelah hamper 2 minggu aku naik tren pergi balik kerja, baru hari itulah aku terasa banyak pulak mata2 lelaki yang memandangku. Masing2 ada persamaan rupa dgn beberapa manusia terkenal. Aku x dpt mengingati yang lainnya. Tp aku cukup igt pada lelaki ni yang rupanya iras Encik Farish Aziz. Aku terkejut gak. Dia pandang aku, aku pandang dia. Dia melarikan mukanya dr aku. Tp aku tetap tgk dia. Sedikit takjub kerana rupa dia yg iras tu. Boleh kata dia punyai rupa Farish versi lebih kurus. Dia segan ke hape dgn aku, aku tak pasti. Tp setiap kali aku terasa dia pandang aku, aku pandang dia semula. Cepat2 dia memalingkan muka. Aku lbh berminat memandang dia drpd memandang lelaki2 lain yg x berkelip mata memandangku. Mungkin apa yang terdetik di hati mereka ketika itu : “Apalah yang budak sekolah ni buat kat sini…?”


Kenapa aku kata begitu…? Sebab keesokan harinya, ada seorang gadis yang aku sangka lbh berumur dr aku(at last aku dpt tahu dia lbh muda 2 tahun dr aku), awal2 perbualan dgnku dah bertanya umur aku berapa. Dgn jujurnya aku menjawab. Tett…tahun. Ngahaha…Dia Nampak terkejut. Di celah2 perbualan kami selepas itu, dia kata dia sangka paling tua pun aku mungkin hanya seorang budak kolej. Motif ? Aku tanyai dia. Dia kata sebab aku bawa beg sekolah. Yosh…Ketawa aku mendengarnya.


Aku rs lapang dada berckp dgn dia. Sng hati. Sekurang-kurangnya membunuh rs bosan aku dlm pada kami menunggu utk masuk ke tren yg sentiasa penuh tu. Dah beberapa hari asik ada sj org nak berckp dgn aku. Ada yang nak bertanya pukul berapa la, jadual tren la. Aku rs sangsi apa niat mereka ni sebab yang bertanya aku pukul berapa dah tu, dgn jelasnya memakai jam tangan. Bila dia tanya, aku hanya tunjukkan pada waktu yang tercatat di board ketibaan tren. Anehnya, kesemua yang bersungguh-sungguh berborak dan menegur aku tu semuanya perempuan. Tp aku kena la pk positif, mungkin dorg pun bosan mcm aku. Drpd duduk diam, baiklah berckp kan…Ah, alangkah bagusnya kalau ada mamat yang hansuari sket tgr aku. Huhu…Aku bukan nak berpkran kolot pasal hal2 mcm ni, tp agak serik jugak bila aku dah layan perempuan baik2, dorg pulak yang otak terbalik dan pk aku treat dorg dgn penuh kasih syg sbb ada makna. Lahabau ek. Nak aje aku pelangkong kepala sesekor. Tp x pe, itu kisah lama. Aku yakin aku x de pakai mandrem ari tu yg bias membuatkan perempuan tiba2 seronok berdamping dgn aku. Aku bersyukur jugak. Drpd teguran biasa, perbualan tu berjangkint smp ke dalam tren dan ada antara mereka yang sudi pula turun sama dr tren untuk menemankan aku sepanjang menuggu pertukaran tren. (Ada sekali tu, aku terpaksa change di KL Central sbb x de bas dr opis. Aku tumpang org ke stesen Angakasapuri.)


Pada minggu itu, hati aku sgt sng. Aku layari hari2 aku dgn bahagia walaupun aku tgh banyak keje. Sebab aku dah buat sesuatu yang aku menitis air mata dan bergetar jiwa raga nak buat selama ni. Iaitu cuba bertukar kerja. Aku x sangka tindakan syrkt yang aku sasarkan tu agak cepat. Beberapa hari berurusan di telefon, akhirnya Jumaat aku dah diphone interview. Aka nada face to face nanti. Mudah2an ada rezki Tuhan untuk aku untuk dpt kerja ni. Biarpun sakit utk mula semula. Tp aku rs aku rela skang drpada aku trs menjadi bahan tindas kat sini. Aku gembira kerana dlm minggu yang getir ni, ada banyak org2 yang tidak dikenali bisa membuat aku gembira.


Naseb aku baik sekali(walaupun sbenarnya nasib malang). Motor pengangkutan aku rosak Khamis malam tu. Jd Jumaat aku cuti EL. Bolehla aku buat phone interview sebelah petang dgn sng hati. Itupun aku gabra. Pergh. Speakang aku kejap beb. Aku x biasa dah dgn BI neh. Dah berapa tahun tglkan sekolah. Masuk U bukan speaking sgt. Nanti org kata aku mat saleh celup lak. Even ada satu kawan aku kata “x nak la jd mat saleh celup ni” pasal hal aku interview ni. Sykt multinasional. Tak kan ler aku nak ckp Melayu beb. Tp aku x slhkan dia. Itu pendirian dia. Cuma dlm keadaan aku skang, speaking tu yang org nak. Aku pun nak sbb aku tahu kepentingan bahasa ni. Kalau aku x biasa dan takut2 dgn bahasa ni, bila aku akan maju…? Dan macam mana aku nak didik generasi aku nanti…? I want my children to be a fluent English speaker. (Sorry la psl bahasa rojak aku ni + grammar tunggang langgang. Biasakla, sy budak br belaja….)Ngaha. Akan ada anak ke aku nanti. Kahwin pun belom. Bf pun x de sbb aku workaholic. Gf…? Erm, aku x pasti la aku ni sesuatu ke tak…Hahahah….(Aku ada sisi gelap ke, erm setakat ni, aku masih rs konfiden aku x de nafsu lagi kat sesame perempuan. Walaupun aku caring dan ala2 tukang spedo, tak bererti aku nak ada relation ngan pompuan lbh drpd kawan. Wajah gadis2 yang menegurku dgn mata bercahaya di jalanan terbayang-bayang di ruangan kepala aku. Tuhan, aku benar2 inginkan teman. Mungkinkah ini hadiah drMU untuk aku…? )

P/S: Hidup tanpa teman ibarat pohon mati di tanah gersang. Maka, cari2 lah teman biarpun hanya seorang dua, tp akan bersamamu sentiasa. Tidak di mata, sekurang-kurangnya di hati. Aku syukuri sebarapa banyak pun teman yang aku ada sekarang.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails