Monday, January 18, 2010

Jumaat…malam yang sempurna(2)

***Tgh2 aku nak masukkan entry ni, ttb ada officer dtg kat aku tanya pasal unifficial keje yang dia minta aku watkan. Aku punya otak ada kat blog jek, nak menghabiskan satu ayat tu bukan main lama. Otak melayang. Aku dok ulang ayat: Dia punya....(berkali-kali). Aku pun nak tergelak dgr ayat aku neh....
 

Chapter 2.

Adik dia nak pinjam kereta dia utk pg hiking. Jd abang dia minta dia switch kereta dia dgn kereta abang dia. Kereta abang dia Pegeot 206, skali tgk pun dah tahu. Br 3 bulan beli. Wows….Pegeot punya pasal. Aku mudah sahaja say 'Yes' utk kesekian kalinya. Aku dgn kluarga dia mmg dah agak familiar. Keluarga dia pun x de hape segan silu dah dgn aku. Di rumah tu, aku kenal sorg ahli kluarga baru. Nama dia Romi. Nak tersembul biji mata aku tgk muka budak ni. Jambu seh….!!!

Muka dia mcm gabungan Ashraf Muslim, Sam Bunkface dan beberapa muka artis lagi. Mmg hansuari la jugak budak ni. Hamsap jdnya aku. Cett…Aku kata ahli kluarga baru sbb si Romi ni kawan kepada adik dia. Dan aku dpt tahu malam tu, yang Romi ni dah beberapa kali dtg ke rumah besar tu juga. Oh, nape aku x pernah nampak dia. Kami semua terkejut malam tu bila adik dia kata nak hiking ke Gunung Ledang. Oh, dah tak sempat nak halang. Kereta dah depan mata. Kawan aku terkejut. Dia kata sebelum ni, adik dia Kimi bgtahu yg dia cuma nak berhiking di Ulu Selangor.  Lurus jugak kawan aku neh. Biasa la taktik budak. Dia ptt leh agak lbh awal. Tp nak tak nak, dia akhirnya terpaksa izinkan jugak kereta dia di bawa sejauh itu. Dgn syarat Romi yang pandu. Sebab Romi dah lama ada lesen walaupun masih P. Adik dia si Kimi br sgt dpt lesen.

Pukul 1 pg, kami br smp umah smula. Sambung lepak. Aku nak ketawa bila teringat gelagat kawan aku melihat adiknya sendiri yang bawa kereta. Nak kejar pun dah x sempat. Aku suruh dia biarkan aje. Aku katakan pada dia, tgh jalan nanti, Romi bawakla tu.

Di rumah, dia tunjukkan Dell jambu yang br dibelinya. Kaler Pink. A netbook. Wow, aku yg nak beli. Dia dah beli dulu. Pantang la dia ni dgr aku nak beli apa2. Mesti dia akan dahului aku. Tp x pe. Sebab apa sj yang dia beli, dia akan sibuk suruh aku pakai. Mlm tu sj, dah dkt 10 kali aku menolak pelawaan dia utk guna netbook tu. Aku rs janggal.

Aku berbaring sahaja sebab hari dah makin menginjak ke dinihari. Dia masih melayari fb nye. Berkali-kali dia memandang aku. Sebab aku masih x leh pejam mata. Aku tahu dia sedar aku tak selesa. Bukan ape, aku tgh rs heavy. Aku terlupa aku x sepatutnya minum Coke. Aku dah berjaya posa Coke selama seminggu. Ttb ari ni aku melantak minum sebanyak yang mungkin dr mesin flow drink td. Skang aku rs mcm darah dah kluar lbh banyak dr biasa. Adui, ada rs sakit sket. Aku baring tegak aje. Tak pandang dia pun. Aku biarkan dia trs berchatting ntah dgn sapa tu. Td kami dah borak byk di ruang tamu sbelum masuk ke bilik ni utk tidur.

Ini malam pertama aku tidur di rumah barunya ni. Sbelum ni, aku dah biasa tidur di kediamannya yang dulu. Dia baru pindah ke sini dlm 4 bulan kut. Aku sentiasa mengelak dr tidur di rumah baru ni, akhirnya malam ni aku terbabas juga.

Dia bg aku pakai sluar yang dipanggilnya 'Charlie Chaplin'. Bila aku pakai, aku katakan yang aku rs more to 'Peter  Pan'. Aku trs dtg jumpa dia lps balik keje. Yang ada pada aku hanya pakaian kerja. So utk keperluan lain, mcm biasa, semua dia sediakan.

Dia br sj berbaring di sebelah aku, aku br dpt tutup mata. Tapi tak lama lps tu, aku terbangun. Aku rs kaki dia di kaki aku. Aku rs x selesa. Dah tak dapat bertahan. Aku akhirnya bangun perlahan-lahan sbb aku x nak mengejutkan dia. Tp bila aku menoleh selepas bangkit, aku dapat lihat matanya terbuka memandang aku. Aku kuar dari bilik. Berjalan ke sana ke mari seperti yang biasa aku lakukan bila aku x dpt tidur. Dia tahu perangai aku. Aku buat begitu hampir setiap kali aku dtg tidur di rumah dia. Bila dah rs ok, aku masuk semula. Aku mengerekot menghadap dia. Sejuk. Dia tersenyum kepada aku. Aku tgk dia br nak mendekati aku bila telefon dia tb2 berbunyi. Adui, sapa la plak. Dah dkt pukul 3.30 pagi.

Perbualan yang mulanya  mcm lucu akhirnya menjadi serius. Dr kata2 kawan aku, aku pk org di sebelah sana tu meminta maaf dsb. Aku dgr kawan aku ada menyebut : Tuhan Maha Penyayang. InsyaAllah DIA akan terima taubat hambaNYA. Aku cuba untuk tak mendengar perbualan tu tp sukar sekali. Aku terdgr juga walaupun aku tak hingin. Aku x cepat mengalih badan aku. Aku cuba pejam mata dan tidur tp terasa payah. Situasi yang sedang aku lalui ni mengingatkan aku pada situasi hidup Mubin dan Azman. Samakah aku dan kawan aku ni spt mereka berdua tu…? Ah, mungkin ada sedikit persamaan. Kawan aku akhirnya bangkit dan duduk menyandar di sisi katil. Aku sangka dia nak kuar dan berckp di luar bilik. Rupanya dia hanya duduk di situ. Dan perbualan tu makin jelas pula di telinga aku. Aku tahu, dia sedang cuba utk tak menyorokkan apa2 dr aku. Aku kenal org yang menelefon tu. Aku terkejut sbenarnya dek kata2 yang keluar dr mulut pemanggil tu.

Aku tak tahan lagi nak dgr perbualan mereka. Lama sekali. Aku rs ia berlanjutan hampir 3 jam.  Sepanjang masa tu, aku x dpt tidur. Aku hanya berpaling ke arah lain. Cuba pejam mata dan akhirnya lena seketika.  Kata2 kawan aku mengingatkan aku pada satu perkara yang aku pernah lakukan dulu. Dosa aku ntah boleh atau tak diampunkan Tuhan. Tp aku sendiri merasakan dosa tu tak terampun oleh diri sendiri. Terlalu besar kesalahan yang pernah aku lakukan. Menyesal…? Pasti. Tp kesal macam mana pun tak dpt membunuh ingatan aku pada perkara yang dah pernah aku lakukan tu. Aku bernaseb baik, sebab skang ni aku dah x ada ruang utk ulanginya lagi.

Aku terjaga bila aku rs kawan aku berbaring di sbelah aku. Dekat sekali. Aku berpaling semula ke arahnya dan lihat dia senyum pada aku. Dah pagi ni. Tentu dia mengantuk sbb tak de ruang utk tidur. Aku lihat dia seperti ingin berckp sesuatu. Belum sempat dia membuka mulut, telefon aku lak bordering. Ada mesej. Oh, aku pula yang berbalas mesej dan sesekali, ada kol. Dia mungkin letih menunggu aku, jd dia akhirnya tertidur juga. Aku yang x dpt tidur smp pagi. Halamak, mengantuknya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails