Monday, November 30, 2009

My baby car has been repaired

Lalala...


Hati byk senang. Dekat sebulan lbh aku ssh ati sebab kereta kesayangan aku rosak. Tp ari Ahad lepas, aku dah amik dia di bengkel. Siap dibaiki. Aku yg rs janggal. Kenapa...? Sebab klac baru ni terasa sgt lembut. Si Tauke tu kata, klac br mmg spatutnya mcm tu. Aku terkejut sbb aku kn lps klac banyak br keta leh jln. Memula aku nak kuarkan keta dr bengkel tu, keta x gerak bila aku tarik klac. Tauke cek smula. Then br dia explain kat aku yang klac br aku ni mcm keta Proton. Oho, naik takut aku membawanya. Tak biasa. Tp Si Rayden adalah kereta kesayangan aku, kereta idaman aku satu masa dulu. Hanya aku yg tahu bila ia sakit. Dan hanya aku yang tahu bawanya dlm keadaan dia x brape sihat. Sewaktu abah aku dtg jenguk dia, aku x bg pun abah aku gerakkan dia sbb aku tkt lain lak jdnya nanti. Tp x perlu aku halang pun, Rayden mmg langsung x bergerak bila cuba dibawa oleh org lain.

Yang dibaiki br2 ni ialah :

*Klac pack-Full pack
*Enjin mounting-2
*oil ring
*fly wheel oil seal
*Bearing
*Ada lagi 1 bende-Dah lupa plak.
*Tambah silinder dll yang perlu ditambah.

^^Total up is RM 955. Aku dpt diskaun 5 hengget. Tetapi ongkosnya beb cukup utk wat poket aku koyak rabak seh.^^

Awal2 aku bwk keta, aku dah kena hon sbb aku terlupa nak adjust seat baik2 sbelum aku bwk. Masa dibaiki, byk yang dah diadjust oleh pomen, seat, rear mirror, centre mirror. Lalai aku ni. Aku isi minyak dulu. Pastu bila dah nak park kat umah, berbunyi lak bila buat pusingan. Bunyinya cam bunyi cam masa drive shaft aku patah dulu. Bila dah enjin sejuk sket, aku cek wiring bahagian tu. Sah, mmg si tauke ni pg sambung wayar tu. Naseb baik aku x buat full corner. Parking aku tunggang langgang sbb aku x leh buat pusingan. Aku cabut wayar tu sendiri.(aku dah cukup expert pasal ni). Hadui, setiap pomen pun akan pasangkan wayar ni. Tahu tahu it cost me more than 600 hengget beb utk membaiki drive shadt yg patah. Kawan aku kata, nasib baik aku x eksiden.

Bila memikirkan tentang Rayden, aku teringat pasal Gen2, kereta pertama aku yang diberi nama Damien. Aku senang detect masalah Rayden sbb ia kereta manual. Tp Damien ni kereta auto, nak detect masalah dia lagi susah. Oh, dulu kawan aku pernah bertanya aku, apa patut dia bg nama kereta dia...? Dia rs kereta dia sgt ladies. Aku juga rasakan kereta dia sgt ladies. Tp ia kereta ladies type yg very der unggul sbb aku leh bwk ia dgn speed 170 dgn super rilex. Kwn aku sng hati jek bg aku bawak keta dia sejauh tu. Masa tu kami tgh on the way balik dr berseronok kat Trg ke KL semula. Naseb baik kete dia auto, aku leh memandu smbil makan keropok lekor yang kami beli di tepi jalan di Terengganu. Aku cadangkan dia bg kereta dia nama ni: Annabelle. Hahaha...

Oh ya, selama beberapa bulan ni baby Rayden aku asik rosak. Kewangan aku terjejas teruk disebabkan dia. Jd selepas ni aku leh trskan plan kewangan aku dgn sng hati. Rumah aku dah meminta perhatian. Begitu juga dgn kulit aku neh. Haha. Janji aku nak pg ke Spa dgn kawan dh lepas hampir 2 bulan. Hehe. Tak lupa juga, duit yang aku nak target utk perancangan masa depan aku...Hoho, tak sabarnya nak mengkayakan diri semula. Buat masa ni, aku sgt sengkek...woho, sedey...

psst: Si Annabelle ni adalah kereta Atos Prima. Mantap gua ckp lu. Bwk 170 pun x gegar sgt. Tipula kalau aku kt x gegar langsung. Tp masih stabil wlpun ia auto.

Monday, November 23, 2009

Sehati Berdansa...feveret aku

Aku cukup suka rancangan ni. Aku mmg tgu rancangan ni apabila aku dgr ia akan bermula. Mana taknya. Sebelum ni aku x de Astro. Bila dah ada ni, takkan nak hadap tivi kosong jek kan. Nak2 pulak time ada gang menonton.

Tp sygnya, jam 9 malam setiap Sabtu ada banyak juga rancangan lain yang menarik. Tak nak miss mana2 kalau boleh. Jd aku bertukar channel sekejap ke sana, sekejap ke sini. Biasanya dgn Idola Kecil la di tv9 tu. Dulu nak mati jugak semangat aku menonton bila terbaca ada org kata ini rancangan suam2 kuku. Tetapi bila dah tgk rancangan ni, aku hairan mengapa org2 tu melabelkannya demikian. Org tu suam2 kuku la, rancangan tu suam2 kuku la. Pendek kata semua suam2 kuku la. Haish, apa agaknya bg dorg yang meletup very der vasssttt...! Aku nak tahu gak. Meh sini aku tonton. Bg aku, aku hanya percaya apa yang aku nampak. Kalau rancangan ni macam hidup segan mati tak mahu pun aku ttp akan tgk kalau dah minat. Minat setiap org berlainan. Ske ati aku la nak tgk apa kan...

Dlm rancangan ni, aku support Didie mostly. Tp slalu jd sebutan aku ialah Dira dan Ash. Aku lbh support dorg sejak timbul kontroversi pasal undian tu. Lantak la beb. Kalah menang tu adat. Aku tak tahu sgt pasal kontroversi tu. Aku x nak pun amik tahu kalau boleh. Mengetahuinya secara tak sengaja pun dah cukup wat aku sentap. Oh no, rancangan feveret aku. Aku sentiasa harap ia rancangan yang bersih. Mungkin aku yang terlalu naif...? Apa2 pun, aku kagumi semua peserta. Terutamanya yang menunjukkan peningkatan setiap minggu seperti Ash dan Syam.

Pasangan Oshin pun bagus. Syg sekali dah terkeluar. Tp x kan la semua org nak stay sampai akhir kan. Mesti ada yang terkeluar. Adatlah. Bakat org dah nampak. Macam mana rezeki selepas ni belum tahu lagi.

Aku support Dira dan Ash. Tp susah jugak nak menjangkakan yang mereka akan menang. Sebab Sazzy dan Nazril pun mmg bagus dr awal. Oh ye, begitu juga dgn Isma dan Zul serta Sean dan Nana. Semua bestla. Aku slalu menonton rancangan ni dgn perasaan teruja. Sebab aku minat menari. Dan aku nak sgt pandai menari. Malangnya dgn penuh rendah diri dan sedar diri, aku mengaku aku ni mmg x de bakat. Ngaha...

Sunday, November 22, 2009

Sokongan untuk Akim


Aku baca di paper semalam, rupa-rupanya lagu Akim-Bengang ni dah byk kali jd juara carta merata gak la. Tak sangka. Dulu aku pun bengang bila dgr lagu ni. Sebab aku x ske korus dia. Skang dah slalu dgr, cam best la plak. Pttla rmi org ske.

Bro aku nak lagu ni kuar dr list top 14 AJL edisi terbaru ni. Tp aku nak dia masuk. Aku ckp kalau Akim tak masuk, aku tak nak bg bro aku tgk tivi aku. Ada bran dia. Tp slow2 dia doa gak supaya Akim x lepas. Kurang asam punya org. At last, aku ketawakan dia bila lagu Akim diumumkan pada tpt ke-4 yg layak ke AJL. Maknanya markah dia tgi la kan. Ahaha….

Aku harap Akim akan sukses nanti. Tanpa rs malu dan segan(eh..eh, sama la tu kan…), aku nak nyatakan sokongan penuh aku kepada Akim dgn lagunya di AJL nanti-Bengang.
Dia byk improve sejak mula masuk AF smp la dia kini pelakon. Oh, lama sgt tak sentuh blog. Mati kutu lak aku. Dah la. Stakat ni jek wat masa ni.

Farish Aziz...the monolog continues...

Aku dah beberapa kali nak update blog aku neh. Tp x de masa. Terasa betapa sibuknya aku dalam minggu lepas. Aku rs mengah, tak menang tangan nak melayan masalah2 yang timbul di temat kerja. Bukan masalah personal ye. Masalah coding la. Mcm biasa. Masalahnya agak luar biasa. Tahap mati kutu aku nak menyelesaikannya. Tercabar beb. Tp cabaran ni membuatkan aku lagi beria nak belajar menerusi internet.


Aku tak sabar sebenarnya nak update kisah Encik Farish Aziz. Aku dah puas surf, tp asal aku jumpa info dia jek, connection to proceed kena block. As if site tu dah expired. Betapa ketinggalannya aku. Tp aku masih dapat sket info berkaitan dia. Tak perlulah kut untuk aku nyatakan di sini sebab aku rs banyak org di luar sana yang lbh mengetahui. Hanya hati aku ni sejak dr hari aku menyebut tentang dia di laman ini, seolah-olah dah dihantui oleh bayangan dia. Adakah sebab aku terlalu sibuk ingin mendapat info tentang dia ataupun aku mmg dah terasuk oleh dia, entahlah.


Petang pada hari aku update tu, aku balik naik tren seperti biasa. Namun pengalaman aku pada hari tu luar biasa. Sebab setelah hamper 2 minggu aku naik tren pergi balik kerja, baru hari itulah aku terasa banyak pulak mata2 lelaki yang memandangku. Masing2 ada persamaan rupa dgn beberapa manusia terkenal. Aku x dpt mengingati yang lainnya. Tp aku cukup igt pada lelaki ni yang rupanya iras Encik Farish Aziz. Aku terkejut gak. Dia pandang aku, aku pandang dia. Dia melarikan mukanya dr aku. Tp aku tetap tgk dia. Sedikit takjub kerana rupa dia yg iras tu. Boleh kata dia punyai rupa Farish versi lebih kurus. Dia segan ke hape dgn aku, aku tak pasti. Tp setiap kali aku terasa dia pandang aku, aku pandang dia semula. Cepat2 dia memalingkan muka. Aku lbh berminat memandang dia drpd memandang lelaki2 lain yg x berkelip mata memandangku. Mungkin apa yang terdetik di hati mereka ketika itu : “Apalah yang budak sekolah ni buat kat sini…?”


Kenapa aku kata begitu…? Sebab keesokan harinya, ada seorang gadis yang aku sangka lbh berumur dr aku(at last aku dpt tahu dia lbh muda 2 tahun dr aku), awal2 perbualan dgnku dah bertanya umur aku berapa. Dgn jujurnya aku menjawab. Tett…tahun. Ngahaha…Dia Nampak terkejut. Di celah2 perbualan kami selepas itu, dia kata dia sangka paling tua pun aku mungkin hanya seorang budak kolej. Motif ? Aku tanyai dia. Dia kata sebab aku bawa beg sekolah. Yosh…Ketawa aku mendengarnya.


Aku rs lapang dada berckp dgn dia. Sng hati. Sekurang-kurangnya membunuh rs bosan aku dlm pada kami menunggu utk masuk ke tren yg sentiasa penuh tu. Dah beberapa hari asik ada sj org nak berckp dgn aku. Ada yang nak bertanya pukul berapa la, jadual tren la. Aku rs sangsi apa niat mereka ni sebab yang bertanya aku pukul berapa dah tu, dgn jelasnya memakai jam tangan. Bila dia tanya, aku hanya tunjukkan pada waktu yang tercatat di board ketibaan tren. Anehnya, kesemua yang bersungguh-sungguh berborak dan menegur aku tu semuanya perempuan. Tp aku kena la pk positif, mungkin dorg pun bosan mcm aku. Drpd duduk diam, baiklah berckp kan…Ah, alangkah bagusnya kalau ada mamat yang hansuari sket tgr aku. Huhu…Aku bukan nak berpkran kolot pasal hal2 mcm ni, tp agak serik jugak bila aku dah layan perempuan baik2, dorg pulak yang otak terbalik dan pk aku treat dorg dgn penuh kasih syg sbb ada makna. Lahabau ek. Nak aje aku pelangkong kepala sesekor. Tp x pe, itu kisah lama. Aku yakin aku x de pakai mandrem ari tu yg bias membuatkan perempuan tiba2 seronok berdamping dgn aku. Aku bersyukur jugak. Drpd teguran biasa, perbualan tu berjangkint smp ke dalam tren dan ada antara mereka yang sudi pula turun sama dr tren untuk menemankan aku sepanjang menuggu pertukaran tren. (Ada sekali tu, aku terpaksa change di KL Central sbb x de bas dr opis. Aku tumpang org ke stesen Angakasapuri.)


Pada minggu itu, hati aku sgt sng. Aku layari hari2 aku dgn bahagia walaupun aku tgh banyak keje. Sebab aku dah buat sesuatu yang aku menitis air mata dan bergetar jiwa raga nak buat selama ni. Iaitu cuba bertukar kerja. Aku x sangka tindakan syrkt yang aku sasarkan tu agak cepat. Beberapa hari berurusan di telefon, akhirnya Jumaat aku dah diphone interview. Aka nada face to face nanti. Mudah2an ada rezki Tuhan untuk aku untuk dpt kerja ni. Biarpun sakit utk mula semula. Tp aku rs aku rela skang drpada aku trs menjadi bahan tindas kat sini. Aku gembira kerana dlm minggu yang getir ni, ada banyak org2 yang tidak dikenali bisa membuat aku gembira.


Naseb aku baik sekali(walaupun sbenarnya nasib malang). Motor pengangkutan aku rosak Khamis malam tu. Jd Jumaat aku cuti EL. Bolehla aku buat phone interview sebelah petang dgn sng hati. Itupun aku gabra. Pergh. Speakang aku kejap beb. Aku x biasa dah dgn BI neh. Dah berapa tahun tglkan sekolah. Masuk U bukan speaking sgt. Nanti org kata aku mat saleh celup lak. Even ada satu kawan aku kata “x nak la jd mat saleh celup ni” pasal hal aku interview ni. Sykt multinasional. Tak kan ler aku nak ckp Melayu beb. Tp aku x slhkan dia. Itu pendirian dia. Cuma dlm keadaan aku skang, speaking tu yang org nak. Aku pun nak sbb aku tahu kepentingan bahasa ni. Kalau aku x biasa dan takut2 dgn bahasa ni, bila aku akan maju…? Dan macam mana aku nak didik generasi aku nanti…? I want my children to be a fluent English speaker. (Sorry la psl bahasa rojak aku ni + grammar tunggang langgang. Biasakla, sy budak br belaja….)Ngaha. Akan ada anak ke aku nanti. Kahwin pun belom. Bf pun x de sbb aku workaholic. Gf…? Erm, aku x pasti la aku ni sesuatu ke tak…Hahahah….(Aku ada sisi gelap ke, erm setakat ni, aku masih rs konfiden aku x de nafsu lagi kat sesame perempuan. Walaupun aku caring dan ala2 tukang spedo, tak bererti aku nak ada relation ngan pompuan lbh drpd kawan. Wajah gadis2 yang menegurku dgn mata bercahaya di jalanan terbayang-bayang di ruangan kepala aku. Tuhan, aku benar2 inginkan teman. Mungkinkah ini hadiah drMU untuk aku…? )

P/S: Hidup tanpa teman ibarat pohon mati di tanah gersang. Maka, cari2 lah teman biarpun hanya seorang dua, tp akan bersamamu sentiasa. Tidak di mata, sekurang-kurangnya di hati. Aku syukuri sebarapa banyak pun teman yang aku ada sekarang.

Sunday, November 15, 2009

Gaia...calon drama rantaian Anugerah Skrin 2008

Aha, tgk topik pun dah boleh agak kan. Itulah dia hakikatnya. Gaia-adalah calon drama rantaian untuk Anugerah Skrin 2008. Beb, skang dah on the way Anugerah Skrin 2009. Oh no. Betapa out datednya aku...Oh my dior...!

Malangnya, hanya itu je yang aku dpt cari tentang Gaia buat masa ni. Aku x dpt tgk vids nya di You Tube. Di opis aku ni, segala unsur hiburan di block.

Hah, ini satu blog yg aku terjumpa dlm proses aku cr maklumat tentang Gaia(bersungguh aku ni kan). Aku ske ulasannya tentang filem Pisau Cukur. Boleh baca sendiri di http://tontonfilem.blogspot.com Aku nak komen sebegitu tp aku ni bukanlah cerdik pandai dlm perfileman. Malah ada antara komen penulis tu yang aku smp skang pun x pernah terpk. Mungkin sebab aku ni jenis yang memahami wayang dr mimik muka pelakonnya. Tp betul, aku sgt setuju yang filem Pisau Cukur ini hebat antara sebabnya kerana ia berdiri kukuh atas dialognya, bukan semata-mata disebabkan oleh pelakon2 kelas A yang membintanginya.

Mungkin ada yang terpk, kenapa aku ni byk masa skang untuk menaip blog...? Jawapannya mudah aje, dulu aku sgt sibuk smp nak makan pun x de masa. Masa tu, kata org, bebulu mata aku tgk kawan aku(which is my one and only companion here for the moment) dtg lambat, dah lambat...dtg keje main blog ngan internet lak. Hadui. Tp aku faham masa tu dia kurg kerja. Aku yg tgh sibuk. Skang aku ada masa dan ada sket minat, aku pun berblog la jugak. ahah...

Hari ni lak, awal pg td aku nak wat keje. Aku lupakan seketika hasrat mengomen pasal 2012. Tp server problem, trs tak jd aku wat keje. Server msh problem smp skang, dah abis lunch hour pun. Tak ke bazir masa aku dtg keje ni...Hadui...

Mungkin bulan depan, aku dah ada peti sejuk. Aku akan beli sket2 barangan letrik selepas tu. Then, br lah aku leh join dorg semua dgn minat yang sm...MEMASAK...buat kek...yee hee...

Farish Aziz...Aku dan Astro...

Oh, aku sedar dan masih sedar. Dr dulu smp skang, aku ske sgt guna tiga noktah (...). Haish, tabiat...

Erm, aku rs tak perlu aku kenalkan org2 di dalam gambar tu. Fizz Fairuz dan Farish Aziz. Gambar tu aku ambil dr koleksi gambar produksi A.D.A.M. Aku tak pasti samaada citer ni dah ditayangkan ke belum. Or ditayangkan dlm bentuk lain.

Apa yang aku nak nyatakan di sini ialah berkenaan Encik Farish Aziz ni. Aku mmg agak ketinggalan dlm bab hiburan ni. Dah lama x mengikuti sgt. Dah lama x baca surat khabar, dah lama tak tgk berita dia tivi. Apatah lagi membaca majalah gosip mahupun rancangan gosip di tivi. Aku tak sedar bila masa aku menonton tivi semula...Kenapa aku dah lama tak menonton tivi...? Puncanya ialah semasa aku duduk sendirian, aku banyak abiskan masa dgn laptop. Samaada membuat kerja di rumah ataupun menonton video dan buat apa sjlah dgn si lappy tu.

Sejak berpindah ke umah baru aku, aku langgan Astro, yang basix aje. Kawan aku kata: Sedeynye ko ni, x de HBO ke...? Haiyoh beb, kalo ko tlg bayarkan langgangan movies aku, maka brlah aku akan ada HBO. Ngaha. Tp bg aku: Sedeynya aku ni. Ada ASTRO tp aku hanya tgk berita tv3, CSI Miami, NY, CSI, Las Vegas dan Numbers. Oh, ada tambahan, aku juga tonton Muzik aktif dan 705(Vids Inggeris dan campuran). Itu aje yang aku tonton. ITU SAHAJA. Sedey kan.

Bila ada Sehati Berdansa, ada la sket kemajuan bila aku mula menontonnya. Bila ada keluarga abang aku tgl smentara dgn aku lbh kurang sebulan ni, aku dah bertambah maju. Br skang aku tgk Studio Nabil, Kau dan Aku, Fikirlah Sendiri Nabil dan macam2 lagi. Dulu aku tak tgk citer sgt, skang br tgk. Disebabkan tgk citer yang dorg tgk, skang dah dkt 3 mgu aku tak tgk aku punya CSI ngan Numbers. Alah...

Farish Aziz ni aku first time tgk kat citer Kau dah Aku. Tak pernah pasan dia sebelum ni. Bila nampak dia minggu ni dlm drama tu, aku tya abg aku. Sapa org ni...? Abg aku pun jawab: Tak tahu...Wah, sngnya. Adik-beradik pun sm2 jakun, outdated. Aku akui itu. Tapi tu x de hal lagi. Semalam, aku tgk citer Anak Ponti Remaja yang mungkin dah diulang tayang kali ke berapa. Aku nampak dia ni lagi. Eh...? Terkejut aku. Lg terkejut bila aku bc nama penulis skripnya...

Dlm hati aku berkata(cewaah): Org ni dah expose la. Aku maksudkan penulis skripnya. Dia juga org yang direct Gaia. Itu aku pasti. Tapi tak pasti adakah org yang sama mengarahkan A.D.A.M. Aku tahu selama ni dia menulis. Aku juga tahu dia menulis skrip. Aku tahu dia bekerjasama dgn Radius One. Tp aku cuma x sangka. Aku terlalu lambat mengetahui semua ni. Kalau aku tahu lbh awal, aku pasti tak akan lepaskan siaran semua cerita-ceritanya. Dulu aku ikuti ceritanya dia web. Tp x semua la. Masa tu aku sibuk dgn study. Sejak kerja, aku cuma sempat tgk sket2 jek mcm Emil Emilda.

Skang ni aku tak puas hati sbb aku cuma tahu Farish Aziz ni penyampai Astro. Itu jek ke...Mcm mana dia boleh mula berlakon...? Aku nak jugak tahu. Ada sesapa yang tahu ? Boleh bgtahu ngan aku. Sharing2 is caring maa...Ehehe. Takkan aku nak tanya kat tuan empunya diri lak. Mintak maaf la ye Encik Farish Aziz, hamba menyibuk hidup tuan hamba barang sketika. Ahaha...

psst: Letih aku google la. Tlg la aku...


2012...Dah tgk...huhu

Aku x de nak komen banyak tentang filem ni. Ia masih 'hot' di pawagam. Aku pergi menonton dgn kawan aku dan ada lagi seorang teman vendor. Kami pergi 'mengular...' sebab syarat Friday movie kami dipenuhi. Hehe...Naseb baikla kawan aku book tiket lbh awal. Aku dah ckp dgn dia dulu, kalau kita pergi redah jek beli tiket, alamatnya aku yakin kami akan cuma pg makan lps tu kena balik opis smula.

Kami hampir tak dapat tiket. Dah hampir masa nak release tiker br kami smp. Tp syukur, sempat jugak makan dan tgk wayang tu. Hampir 3 jam tu. Dr kul 1.30 pm kami masuk. 4.30 pm br kuar. Termasuklah dgn iklan di dalam pawagam tu.

Kesimpulan...Best filem ni. Pegi2 tgk...Jgn tak tgk...Insaf...? Oh tidak...Memang ada rs ngeri dan teruja, suspen...Mmg kita rs mcm kita turut sama dlm situasi tu. Debar seh...Tambah lak dgn sound system yang waah...Tp tak menginsafkan sgt la...Sebab mungkin otak aku ni terlalu kukuh memikirkan, itu hanya cereka. Ngaha...Citer yang kelakar, seronok...Aku rs berbaloi la harga tiket yang aku beli dan masa yang akuu korbankan...InsyaAllah, aku x akan kerap buat aktiviti ni lagi di masa akan dtg...Hehe...

psst: Masa aku dtg sana, org beratur panjang cam lipan. Sesapa yang nak tgk, baiklah book tiket online. At least korg tahu tiket masih available atau tak. Kecuali la korg sanggup beratur panjang and at the end, org kaunter tu ckp : "Tiket dah sold out, Encik..." Hahaha...

Thursday, November 12, 2009

Encik Iras yang memeningkan...

Ari ni aku dtg keje awal. Aku terlepas bas di stesen komuter td. Aku smp jek, bas dah blah dpn mata...Halamak. Terpaksalah aku naik teksi. Tak pasal2 melayang 6.40 hengget aku.

Sejak petang Rabu, aku x sng duduk sebab sebelum aku naik bas untuk balik, ttb ada pegawai cr aku. Aku sangka keje aku ada masalah. Bila aku dtg pg ni, aku cek email yang dorg tak hantar pun kepada aku, sebaliknya kepada middle team. Team ni mmg org yg sepatutnya menerima email2 sebegini. Dlm email tu jelas tertulis masalah adalah skop kerja org lain dan bukan aku. Hangin lak aku sbb aku x lena tdo pk bende ni. X sng duduk.

Aku ajak org middle team ikut aku jmp pegawai. Walaupun kerjanya berkaitan kawan aku, tp aku ttp jmp pegawai tu memandangkan dia ada cari aku Rabu lps. Khamis aku MC. Jd hanya hari ni aku leh entertain dia. Aku pg jumpa dia cpt sbb aku nak tgk 2012 tgh nnt. Aku tanya dia, napa cr aku since itu bukan keje aku. Ini jawapan dia: "Sy tahu, tp saya tak tahu nak cr sapa, jd sy cr awak"...Waah, x pe. Aku x marah. Aku bincang2
dgn dia dan akhirnya masalah tu akan dimajukan ke pihak yg sepatutnya. Selamat la aku dgn kawan aku.

Sebelum aku jumpa dia, aku cek data. Dlm pada tu, aku terpandang Encik Iras. Dia pun tertgk aku jugak. Tak lama lps tu, aku berselisih lak dgn Encik Nogori(aku pernah sebut tentangnya sebelum ni, pasal guy yg agak menarik di opis ni). Aku x senyum pun kat Encik Nogori, sebab aku tgh kelam-kabut. Pun bukan dlm situasi yang menyenangkan utk senyum kat sesapa pun.

Tp sejak tu, setiap kali Encik Iras lalu, dia akan pandang ke tempat lain sepanjang-panjang perjalanan dia di dpn tpt aku. Dia ni slalu la mcm ni. Ntah kenapa. Aku masih tak faham kenapa sekejap dia nampak ok, peramah. Sekejap nampak marah2 aje. Angin dia lbh buruk dr pompuan yg dtg bulan. Tp lantaklah, jgn simpan marah dia kat aku dlm hati. Kalau la dia marah aku. Tp dia nak marah sapa lagi kalau bukan aku...Dia bersikap macam tu hanya dgn aku. Ai, kusut la mak camni...Kusut...

psst: Bila Encik Iras buat perangai, hilang la seri wajah cumel dia...Oho, sedeynye...

2012...here I come

Aku dan teman aku pernah menonton Pisau Cukur pada hari Jumaat lps. Masa tu kami ada sedar syarat ni. Memandangkan kami ni programmer, maka yg kuar kat kepala otak kami ada struktur lbh kurang macam ni la:

If day="Jumaat"
{
If manattendance=""
{
Ktrg ENJOY !!!
}
}

Ngahaha...Hari ni syaray yang sama juga dipenuhi. Maka kami pun akan meneruskan perjuangan menonton wayang kami. Wayang hari ni ialah 2012. Yeah....Hari ni kami ada additional partner iaitu seorang project mate dari company lain. Tugas pun x sama dgn kami. Tp kepala otak lbh kurg sama. Hari ni kekejiam kami berganda. Sebab wayang kami estimate akan habis kul 3.30 pm. Kami nak trs balik. Tak balik ke opis smula dah. Tp aku kena la jalan2 dulu kat Mid Valley sbb kalau aku balik awal pun, abg aku x leh amek aku lagi kat komuter. Jd aku x de guna pun balik terlalu awal. Kul 5 nanti br aku naik tren. Oho, tak sabar.

Sygnya, ari ni pasti kurang syiok sket. Sbb aku tgh sakit gigi dan ada ulser, jd x leh makan best2. Huhu, sedey...

Aidit Rayyan Rizqin...baby bertuah (cont)

Nape aku katakan baby ni bertuah...?

Erm, satu. Aku rs korg pun dah tahu. Dia punyai bapa yang ramai org kategorikan hensem. Ibu pulak ramai org kata cantik jelita. Dua2 pun org top dlm sukan dan hiburan.

Kedua, punyai nama yang indah dan rupa yang inda jugak.

Ketiga, baru2 ni bapak dia dpt bonus sbb team nogori dpt masuk final ngan akhirnya jd juara. Total 300 000 hengget woo...Aku rs bapak dia dah boleh beli keta lagi sebijik...Masih pakai proton lagi ka En Aidil...? Tp dgn duit bonus tu(yang kena bahagi untuk keseluruhan team), erm, maybe mmg hanya leh dpt proton la jugak.

Apa2 pun, rezki ttp rezki. Sapa nak bagi kan kalau x de sebab musabab...

Aku ske nama Rayyan. Tp anak Aidil pun Rayyan. Anak Nana(Siti Nurdiana) pun Rayyan. Ntah ada brape byk Rayyan lagi di luar sana. Apa lagi nama yang org x pakai ye...? Pakai Rafael leh tak...? Tp x de la nak letak 'Benitez' ke 'Nadal' ke kat hujungnya. Nanti tambah la Harith ke...Rafael Harith....Oho, best x...? Lagi best kalau ada Megat kat depan tu. Hehe...Megat Rafael Harith. hehehe...Mimpi la aku ni...Hahah...

Aidit Rayyan Rizqin...baby bertuah

Oho, aku tahu entry aku ni dah kategori lapuk. Tp aku nak letak jugak. Sebab aku mmg nak letak, tp malas nak cr bahan selama ni. Kebetulan ari ni ternampak lak gambar2 ni. Jd aku pun amik ler. Ehehe...

Ini anak Rita Rudani dan Aidil Zafuan. Aku ni dr dulu lg peminat Zaquan Adha. Ntah nape aku hanya ske Zaquan. Maybe sebab dulu aku x prefer lelaki cerah kut. Zaquan kan mcm lbh tan dr Aidil Tp skang aku rs citarasa aku dah tukar sket kut. Yelah, semenjak jumpa Encik Iras yang lbh putih dr aku ni, terske la plak kan lelaki cerah. Encik Iras, putihnya dia buat aku rs mcm nak lumur dia dgn arang. Mak jeles tau sbb muka mak x secerah gebus mcm muka Encik Iras. Eeee...gerammm...!

Haiyoh, mr tgk gambar...
Ni, papa Aidil. Wah, Aidil dah ada anak la. Muda2 lagi dah ada anak. Masa aku ternampak dia kat FAM dulu, x sangka dia dah kahwin rupanya ms tu. Awet bujang betul. Kereta aku terkejut bila terjumpa kembar ni kut, mlm tu trs abis bateri kat pasar malam Kelana Jaya dpn FAM tu. Naik berpeluh aku nak menghidupkannya smula. Naseb baiklah ada seorang driver teksi India mlm tu baik hati membantu. Baby kesayangan aku dah melalak menangis sbb kepanasan. Selamat balik rumah lps tgh malam....Uhu, sori la ye. Selingan...

Dua gambar di bawah ni menyentuh hati aku. Sebabnya Adha dah anak saudara dr kembarnye sendiri. Yang keduanya, penyayang jugak la rupa dia ni. Bertuah la sapa yang dpt. Walaupun biasanya muka dia ni nampak mcm self-centered jek. Hakikatnya, aku ni yg lbh self-centered dr dia. Ahaha...Tak sangka Adha dtg tgk baby ni agak awal. Ye lah kan...Pernah berada dlm situasi tersepit. Mmg haru bila dlm situasi mcm ni. Aku pun pernah mengalami pengalaman mcm dia jugak. Bezanya, yang bikin hal tu bukan kembar dan bukan jugak yang sentiasa bersama aku. Cuma dr segi relation, rapat la dr kecik. Bila dah besar, buat perangai lak. Smp skang pun susah nak terima perbuatan dia. Lantakler, layankan gambar ni...










Tuesday, November 10, 2009

citarasa aku...? ala2 macam ni la...


Citarasa aku...?
Senang ceritanya, lbh kurang la mcm Cik Linda Onn sebagaimana gambar di atas. Aku mmg sukai rumah dgn ciri berkenaan, hiasan dalaman lbh kurang itu tp aku more to minimalis. Cuma minimal sgt pun kekadang buat ruang nampak kosong. Kena pandai2 anggar ruang la. Warna feveret: hitam, merah, putih, kuning, biru.
Aku dgn Linda Onn ada banyak beza tp ada sket persamaan. Aku seorang gadis bujang yang sudah punyai basikal, motor, kereta dan umah pada usia 25 tahun. Basikal sudah diberi pada org sbb aku dah lama x guna. Sedekahkan aje. Motor skuter dibeli masa aku nak wat praktikal dulu, kini sudah jd tukun di rumah sebab asik rosak. Tak bergerak-gerak.
Psst: Kalau korg ada skuter, bawak2 la ia berjalan ye. Kalau kurang gerak, nanti cepat rosak. Akhirnya jd tukun gak mcm motor aku
Kereta aku kini dipakai oleh abah, mak dan adik di kampung. Aku skang memakai kereta abah yang bakal di handover kepada aku suatu hari nanti. (Ini pun otak aku masi tergedik-gedik nak tambah koleksi motor dan kereta lagi). Umah aku, br diduduki lbh kurang 5 bulan. Aku book hujung tahun lepas. Bersenang-lenang berurusan tentangnya bulan Januari lepas. Amik kunci dan segala cengkadak urusan penyerahannya kepada aku Mac lepas, pindah masuk hujung Mei lepas dan selesai kenduri naik umah Julai lepas sebaik sahaja aku balik dr latihan di Langkawi.
Kesimpulannya. Alhamdulillah, aku sgt2 bersyukur dgn apa yang aku ada skang. Oh ye, umah aku apartmen shj ye. Kecik aje. Sesuai dgn gaji la. Sebab aku masih berhajat nak membeli rumah lain satu hari nanti. Mungkin seperti rumah Linda Onn. Sapa tahu...? InsyaAllah kalau diberkati olehNYA.
Aku sgt kagum dgn Linda Onn. Aku ingin jd sepertinya(bukan jd DJ ye). Jd org yang berjaya, punyai kemewahan dan hidup yang stabil dan gembira, tak perlu bergantung kepada org lain. Tp untuk aku mencapai ke tahap tu, aku perlu sgt3 banyak lagi usaha sebab aku meniti hidup aku ke arah kejayaan dan kestabilan sket demi sket. Aku bukan anak sulong. Tp hidup aku umpama akulah ketua keluarga. Org bergantung kepada aku.
Pendek kata, duit gaji aku bukan menyara diri aku sj. Tp aku x meyalahkan org2 yang aku sara buat masa ni sbb aku faham puncanya. Aku harap mereka juga faham masalah sendiri dan tak lupa apa yang kami semua alami sekarang. Jgn lupa daratan okeh. Mentang2 le slalu mandi laut, hari2 ingat lautan la...Ngaha.
Kereta aku skang kereta Malaysia aje, hanya Gen2. Tp satu hari nanti, aku nak beli Skyline.
Hahaha...InsyaAllah. Di mana ada kemahuan, pasti ada jalan. Caiyuk...
psst: Linda Onn, bila nak buka kelas bisnis...? Leh kami blaja2 jd jutawan...Hehehe...Jangan la buka kelas untuk abang lori aje. Adik penumpang lori ni pun nak attention jugak. Huhu...

Stadium Nasional Bukit Jalil, apalah naseb...

Ini satu perkara yang menarik perhatian aku. Dah berhari-hari aku baca pasal isu ni. Isu keganasan penonton sewaktu perlawanan akhir Piala Malaysia. Aku bukan penyokong kedua-dua belah. Tp disebabkan Zaquan Adha dan ada sorg mamat kat opis yg menarik ni org nogori, maka aku separuh hati menyokong jugak la team jang ni. Oh ye, best fren aku org nogori. Sah la aku sokong nogori sbb team aku sendiri tak masuk final pun. Sedey...


Sbenarnya, aku sangka Kelantan akan menang. Tp terbalik pula jdnya. Itu bukan isunya kat sini. Yang aku nak ketengahkan ari ni ialah pasal ketelusan siasatan dan info pasal kerosakan stadium tu. Korg sumer leh baca kat sini. Aku rs dgn adanya info yang dibekalkan dan siasatan melibatkan pihak yang akan dipertanggungjawabkan semasa membuat anggaran nilai kerosakan, isu ni boleh diselesaikan cr baik. Tak de la mcm selalu di mana2 pun, org hanya akan bg kita total claim. Tp tak bagi kita breakdown bayaran. Dlm hal kerosakan stadium ni, pihak stadium dah bg breakdown kos yang perlu dibaiki. Bukan sj FAM, malah rakyat juga tahu berapa harga barang2 tu semua. Mungkin satu masa dulu kita hanya tahu kos stadium tu mencecah jutaan ringgit. Skang kita boleh agak2 sendirila kenapa satu bangunan tu bernilai sedemikian. Hai, teringat lak stadium kat tempat aku yang belum lama dibina pun dah runtuh.

Ini gambar kerosakan stadium tu. Tak semua la. Ini aku ambil dr Kosmo.




Yang ni pula adalah breakdown kos yang dikeluarkan oleh pihak stadium.



Tgh2 aku dok baca Kosmo, aku jumpa lak gambar ni yang aku kutip dr OhBulan. Tak sangka insan ini org Kelantan. Sanggup gak dia dtg tgk bola ye. Caiyuk...Penyokong kuat neh. haha...Sapa lagi awek di bawah ni kalau bukan Fasha Sandha.



Aku pun nak tgk final !!!
Tp x boleh la. Aku nak pakai baju kaler apa ? Aku bukan org nogori. Bukan jugak mek kelate. Maka aku pun tgk di tivi ajelah. Aku minat aje nak tonton game live mcm ni. Tp suasananya mmg buatkan aku takut. Kalau x de keganasan pun, susah bg aku untuk pg dan balik. Mesti sesak. Org lemah mcm aku mana leh bersesak-sesak. Nak naik keta...? Humh...Buat sakit kaki jek.

Lgpun kalau aku dtg, pasti aku bawa seorang baby. Apa akan jd pada keselamatan aku dan baby(anak saudara kesayangan aku) sekiranya keadaannya mcm ni. Patutkan aku dedahkan baby pada kepulan asap, api dan bunyi mercun...? Patutkan aku biarkan baby tersepit di celah-celah masyarakat yang bertempiaran lari dlm keadaan gawat macam tu...? Oh no...Never. Org putih, dah dedahkan anak2 mereka ke bidang sukan sejak kecil. Bg feel sket kat budak bila kita bawak dia tgk game live di stadium. Tp kalau mcm ni la keadaannya, aku rs x payahlah. Lbh baik aku dan baby tgk game ni di tivi jek sambil makan pop corn. Selamat sejahtera...

Hoho, aku rs lps ni, semua stadium kat Malaysia ni kena pakai barang kalis api la. hehe...

Psst: Tak leh ke stadium wat seksyen khas untuk penonton wanita dan kanak2....? Kan lbh selamat. Duduk tempat lain, pintu keluar masuk pun lain, toilet pun jauhkan dr toilet lelaki. So masa wanita ngan kanak2 ni tgk game, kaum lelaki bolehla bergusti ke, main mercun ke, baling botol ke batu ke apa tanpa gangguan kat tmpt dorg. Bergusti smp mampus pun x apa. Hoh, kalau leh, lrt pun nak gerabak asing. hahaha...Mintak mahap la ye, tinggi lak demand sy ni. Bukan ape, belajar dr pengalaman...Sampai bila nak tgk final kat tivi aje...?
















Jom tgk 2012...



Hello. Ni filem yang akan mula ditayangkan esok: 12/11/2009. Tajuknya 2012. Citer pasal ala2 dunia nak kiamat la. Tgk trailer dia pun insaf sekejap weh.



Sebagaimana filem Pisau Cukur yang aku tgk pada hari kedua, filem ni pun InsyaAllah aku akan tgk juga pada hari kedua tayangan. Apalagi kalau bukan hari Jumaat rock the world. Hehehe...Minggu ni site aku kerje ni ada event. Project head lak bercuti. Apa lagi, enjoy sakan la....Hooray !!!. Wah, ni kalau bakal majikan aku tgk ni, susah aku nak dpt keje neh. Ngaha. Tp jgn salahkan aku ok. Aku ni dedikasi tau, tp kalau org dah x reti nak kerjasama dgn kita smp kita pun ssh nak wat keje, apa point lagi untuk bekerja dgn dedikasi. Itu la, bos aku x nak anta aku ke site lain...Tak lama lagi bos akan kehilangan aku sebagaimana dia kehilangan semua pekerja dia kat sini sebelum aku. hahaha...Keji sekali.

Kat sini boleh korg sumer tgk trailer 2012. Sila la ye...

Wat masa ni aku x leh komen apa2 lagi pasal filem ni. Aku x sabar nak tgk. Filem mat saleh woo...Ye la, aku kan ala2 jakun. Biasa tgk filem Melayu je(sbenarnya sbb nak tiket filem luar tp x dpt, filem Melayu jek masih available. Ngaha...), tak mcm stengah org tu, x tgk langsung filem Melayu, apa dia kata...? "Aku x main la tgk filem2 Melayu ni...."... Wah, statement tak hengatz dr seorang Melayu. Kalau org ni lahir kat oversea, aku tak heran. Dimaafkan. Tapi yang, ko lahir kat ceruk tok kun la kata org, makan budu belacan tak tgk filem Melayu. Nak aje aku ckp...Pegidaaaah...Tp aku seorang yang memahami. Ye lah aku paham mungkin filem Melayu sukar memenuhi citarasa org Melayu sendiri.

Psst : Bila aku makan Western(aku x membesar dgn makan nasi. Aku grow up dgn makan fast food. Tp nasi makan jugak la, cuma bukan feveret), aku kena kutuk sbb x makan nasi sgt. Tp bila aku tgk filem Melayu, aku kena kutuk jugak. Haish, pening kepala aku.

Kecenderungan aku menonton filem....?

Erm, aku x memilih sgt. Citer komedi boleh, seram boleh, biasa2 pun boleh. Melayu, omputih, cina, korea, tamil, hindi....blasah jek. Sumer aku tgk asalkan menarik.

Citer yang konfem smp mampus pun aku tak tgk...?

Ada...iaitu citer yang berunsurkan binatang dr jenis2 yang aku x leh hadap. Contohnya mcm filem baru2 ni; G-Force, Rota pebenda ntah. Tak ingat sbb dah agak lama and aku mmg x tgk.

psst: Bulan depan aku byk sgt2 plan. Kepala tgh kusut ni, pk mana satu nak wat dulu. Tp skang aku tgh happy sket. Sbb leh rilec di tpt keje dgn sng hati. Aku masih wat keje tau. Tp smalam jek x wat sbb server down. Network juga down. Seolah-olah ktrg ni dihalau pulang jek masa org opis ni sibuk2 sambut menteri dorg dtg. Aku balik awal smalam. Ari ni pun nak balik awal jugak. Esok aku cuti. Yehaa....



Monday, November 9, 2009

happy evening but weird morning

hello. Oho, sebelum aku trskan, ingin aku catatkan sket kat sini sebab bende ni aku br sj tgk. Iaitu seorang lelaki yang aku ske tgk selama ni. Memandangkan aku nak privatekan blog aku ni(bukan private access. Hehe. Cuma x bg org2 terdekat yang tak perlu tahu mengetahui keujudan blog ni), aku rs leh kot taip kat sini dgn penuh konfiden pasal mamat ni.

Mamat ni yang pada mulanya di mataku biasa2 aje tp kian lama makin comel. Kalau aku masukkan ke kategori hansem, nanti ada org bluek lak. Hensem di mata aku agak tgi criterianya. Alangkan Henry Golding tu pun belum hensem di mata aku, ini kan pulak lah si mamat ni. Aku dah hari2 tgk, mestilah lama2 rs cunnye dia. Sory ye, aku mmg ske guna perkataan cun ni walaupun yang dipuji tu lelaki. Haha.

Site aku skang tgh ada event. So En Iras ni yang keje bahagian teknikal sibuk la time2 camni. Br kejap td aku tgk dia berlari menolak troli barang. Laju sekali. Dia masih muda. Lbh muda dr aku. Rupa dia boyish. Perangai pun mcm bebudak lagi. Nape aku panggil dia Encik Iras...? Dulu aku tetau nama dia. Tp dia iras rupa lelaki asing yang paling aku sayangi satu masa dahulu. Dulu bila aku x jumpa lelaki aku tu, aku rs mcm terubat sket rindu bila nampak muka Encik Iras. Skang relation aku dgn lelaki tersayang aku tu dah hancur disebabkan kerjaya aku ni. Bayangkan sakitnya ati aku bila tgk Encik Iras setiap hari selepas tu. Tp bg aku lelaki tu tak slh. Aku x benci dia. In fact, aku masih syg dia dan aku slalu harap dia akan kembali kepada aku. Tp aku x de la terlalu berharap. Life must go on. Aku pun x boleh berhenti keje aku ni semata-mata utk puaskan ati dia. Dia nak tanggung aku ke...? Lelaki yang takutkan komitmen ni, umur aku 30 nanti pun belum tentu dia dah ready nak kahwin dgn aku. Mungkin perpisahan sememangnya yang terbaik untuk kami.

Oh, merapu dah. Sbenarnya nak catatkan kat sini sambungan kisah semalam. Pg semalam kan aku bad mood, sebab kereta aku yang rosak skang smp aku naik komuter neh pg keje. Tp petang tu, aku happy balik keje. Org2 yang naik bas utk ke ktm x lupa pada aku. Malah tgh lagi mereka dah tya aku pasal perjalanan aku. Smalam, bas yang nak naik untuk kali pertama punya lambat. Aku ngan dorg semua end up naik keta satu pakcik ni yang sudi menumpangkan ktrg. Segan giler ! Tp org dah ajak, naik aje. Bukan sorg diri pun. Tp proses nak ditumpangkan dan segala perbualan dalam tempoh menunggu, diajak tumpang dan menumpang tu yg sronok.
Aku tak abis2 tanya org sekeliling itu dan ini. Sebab aku takut sesat. Aku dah beberapa kali salah naik tren dulu masa kau masih study. Tak sanggup dah nak sesat skang ni.

Ok, move on ke kisah pagi yang pelik. Peliknya ari ni ialah bila aku smp (awal ari ni, ye la sbb naik bas ngan komuter awal), x de sesapa pun dr kalangan project mate aku dah tiba. Bilik dorg gelap. Dah sejam aku smp barula dtg sorg member. Stengah jam lps tu, br dtg opismate aku sorg. Skang kul 9.40 am, yang lain masih x smp. Td ada kakak site tya aku;'Mana dorg semua. Then aku jawab neh;'Semua dah resign kut...' ahahaha...Dulu masa aku ngan opismate aku dtg lambat, dorg yang lain juga jawab mcm tu. Aku gurau aje. Tp hakikatnya ktrg semua yang masih dkm projek ni, kepala otak pk nak resign jek. Projek maut ni bukan sj dah bunuh hidup aku, tp juga jiwa aku. The worst project I've ever join. Aku ni menunggu masa gak nak resign. Betul ni. Takut nak resign. Tp aku lagi takut aku sakit otak kalau lbh lama aku kat sini. Mmg dah x leh blah dah ni. Alasan utama aku ialah kesihatan aku terjejas disebabkan projek ni. Ini tak tipu punya. Cuti aku abis sbb MC jek. Banyak MC jd EL sbb aku x de MC. Sapa nak bawak aku pg klinik kalau aku x larat...? Aku ni duduk sorg diri masa tu. Oho, x sabar nak hidup dgn gaya hidup bujang impian aku. Sket masa jek lagi, semua tu akan dpt aku capai. InsyaAllah.
































Sunday, November 8, 2009

Hari kusut sedunia

Hari ni adalah hari yang kusut bg aku. Sebelum aku memulakan kerja, aku ambil kesempatan ni untuk menaip sket luahan rs hati aku. Kenapa aku leh jd kusut mcm ni...? Sbenarnya ni bukan bulan pertama keta aku rosak.
Beberapa bulan sebelum ni, kalau tak silap aku bulan 7, kereta aku Rayden mulai rosak. Tak dapat tidak, aku nak menyalahkan kawan aku berkenaan kerosakannya. Disebabkan satu perkara yang dia lakukan, tak pasal2 aku kena keluarkan hampir 600 ringgit hanya untuk membaiki drive shaft yang patah. Kos berulang-alik ke sana ke mari untuk membaiki kereta tu aje dah hampir 750 semuanya campur dgn harga baikinya td.

Sejak tu, kereta aku menghadap macam2 kerosakan. Beberapa kali kereta berasap di tgh jalan. Berulang-alik aku ke bengkel. Selama beberapa bulan ni aku rs kewangan aku cukup tight sebab tak pasal2 aku kena berabis untuk kereta. Tp aku terlalu syg kereta aku, jd aku relakan aje. Namun, aku tetap rs sukar maafkan kawan aku yg menyebabkan kerosakan utama pada kereta aku. Paling menyakitkan hati, dia boleh senang hati lagi suruh aku dtg ke bengkel dia dlm keadaan kerata aku x boleh dipandu lasak. Mcm mana aku nak memandu, kalau aku x boleh buat pusingan walau sketpun. Nak dtg ke tempat dia lak, aku kena buat beberapa U-turn. Dia leh lagi berckp dgn bergelak ketawa dgn aku. Masa tu aku rs mcm nak tukul jek kepala dia. Naseb la negara ni ada undang2.

Hari ni untuk bulan ni punya kerosakan, kereta aku susah nak masuk gear. Nak naik turun gear aku rs mcm wrestling dgn kereta. Skang ni, tangan aku sakit. Kaki aku sakit. Sebab tekan clutch smp rs nak patah kaki. Tangan kiri berhempas pulas play ngan knob untuk make sure masuk gear. Aku dah bertahan sekitar 2-3 minggu. Tp minggu ni aku dah x tahan. Jd ari ni aku mula naik komuter ke opis. Memula aku naik motor. Aku minta abang aku anta ke stesen komuter. Lps tu naik komuter. Lepas tu kena naik bas. Tp disebabkan masa aku smp ke komuter, bas sudah habis, aku kena naik teksi. Kos untuk semua tu dalam sehari lbh kurang 20 ringgit sehari. Hmmh.

Aku x dpt lagi baiki kereta aku sebab aku pun tetau mana nak anta kereta aku sebab bengkel2 yang aku anta selama ni semua buat kereta aku jahanam. Ada satu bengkel kat Bangi. Yang ni bagus. Tp untuk smp ke sana, oho, aku x de bran lagi nak anta skang. Tgula dulu bila aku cukup duit dan aku ada masa yg cukup panjang. Sebab aku jangka kosnya mungkin mencecah 2 ribu dan masanya pulak sekitar seminggu. Dulu aku pernah hantar ke bengkel ni. Tahan lama baikinya. Masa tu aku baiki gear box. Tp bila aku hantar untuk baiki window, kali pertama ia diturunkan semula, trs cermin jatuh ke bawah. Sejak lepas tu aku x de hantar ke bengkel tu lagi.

Ari ni bila aku naik komuter, smp ke stesen jek aku dah tercungap-cungap. Sebab aku ada masalah darah rendah. Berada dlm crowd bukanlah satu perkara yang aku leh bertahan lama. Aku takut aku pitam di tengah2 dunia tu nanti. Oh, malunya. Aku sgt kusut skang. Sbb aku dah tetau apa yg sepatutnya aku lakukan. Haish...



















Friday, November 6, 2009

Yes...! Dah tgk Pisau Cukur


Auww...aku dah tgk filem Pisau Cukur ni. huhuhu...Ya a auww...Yes Yes...Tertunailah hasrat aku hari ni. Betapa aku x perlu bersusah-payah kali ni untuk memujuk teman aku menengok filem ni. Aku entrykan kat sini sementara masih PANAS !. Ngehe.

Aku br jek tonton filem ni td. Rekod woh, awal tayangan aku dah tgk. Huh...6/11/09 pukul 1.30 pm. Aku tonton filem yg aku nak sgt tgk ni kat GSC Mid Valley. Aku kerja hari ni. Memula rs nak cuti sbb anak saudara aku kat umah aku skang ni tgh demam nak naik campak. Tp memandangkan kawan aku ada nak berurusan kat MAXIS The Garden, aku x sampai hati nak cuti. Jd aku tetap dtg kerje. Tak sangka lak aku, dia beria-ia nak tgk wayang. Aku nak sgt jugak. Tp aku dah deal dgn dia nak tgk minggu depan. Sebab waktu tu, manager ktrg kat sini tgh bercuti. Apa lagi, org dah masuk keje smula, kami masih lagi dlm panggung wayang. Sronok gak keje swasta kat site neh, bila2 ada chance, pg berfoya-foya. Ngaha...Aku x makan gaji buta tau. Bos aku yg x bagi gaji cukup. hahaha. Tak de la. Bukan slalu buat mcm ni. Kali ni jek...Ampunkan kami wahai bos...Hehe...

Nak citer sket pasal filem ni. Aku x nak citer pasal isi ceritanya. Tak acilah. Kesian kat org yg belum tgk. Nanti tak feel lak kan kalau terjumpa coretan aku ni. So aku nak ulas sket jek la pasal filem tu. Bg aku la, nice filem ni. Ringan and fun. Ada banyak adegan dan dialog yang boleh korg sumer ingat nanti. Contohnya: "Oh my dior ".
Banyak jugak org yg sama2 tgk ngan aku. Ada banyak lelaki. Fuh. Sepanjang filem tu, penonton mmg nampak enjoy and gelak2 jek.

Telinga aku ni asik dgr org memuji lakonan Redza Minhat. Sweet la, cute la, handsome la...Aku pun rs lakonan dia cool and bersahaja. Hope boleh tgk dia dlm filem2 lain akan dtg. Tp lom puas tgk dia bawa watak yang fun mcm tu. Aku harap dia janganlah bawak watak serius dalam tempo terdekat ni. Nanti hilang lak seri sweet dia tu.

Lakonan pelakon lain pun bg aku nice. Mungkin bg stengah org, dorg akan kata pelakon x, y, z tu berlakon mcm kayu. Tp aku rs in reality, kita sbenarnya akan jumpa org2 yang betul2 macam tu. Such peolpe whom you can call 'plastic'. Komedi yang ringan, sinematografi yang cantik. Erm, hasil kerje yang memuaskan jugaklah.

Kesimpulannya, harap filem ni mendapat sambutan dan berjaya. Hope org lain pun akan ske citer ni jugak. Disebalik kisah dalam filem ni, ada gak pengajaran. Aku rs aku pun br tahu sesuatu yang aku tak pernah terpikir. Filem ni buat aku berfikir lbh dari satu sudut. Sekurang-kurangnya, filem ni buat kita sedar, tak sepatutnya kita ni sebegitu mudah melabel org lain tanpa cuba utk masuk dlm hidup dorg. Dan x semua yang cantik manis sedap dipandang tu nice kan. Hahaha...Silap2 syok kat jantan. Rupanya gay...Alahai. hahaha...
Tak sangka Henry akan berlakon watak mcm tu. Kepada semua pelakon2 filem ni, korg semua berbakat. Banyak2 la berlakon lagi lps ni, aku jamin, aku akan dtg tgk filem korg. Henry, bila lagi nak jd lead actor...? Hehe

Oh, dah dekat waktu balik la...Aku kena berkemas. Nak balik awal neh. Smalam pun balik awal sket gak. Ehem, keta tgh x sihat, kena la elakkan diri dari jem. Kan kan kan...Hehe


Wednesday, November 4, 2009

Kau dan Aku

Erm, aku sbenarnya nak letak lirik lagu tu kat sini. Nyanyian Akim ngan Mila. Dua-dua budak AF. Aku teruja tgk citer ni sebab berlambak iklannya sebelum citer ni bermula. Sj jek nak tgk 3 org ni berlakon. Ada bakat ke...? Hehehe. Dah tgk, rs best la plak. Aku tak minat Raja Farah. Slalu tgk dia berlakon watak mcm tu jek akhir ni. Agaknye pengarah pun dah rs dia sinonim dgn watak camtu kut. Aku pun rs dia mmg sesuai pegang watak mcm tu. Ske tgk scene dia bergaduh-gaduh dgn Mila dlm citer ni. Kekadang nampak x real. Tp ok la. Walaupun Aril, Mila ngan Akim ni org baru. Tp aku rs sanggup jugakla nak tgk lakonan dorg. Lgpun lagu2 dlm citer tu best. Skang aku dah jd mcm peminat Mila lak. Asal ada lagu Mila jek, aku kuatkan volume radio dlm keta. Ala, lagu neh : Jika Kau Ubah Fikiran.

Aku rs Akim ada bakat. Mila ngan Aril pun ok. Tp aku rs lakonan Akim lbh bersahaja. Ntahla kot aku jek yg pk camtu. Setiap org ada pandangan masing2. Episod pertama, aku rs lakonan Aril bukan kaku, tp too scripted kut. Ekspresi muka yang dibuat-buat. Tau la dia berlakon tp org kan nak tgk ada feel dlm ekspresi muka. Minggu kedua, dah lbh ok. Makin lama nanti makin bgs la kut. Mila...? Erm, aku rs bolehlah. Dia nampak macam terikat dgn status dia sebagai penyanyi. Masih nampak malu-malu tak macam student. Tp malu mcm org yg masih dlm AF. Aku pernah tgk show Mila dlm AF dulu. Rs dia ni mmg leh jd penyanyi yang bagus. Bukan senang nak cr org dgn sore semerdu dia. Sejak tgk drama ni, aku tertunggu-tunggu lagu2 Mila. Kalau dia buat video klip, harap biarlah bermutu. Sronok sket tgk. Aku x ske sgt video klip lagu dia yang dulu tu. Ntah apa tajuk lagu tu. Hadeh. lalai aku ni...

Minggu ni, mcm mana lak kisah agaknya. Tak sabar nak tgu citer ni berkembang. Hehehe....Oh ye, aku lupa la pelakon yang pegang watak Cici tu. Makin cantiklah dia skang. Dia pakai apa kat muka dia agaknya. Wartawan tak nak lak tanya pasal hal2 mcm ni kat artis...Asik tanya pasal gosip cinta jek. Buhsan la. Aku nak jgk tahu apa agaknya produk kecantikan yang Anita Sarawak, penyampai2 berita and artis lain pakai. Atau dorg ni mmg x nak berkongsi....? Hehe

Aku....? Keje mcm workaholic. Muka pun tak terjaga, dah la muka sensitif. Banyak pantang larang. Tak leh makan tu, x leh makan ni. Oh no. Skang dah ada blog, leh la membuang masa sat makan gaji buta kan. Macam yang dibuat oleh org sekeliling aku ni...Hahaha....Tak delah. Aku menaip ni sbb skang waktu rehat. Aku ni lurus tau. Tp sekali buat perangai, kaw2...Ngaha...

Bengang

Ini ler perasaan terkini aku 2-3 ari ni. Tp hanya tajuknye aje tau. Hidup aku tak de la match dgn lirik lagu ni.

Akim AF - Bengang

Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku

Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri
Ku tak fikir engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkataYang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
Tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin ku sama
Dirimu yang sering berdusta

*Ulang Chorus

Letih hatiku di saat pilu
Letih hatiku terikat janjimu
Ohhh caramu
Akan ku teruskan
Hidupku ohh tanpamu

*Ulang Chorus

Aku kutip lirik lagu ni kat internet jugak. Pada mulanya aku x ske lagu ni. Tp sebab slalu dgr, aku jd hafal la jugak korusnye. Akim student yang pertama aku tgk shownya dr AF7. Masa tu, Aril pun aku lom tahu. Aku tetau Aril nyanyi lagu apa sampai skang sewaktu dia dlm AF2 dulu. Aku concern dia pun sbb dia adik Izwan Pilus. Tp skang, aku rs lagu dorg berdua ni best. Akim dgn Bengang dan Aril dgn Menatap Matamu.

Masa tu, aku x de Astro lagi. Tp aku baca sket2 pasal AF7 ni kat internet ngan paper so tau la jugak sket2 psl dorg berdua ni. Aku tgk show Akim tu sewaktu aku tgh dok rehat kat hotel yang aku tumpangi kat Kuala Terengganu. Aku pg sn sebab hadir majlis kenduri kahwin kawan aku. Ikut rombongan pengantin perempuan untuk sambut menantu la kononnya. Pagi tu aku jatuh sakit. Aku pitam. Aku sepatutnya balik hotel utk berehat. Tp instead of baring ngan tdo, aku layan tv lak. Trs la lekat menengok. Skang aku dah ada Astro. Antara rancangan feveret aku, of coz la Jangan Lupa Lirik. Ahaha...

Skang aku sambung layan performance dorg berdua ni dlm bidang seni. Hope everything will go smooth for them both. Oh, masuk ke budak berdua ni dlm Juara Lagu ye...Kalau masuk, harus la aku pg tgk.(Kalau masuk final la)

Oh ye, nape aku bengang...??? Hmh. Sebab dah 2-3 ari ni, aku sibuk sgt dgn keje. Plus keta kesayangan aku si Rayden tgh wat hal. Ia alami kerosakan pada gear. Aku tak pastilah apa yang rosak. Tp susah nak masuk gear la. Kalau dlm keadaan jem, aku mmg la paling riso sbb Rayden akan sgt menyakitkan hati masa tu. Aku lom leh baiki dia skang, sbb gaji aku kan tgh short bulan ni. Aku tgu bulan dpn je la untuk ganti. Fuyoh, lambat lagi tu, hadeh. Sabar je la.

Smalam aku pg opis. Aku mengadu kat bos pasal keta aku. Bos aku leh kata hujung minggu ni kena anta baiki tu. Bahaya tu. Hadeh. Bos aku ni sedar tak agaknya gaji aku ni cukup makan jek...? Haha, cukup ke...? Ntah2 aku kena posa lak bulan ni. Wakaka.

Keje aku kat opis ni berlambak. Aku smp tak lena tdo memikirkannya. Smalam aku tgk citer Hindustan smp sekitar kul 1 pg. Lps tu tdo, tp kul 4.12 am aku dah terbangun. Mata terang dah tak leh tdo smula. Hadui, lama lagi tu. Paling awal aku akan mandi pun cuma kul 6. Dulu kalau aku ada nak travel awal pagi, brlah aku mandi ikut kesesuai masa aku nak gerak. Yang terakhir. Aku mandi kul 3 pg utk kuar kul 4.30 am. Hmmh, mcm nak beku tulang-temulang aku ni dibuatnya. Tobat x nak buat lagi. Skang, berhenti semua aktiviti sosial aku smp la keta aku Si Rayden sihat walafiat semula.






































Related Posts with Thumbnails