Thursday, January 21, 2010

Hati sudah senang...

Ari ni aku sgt gembira dan aku sgt3 bersyukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya Tuhan makbulkan doa aku. Terima kasih banyak2 wahai Tuhan.
 
Petang semalam ada 4 perkara penting yang berlaku buat aku rs macam aku ditimpakan rezeki. Aku betul2 happy. Dan seperti yang dijangka. Selepas masalah yang pertama tu selesai, otak aku rs kurang sket beban dan aku dpt tidur lena. Konon ari ni nak bangun kul 4.30 am dan bertolak pergi kerje kul 5.45 am utk elak jem. Tak gigih lak aku. Lena sgt tidur, aku tak terbangun seperti yang sepatutnya. Alarm...? Mcm biasa, tutup mata pun aku leh wat ia diam.
 
4 perkara yang aku nyatakan semalam adalah :
 
1) Super best fren aku si budak Serdang dah reply msg aku semalam. Kami berbalas mesej. Aku terkejut sbb aku tg tidur dlm kereta. Aku tgu jalan x jem utk balik rumah dr stesen komuter. Jd aku set alarm kul 9 mlm utk bangun. Aku tidur la smentara tu. Mengantuk gil aku smalam sebab hujan masa aku kat opis. Sejuk gil !. Dia msg aku kul 8.26 pm. Terkejut sakan bila aku terbgn dr tidur. Dan lagi terkejut bila yg msg tu adalah dia. Wahaha...Sronok. Aku tanpa rs ragu smalam reply msg dia dgn ada ayat sebegini :
I miss u so......much...hehehe...Dia reply aku kemudian dgn jawapan : I miss u too....
Wa...Rs mcm terus jd terang mata aku. Segar bugar dah. Aku start enjin lps tu dan trs gerak balik umah. Sengih jgn cerita la. Layankan semua lagu best2 yang diputar oleh stesen radio. Akhirnya dia terbuka ati jugak nak membalas msg aku ye. Aku igt aku dah nak lost dia sbb dia terlampau hangin dgn aku. Masih ada harapan rupanya. Dia bgtahu aku nombor yang aku msg dia 2 hari lepas ada di kampung dia. Pasti family dia dah forwardkan msg tu kepada dia. Thank God aku x ckp yang bukan2 masa tu. Huh, naseb baik. Aku x biasa ckp ayat2 macam tu kat dia selama ni. Bila dah jd huru-hara mcm ni, brlah aku agak terbuka ati ni. Selama dia, dia jek yang sentiasa kata dia miss aku. Slalu kol dsb. Aku anggap ini semua pengajaran utk aku agar lbh menghargai org2 yang kita sayangi. Aku x berani berjanji atau bersumpah(bukannya baik pun main sumpah2 neh...),
tp aku akan cuba utk tak menyakiti hati dia lagi. Banyak rancangan aku pk utk kami semalam. Salah satunya adalah percutian bersama ke Bandung...Waah, haruslah enjoy sakan...Sekali lagi. Terima kasih Tuhan. Aku sgt3 bersyukur.
 
2) Aku x perlu bayar parking stesen komuter tu smalam. Patutnye byr 3 rgt. Tp sewaktu aku berhenti, kakak yang jaga kaunter tu suruh aku jln jek. Heran gak aku. Tp syukurlah...Selamat duit aku...yahoooo....
 
3) Aku gerak lbh awal dr yang dirancang utk balik ke umah tu. Aku sangkan jalan masih jem macam biasa. Tp rupanya tidak. Masih banyak org atas jalan tp x jem. Aku bertuah dpt lepasi semua trafik light yang ada sewaktu lampunya masih hijau. Bagus tul, jimat minyak aku sbb jalan x jem. Again, syukur.
 
4) Ahad lepas aku jemur baju. Pada hari tu, kuat berangin. Salah satu baju kurung aku terbang ke bawah. Malam td, jiran bawah aku dah pulangkan baju tu. Dorg gantung kat sidai kain jiran sbelah umah aku. Mungkin sbb tah aku x de kat umah. Syukur. Aku x dpt nak minta tlg dr dorg sebab aku jarang ada di rumah. Aku kuar awal pagi dan balik lewat malam. Jiran aku yang bawah tu lak akhir2 ni jarang ada kat umah. Kereta slalu x de. Mungkin dia br nampak baju aku sebab semalam, baju tu masih terdampar kat lantai bawah di luar rumah dia.
 
Aku sgt happy, susah nak tidur. Smp awal kat umah. Aku buka radio lagi, layan lagu. Sambil tu aku basuh kain sebab hujung minggu ni, aku x de kat umah. Ari ni ada meeting kat opis aku jd aku trs balik ke umah adik aku. Aku nak melihat si kecil aku yang sekarang berada di situ. Oh, harus aku beli satu kotak Rocky utknya.
 
Sambil basuh kain, aku dah pilih semua baju yang nak dipakai minggu depan dan gosok semua sekali. Sepatutnya aku wat keje ni ari Ahad. Memandangkan aku x akan berada di umah hujung minggu ni, aku buatlah keje gosok-menggosok ni lbh awal. Gigih aku ni. Rs mcm nak gosok lbh banyak baju tp x de lak yang nak digosok dah. Sekurang-kurangnya, minggu depan aku x de la kelam-kabut nak sediakan baju setiap ari. Minggu dpn, aku nak naik tren sepanjang minggu(kalau boleh la) kecuali ari Jumaat sbb nak pg opis.
 
Hai la hati, aman sekali. Rs mcm leh makan ais krim dgn sng ati la selepas ni...Huhu...Sekali lagi, aku ingin ucapkan syukur dan terima kasih tidak terhingga ke hadrat Ilahi...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails