Monday, January 18, 2010

Jumaat…malam yang sempurna(1)

Chapter 1(ada 3 Chapter...beria-ia jek aku neh. ahahaha)
 

Jumaat-15 Januari 2010. Kenape aku katakan ia malam yang sempurna…? Apsal la aku ni ske bertanya kat korg. Aku tahu korg tak tau. Jd kat sini aku nak menceritakannya.

Aku tak pernah tahu bday kawan aku yg sorg ni. Tp sewaktu aku last kuar ngan dia pada minggu lps, dia ada ajak aku beli kasut pada hari lahir dia(hari ini la 15 Jan).  Dia kata ada diskaun utk org yang menyambut bday pd hari tu di kedai kasut tu. Pada masa tu, aku menolak dgn cepatnye. Sebab aku tak ada terdesak nak beli kasut lagi.

Aku serba-salah nak wish dia ari ni, takut aku salah dgr. Ttb waktu aku tgh kemas beg utk balik dr kerja ptg Jumaat tu, ttb dia kol, bgtahu aku something yang mengejutkan. Aku fahamla yang ari tu benar2 ari lahir dia. So aku pun wish la. Dan perbualan tu berjangkit jd pertemuan. Dia ni mmg pandai. Dia tahu mcm mana nak buat aku akhirnya say 'Yes' kepada sesuatu yang awalnya aku dah kata 'No'. Sebab tu aku takut ngan dia. Aku ni x pandai menolak. Kalau dgn dia ni, ntah nape la aku lemah lutut sket. Back then when being with my other friend, I am kind of protective. Tp dgn dia ni, dia protect aku. Keadaan dah jd terbalik. Mungkin disebabkan factor umur or experience. Aku pun automatic jd pengikut setia yang sentiasa la mengalah dgn kehendak dia.

Malam tu, dia belikan aku kasut. Beria-ia dia suruh aku pilih. Tp aku bayar la jugak. Bayar harga selepas dia dapat diskaun tu. Aku pilih hanya satu. Kasut yang cantik. Ada banyak sgt kasut yang cantik di kedai tu. Sememangnya kedai tu mmg pilihan kami. Kedai The Summit di Giant Kota Damansara. Rekaannya moden, menarik, berkualiti. Kasutnya tahan lama dan bg aku, designnye x de la out dated. Sesuai utk gaya ranggi. Ada juga yang sesuai utk ke pejabat. Hari tu, aku memilih kasut 2 alam. Utk ke pejabat dan utk berlibur juga.

Aktiviti malam diteruskan dgn celebration bday dia. Sepatutnya ada sorg lagi tp budak tu ada urusan lak, x jd ikut. Aku dgr ada teman2 dia yang lain menelefon, ajak kuar makan sama. Dia menolak semuanya dan mengatur pertemuan mereka di lain masa. Jd dinner malam tu hanya ada kami berdua. Dia bawa aku ke satu tempat yang aku ske style dining dia. Aku pernah nyatakan pada dia dulu, aku mahu makan steamboat dan ada grill juga supaya aku leh rs makan macam dalam kartun Naruto tu. Bestnye, makan macam org Jepun dan Korea.  Untungnya, tpt ni juga ada free dinner set utk bday person. Bg card member holder je la. Kalau bukan member, ada  50 % less. Jd dinner dia malam tu free. Hanya aku yang perlu bayar. Dia nak bayar sama tp aku x benarkan. Oh, air harga lain ye. Airnye sekali bayar, minum la smp lebam. They call it flow drinks. Ada Coke, F & N line, juices, abc, ais krim. Amiklah seberapa banyak yg ko mahu. Apa lagi, aku ngan dia pun makan smp lebam la. Dia ske sgt memasakkan makanan utk aku. Rimas agaknya dia tgk aku amik makanan sket sgt, jd dia dah siap2 ambil banyak2 untuk aku juga. Haish, nak meletup aku dibuatnye. Bloated. Agaknya kalau aku ni pet mcm dlm mainan interaktif dia tu, aku dah mati coz of bloated. Aku berapa kali nak cakap ngan dia, aku simpan perut aku utk aiskrim. Akhirnya aku berjaya juga makan ais krim. Aku bantu dia buat ais kacang dia, sedap juga ais kacang buatan sendiri dia tu. Aku katakan padanya, ada bakat la buka kedai. Banyak sgt cerita malam tu. Apa nak wat, kedai dah nak tutup, jd kami akhirnya balik. Dia promise aku untuk datang ke situ lagi on bday aku lak. Aku juga card member holder. Jd pada hari lahir aku nanti, aku lak yang dpt free dinner. Aku nak dtg awal supaya aku leh duduk lama dan makan ais  krim lbh byk. Huhu…

Pada mulanya, awal2 lagi aku bgtahu dia aku nak trs balik lepas makan tu. Aku katakan  yang aku basuh kain semalam, to aku lupa nak jemur. Kain tu semua masih dalam mesin. Tp seperti yang aku dah agak, akhirnya dia minta juga aku teman dia anta kereta ke umah abang dia.
 
***Sbenarnya ada gambar2 yang aku leh letak kat sini tp x de jalan lagi la nak pindahkan dr hp ke laptop. Nanti la bila dah boleh, aku letak wokeh....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails