Erm, x perlu la aku nak letak gambar utk entry ni. Nanti bila aku dah ada digicam baru di masa akan datang, brlah aku letak gambar smp lebam. Kamera digital aku skang yang zaman awal2 pengeluaran dia dulu. Leh rakam video tp x de suara. Ahahaha...Ada ngan adik aku lagi lak tu. Pagi ni: 20 Jan 2010, mcm biasa, aku gerak awal dr umah. Sekitar 6.30 am. Nak naik tren konon. Tp macam biasa jugak. Aku terlepas tren lalu aku pun dtg la opis trs. Kul 8.05 am dah smp. Lewat tu. Lewat dr segi masa perjalanan. Tp kiranya aku smp awal la ke opis. Aku naik lif, bila pintu lif buka...Hoh, Encik Nogori depan mata aku. Dia nak turun beli makanan kut. Aku tgk aje la. Terkejut jugak aku. Kerap benar aku jumpa dia akhir2 ni. Kebetulan sungguh. Tapi x de maknanye... Pepagi dah dapat email yang membengkekkan ati. Aku dah reply. Lantakkan email tu. Satu hari nanti bila aku dah x de, feel free la dorg utk hentam aku tahap gaban pun. As expected from them la. Dorg ni ko buat baik cam malaikat hidup pun x guna. Dulu aku dah pernah baik. Cam haprak dibuatnye aku. Boleh pegi mampus la semuanya. Gua dah nak blah...Hahahaha... Aku wat entry ni sj jek nak berkongsi satu tabiat buruk aku. Mcm dlm radio tu. Bunyi iklannye lebih kurang cam gini : "Eh, siap menyala-nyalakan lampu lagi..." Hehe, itu iklan pasal pandu keta smbil dgr lagu kat lorong laju. Aku x de la kena light sbb aku dah dlm kawasan perbandaran kediaman aku. Aku x slow tp smalam petang masa balik keje, aku dgr satu lagu ni kat radio. Lagu feveret aku. Membuai perasaan sungguh. Lalai aku, otak terasa melayang-layangg ntah ke mana. Aku bawak keta agak laju. Sedar2 dah di tengah jalan. Naseb baik aku tersedar sendiri. Kalau tak, kereta aku melompat devider la smalam...Huh, syukurlah naseb aku dan keretaku baby Rayden masih baik. Ini lagunya, mengesankan sekali di jiwa aku. Terasa teringat kenangan lama yang dah nak masuk setahun beberapa bulan lagi. Setia Ku Korbankan Inikah dugaan yang ku terima Menyintai mu sepenuh jiwa Untuk bersama mu Kesabaran membakar fikiran Rinduku embunan di lautan Cintamu debunga berterbangan Tak pernah mempeduli kasih sayang Yang aku korbankan *** Kau janjikan bahagia Namun kau hantui dengan gurauan berbisa Kau janjikan setia Rapuh ku berpegang untuk hidup bersamamu Kembalilah hangati semula asmaraku dengan mu Demi cinta suci Andainya tak mungkin ku miliki Keayuan kasih impianmu Lepaskan asmara di jiwaku Setia ku korbankan ***Ini ada lagi satu lagu Fauziah Latif yang aku dok nyani kat umah sementara aku mengkodek laptop aku yang dipulangkan oleh syarikat. Alah, yang dulu rosak tu. Dorg dah format. Habis data peribadi aku dgn koleksi gambar babies sumer. Juga hilang sumer gambar kenangan si boy. Syg sungguh. Tp x pe lah, x de rezki. Lagu kat bawah ni berlainan sket dr kisah hidup aku. Sebab aku x de bersaing cinta si boy neh dgn mana2 perempuan. Hanya bersaing dgn adik dia yang amatlah syg kat dia kut. Adik lelaki yang rupa pun mcm dia. Sgt garang ye budak neh. Dah besar2 pun masih kaki kontrol. Macam la aku ni nak merampas apa2 dr dia ek. Dorg berdua ni pernah sambut Valentine together you....Wat penat aku jek terkejar-kejar balik kerja awal utk be with him. At last, adik dia jugak yang masuk line. Masa tu br jugak kenal. Br 3-4 bulan kut. Aku dah ragu gak dah masa tu, betul ke tu adik dia...? Ntah2 aku ni jek yang dipermainkan org2 berdua ni. Mentang ler muka serupa. Hai, tinggal kenangan la sumer ni. Yang Lebih Kau Cinta Kucuba untuk jadi yang terbaik Namun ada dia yang lebih kau cinta Yang lebih kau cinta Namun ku akan terus berusaha Untuk memenangi walaupun ku tahu Kecewa jua akhirnya *** Mengapa tak dapat aku memadamkan Kenangan manis bersamamu Bahagia yang aku harap-harapkan Tak ingin aku rasa dipertandingkan Sehingga diri diperbandingkan Untuk selamanya Ketika cinta ini masih lagi bertakhta Selagi jiwa ini masih jua ingin dipuja Katakanlah padaku di mana kekurangannya Untuk kita bahagia berdua saja Bisakah aku jadi yang terbaik Kerna ada dia yang lebih kau cinta Yang lebih kau cinta |
Tuesday, January 19, 2010
Setia Ku Korbankan
Posted by damien at 5:03 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment