Tuesday, January 5, 2010

Eksiden pertama aku di tahun baru

Yer, aku sudah eksiden pada hari ke-5 dlm tahun 2010 ni...


Tp aku x bersalah. Aku tgh beratur baik kat traffic light bila tiba2 keta aku dilanggar dr belakang. Sbelah kiri lak tu. Masa tu sekitar kul 6.50 am. Aku beria-ia nak awal ni. Ingatkan ari tu aku berjaya la naik tren selepas aku terpaksa batalkan trip train pertama aku hari Isnin lepas.

Aku terkedepan la jugak bila dilanggar. Naseb baik keta depan tu berjarak jauh gak. Kalau tak, dah jd tunda menunda.


Aku tgh tekan brek dan clucth dlm gear satu sbb keta bergerak sket demi sket. Aku memula sangka org lain yang eksiden di belakang aku. Tp aku yang terkedepannya. Aneh. Aku tgk belakang, ada satu Waja membelok begitu rapat di belakang aku. Keta aku ke yang kena langgar...?


Aku bg signal, dia pun sm then kami sama2 berhenti. Aku kuar jek dia minta maaf beria-ia. Aku igt dia pk leh setel stakat dgn mintak maaf...? Nampak gayanya mcm tu. Aku dah menggigil dah sebab terlalu marah. Kereta kesayangan beb. Dlm hari2 terawal tahun baru dan dalam tempoh masa sukar aku pula. Aku nyaris nak tengking dia: Macam mana ni...? Aku cakap kat dia...Ye lah, takkan main mintak2 maaf je. Secara kasarnye mmg nampak cam cermin lampu belakang jek yang pecah. Belom lagi aku wat further checking. Aku ni peka sket pasal keta, nak2 lak keta sendiri.

Tanpa berlengah, dia kuarkan kad dia dan bg aku. Berkali-kali dia minta maaf lagi. Aku tetau nape masa tu dia terlanggar aku. Tp aku sangka dia being so selfish nak mencelah laluan di kiri walaupun jalan tu satu lane jek. Dia amik no phone aku dan bgtahu aku dia amik no plat aku sbb nak claim insuran dia. Leh ke...? Sebab sendiri slh. Aku tya dia, nak claim insuran aku ke...? Dia kata x, insuran dia. Mcm x percaya jek aku. Tp x pe, kalau dia claim insuran aku pun bukan duit aku yang kuar, jgn menyusahkan aku jek.

Pastu dia minta aku hantar bengkel dan bg dia resit, nanti dia ganti balik. Ssh nak percaya ckp dia masa tu. Tambahan lak kita tgh marah. Bila aku dah gerak semula, keras sekali bunyi kereta di bahagian tayar kiri. Aku dah panik. Nak naik tren mmg x sempat. Nak bawak ke opis, aku x berani dgn bunyi cenggitu.

Last aku berhenti kat Shell yang dekat, aku cek tp x nampak sgt lagi masalah dia. Hari masih gelap. Aku kol parent aku dah bgtau pasal ni. Ayah aku kata, kalau mamat tu tak nak bayar, report polis. Aku ok kan aje. Aku x puas ati sbenarnye. Tp nak wat camne. Aku nak minta cuti. Belom lama aku anta msg, aku nyer ketua yang dtg dr company lain bls balik dan tya aku mcm mana dgn janji temu aku dgn org department lain dr company aku yang akan dtg ari ni. Aku bls balik kat dia: Oops, i forgot. So aku cancel kan cuti dan kata aku might be amik cuti keesokan arinya. Tp aku akan igt sikap dia ni ari ni dan aku akan pastikan dia terima balasan dia satu hari nanti. Aku dah terajang dah kereta aku kat tempat yang kemek bekas dilanggar motor lbh 2 tahun lps tu.

Aku trskan perjalanan dgn kereta masih berbunyi mcm hape. Dlm keta aku say sorry to keta aku sbb aku sepak dia sedangkan dia x slh. Aku pun x slh, x ptt aku bersikap mcm tu pada keta aku. Lps tu, aku cuma leh bawak bertenang. Kat Shell berdekatan tol, aku berhenti isi minyak. Masa tu aku cek tayar dan compare kedua-dua belah. Then aku nampak puncanya kenapa bunyi sedasyat tu. Terbengkok rupanya aku punya alas sisi tayar. Bg yg tak tahu, kat sbelah dlm di sisi tayar, ada mcm kepingan nipis cover body kereta. Bende tu la yang belok dan lekat dkt tayar dan menyekat pergerakannya. Aku adjust sendiri ke kedudukan yang aku rs agak ok memandangkan aku x dpt bercuti dan hantar keta ke bengkel la kan. Kalau macam ni, mcm mana aku nak wat report polis...? Jgn mimpi. Mcm si** la si ketua yang bongkak tu. X pe, ari ni ari dia. Satu masa nanti, hari org lain lak, x smestinya aku.

Masa tu aku x pasan lagi bende2 lain. Bg yang menengok kereta aku pun, mungkin cuma nampak bahagian cermin jek yang pecah. Kalau tak dgr bunyi kereta, tak sangka kesannya agak besar. Aku hantar ke bengkel sbelah ptg. Memula aku nak tangguh dulu sbb tkt mahal. Tp mamat tu dah tepon lak sbelum aku smp umah. Dia kata nak byr jd aku pun pg la bengkel. Naseb baik ada brg ganti. Dpt la tukar lampu sbelah kiri tu. Naseb baik penutup belakang keta tak kemek. Kalau tak, mampusla aku nak mencari gantinya.

Tuan bengkel tu ada cek tp dia pun x pasan sgt kerosakan lain memandangkan aku dah adjust lbh awal. Cuma tentang bumpur yang bercalar agak banyak tu dia kata kena pg cat. Yang kemek pun tpt cat tu akan kembangkan balik. Aku pk cat ni biasanya lama, apatah lagi kena buka lak bumper tu dulu. Tak payahla...Aku wat sendiri jek kemudian.

Mamat tu dtg area umah aku lewat malam utk bayar. Dia balik kerje agak lewat. Kami sempat berborak sket. Aku tunjuk dia tpt yg aku adjust dan terangkan jgk pasal bumper. Dia terkejut sbb aku wat sendiri. Dia lak yang tunjuk aku fender aku dah tercabut sket. Oh, aku ngan pomen tu x pasan lak bende tu sbelum ni. Dia tanya aku kalau aku nak anta bengkel smula utk baiki fender dan nak anta cat. Dia kata dia sanggup tanggung. Tak pe. Tp aku lak yg kata x yah la. Alasan aku, fender tu aku rs cuma buka balik dan pasang balik je. Yang bumper tu lak, nanti harus lah aku ketuk yang kemek tu jugak. Kemek tu x de kaitan dgn perlanggaran pg td. Cuma calar2 yang agak dlm tu jek disebabkan oleh dia. Jd x pe la, itu aku tanggung sendiri.

Dah agak lama berborak br dia balik. Setel satu problem aku ari ni. Sepanjang ari aku rs sedih sket psl kejadian ni. Sbelah ptg lak aku ada berita buruk jugak. Hadeh, siang yang x best.

Oh, panjang lak entry. Aku nak letak gambar. Ada gambar lampu kereta aku yg pecah dan gambar kereta dia yang juga pecah lampu depan sbelah kanan dan retak cermin dpn. Tp malangnya laptop ni x de software henpon aku. Dia kata dia slow jek, tp dia khusyuk sgt tgk eksiden motor kat sbelah kanan jalan. Dia ckp dia ngan kawan dia yang ada dlm keta masa tu x sedar nak terlanggar keta aku. Dia mengaku salah dia. Ok la tu. Harap x berulang lagi ke atas aku. Jln aku pg balik keje byk penyagak nak tayang skill. Dipancungnya kita dekat2 dr sbelah belakang. Org2 mcm ni la yg menyebabkan org lain eksiden atau diri dia sendiri eksiden. Agaknya, sendiri dah masuk kubur baru nak insaf kut. Aku x kesah kalau dia x syg nyawa dia. Tp mcm mana nyawa org lain...? Dia mampu ganti balik ke...? Ingat ni dlm dunia Mutiara Naga ke, leh hidupkan smula org dgn mutiara-mutiara naga...? Pagal hai...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails