Monday, January 25, 2010

Hati yang masih tersiksa...

Hari ni adalah hari Selasa. Aku x menghitung ari sgt. In fact, aku sebenarnya terlupa aku ada beberapa hari lagi kat sini. Mungkin disebabkan aku wat keje macam biasa, bersungguh-sungguh dan masih banyak lagi persoalan dan kerenah yang diajukan pada aku.
 
Sejak aku dtg ke sini, aku mmg panas baran. Sebulan yang terakhir aku ni, aku rs lbh aman dan lebih mudah utk bawa bersabar walaupun masih lagi keluar ayat2 marah dr mulut aku ni. It's just hard to avoid. Aku bawa lappy opis yang lama ke tpt duduk aku ari ni sebab hari ni aku sepatutnya naik komuter utk pg balik keje. Aku set alarm kul 5. Tp aku end up bgn kul 6.45 am. Aduiai...Miss lagi tren aku neh. So aku decide utk x balik umah ptg ni since alang2 aku dah bawak keta ni kan. Pasal smalam mom tya aku nape tak balik umah sana...? Abah aku dah smp mlm td. Dorg sgt insist nak aku tgl di umah tu smentara abah masih bercuti dan ada di sini. Oklah, aku balik sana walaupun dalam peti ais masih ada udang dan sotong yang aku beli semalam. Alah, asalkan aku x tutup peti, ok la kut lauk2 mentah kat dalam tu.
 
Atas tu intro jek. Yang menyiksa hati ni adalah satu hal yang berkaitan dgn last day aku. Ari ni aku pasang lagu2 dr cd aku di lappy lama. Tgh2 on lagu 'Istimewa' by Indigo, aku terdongak ke atas lak. Biasalah kan, instinct bila ada org melintas. Sekali yang lalu itu adalah iras. Rs mcm sentap jek tgk dia neh. Aku tiba2 rs mcm aku x sanggup lagi nak letgo dia. Dia bukan sesiapa bg aku melainkan org yang bekerja di client side aku ni. Aku pernah berckp dgn dia tp aku x sebaik mana dgn dia sebagaimana aku leh berbaik dgn Mr S dlm sekelip mata.

Aku tgk dia ari ni smart sekali. Aku ske tgk dia memakai baju warna biru tu. Baju tu sentiasa nampak cam baju baru. Kenapa aku rs cam terjejas setiap kali menengok dia skang...? Aku rs sakit hati aku bila menghadap keadaan macam ni. Rs lemah, rimas dan segala rs. Dia punyai wajah iras boy. Itu yang membuatkan aku ske memandang dia. Bila aku buat keputusan utk tglkan tpt ni, aku rs aku x kisah pun bila x dpt tgk dia lagi. Tp hari ni, aku rs mcm sukar utk menjadikan itu satu realiti. Aduh, apa aku nak buat ni. Tuhan, aku masih belum cukup kuat rupanya.
 
Aku rs diri x terurus sgt akhir2 ni. Hati tak tenang walaupun kita x byk berpk pun. Aku tak bersedia apa2 pun utk ke tpt baru dll. Tak bersedia apa2 pun utk masa depan. Sebab hakikatnya, aku rs sgt letih. Aku letih dgn kerja aku skang. Balik umah, cuma rs nak rehat. Lps siap memasak, basuh bj dll, aku hanya relax dan dgr radio. Tivi pun malas nak tgk. Semua perkara lain aku dah malas nak buat. Letih betul. Macam mana la agaknya masa depan aku...? Haish, aku pun tak tahu...
 
p/s: Ari ni dan semalam, aku dpt email dr ex-best friend aku. Nak berbaik lak minah ni. Minah juga ye. Best fren aku yg lelaki tu kata nak anta kad kahwin via email kat aku, smp skang kad dia masih hanging kat mail server dia kut. Minah ni pernah backstab aku satu masa dulu. Not bad la spt yg dibuat oleh org lain. Aku tahu puncanya hanya satu, iaitu dia tak senang dgn bdk Serdang yang masa tu asyik berkepit dgn aku. Dia mmg x akan berckp ngan aku masa tu jika bdk Serdang ada bersama. Pelik aku. Dorg ni tak leh berkawan beramai-ramai ke...? Mesti ke berkawan berdua-dua jek mcm couple lak. Aku layan jugak email dia. Baiknya bila aku dah nak blah ni, banyak kawan yang coming back. Life aku ada bunga2 ceria sket. Tp utk bertemu dan berbaik ya'amatz semula dgn si minah ni mcm dulu2, aku rs serba-salah sket. Aku rs aku perlu dptkan approval dr bdk Serdang dulu la. Kalau dia x sng, aku rs aku cannot teruskan dgn si minah ni. Takut jd perang dunia kedua lak. Aku br jek berbaik dgn bdk Serdang. Aku rs aku cuba utk x nak sakitkan ati dia lagi. Jd aku terpaksa buat mcm ni. Susah utk berbaik dgn org2 yang cannot get along with each other ni walaupun saling mengenali. Cuma ada sket rs kesian pada si minah ni sebab dia adalah official best fren aku sebelum bdk Serdang walaupun aku kenali bdk Serdang lbh lama sebelum aku kenal minah ni. Dunia ni aneh kan...Sometime, kita cuba buang someone dr hidup kita, some other time, we want them back. Si bdk Serdang ngan si minah ni, mengikut perkiraan aku, bekerja dan tgl di tpt yang berdekatan sbb kedua-duanye keje gomen. Oh, susah sekali. Aku harap bdk Serdang akan pindah ke Subang sebagaimana yang dia bgtahu aku hujung mgu lps, dkt sket ngan aku. Senang sket nak berjoli kan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails