Sunday, January 17, 2010

First Steam boat

Aku mahu meraikan waktu bertenang ni dgn rakan. Tak de la tenang sgt. Tapi buat masa ni kira syukur Alhamdulillah la berbanding masa2 lepas. Aku dtg amik kawan di umah dia. Aku benarkan dia ajak sorg lagi teman yang dia nak kenalkan pada aku. Baguslah, bertambah lagi satu kawan. Bulan 3 ni, kawan aku ajak aku pg kondo sorg member dia yang juga aku kenali. Kami ada sesuatu nak blaja sama2 di situ nanti. Serba-salah aku nak setuju pada mulanya tp akhirnya aku setuju jugak. Sebab aku mmg minat cuma malu. Dah besar2 ni br nak belajar. Aku bukan tetau langsung bende tu, cuma aku fobia sket. Alasan dorg supaya aku belajar adalah : Nanti nak pg pulau, macam mana kalau kita x pandai...? Ok yelah tu. Aku setuju sungguh akhirnya.
 
Budak yang aku kenal malam ni, tinggal dkt dgn umah kawan aku(yang akan jd umah aku juga bulan depan). Gila2 orgnya. Aku cepat sj ngam dgn dia. Aku ada feel dia akan memenuhi keinginan kawan aku. Iaitu menjadikan kami berdua kawan rapat hingga akhirnya dia termasuk dlm gang koleksi kawan rapat.Aku, kawan aku, kawan kepada kawan aku dll yang satu kepala skang adalah koleksi kawan baik kepada kawan2 masing2 yang mana akhirnya kami semua lbh rapat antara satu sm lain berbanding kawan kami sendiri. Sebab tu aku nyatakan tadi, kami ni sbenarnya koleksi kawan rapat. Susah difahami ye. X pe, alami sendiri, nanti baru tahu.
 
Ok, alkisahnya kawan aku teringin nak makan steam boat. Si budak baru tu lak(aku panggil dia S), rupanya kaki Steam boat. Aku lak, tetau mcm mana nak makan steam bot.
Bila dorg kata nak makan bende tu, aku imagine cam bangsal2 tepi jalan tu yang mana aku pernah nampak org celup2 apa2 yang mereka pilih. Aku tak pernah makan steam bot ni. Tp aku nak cuba. Jd aku ikutkan aje keinginan mereka. Kami ke Fisherman restaurant di Ikano. Aku x pastila nama sebenar restoren ni, tp itulah yang kawan aku sebutkan.
Ringkas cerita, mmg sedaaaaaaapppppppppp sgt makanan dia. Cara nak makan dlm restoren ni adalah ko dudukla table memane yang pekerjanya tunjukkan. Lps tu bila diberi menu, orderlah.

Boleh pilih samaada nak set atau ala-carte. Ala2 cam Sushi style. Kalau yang set tu ada semuanya la. Ko leh tahu harganya sebab dah ditulis dlm menu tu. Ala-carte pun ada senarai harga dan gambar sekali, jd ko leh bajet. Banyak pilihan mcm fish, crab stick, chicken, beef, mushroom, vege. Herbs pun ada. Nasi ada kalau nak, rupa dia mmg cam nasi yang dimakan oleh org Cina tu.

Kami masing2 pilih 4 hidangan. Bg aku, termasuk air, aku kena 22 ringgit ++. Aku amik crab stick, golden mushroom, sliced beef dan juga chicken roll. Jangan gatal2 pilih banyak sgt kalau x larat nak makan. Aku masa pilih tu rs cam sket. Skali bila dah dtg pesananannya, fuh, dah nak berpeluh aku pk larat ke x aku nak menghabiskannya ni. Dorg berdua khianat aku, naseb x melecur lidah aku makan bende yang baru lepas angkat dr celupan. Suis dapurnya di sisi meja ye, leh adjust sendiri kekuatan api dapurnya. Tapi masa memula nak masakkan supnya nanti, pasang api kuat sket la.

Dah mula memasak tu nanti slow kan sket apinya. Jangan takut, api tu di dasar meja. Tak kan kena mana2 bahagian tubuh kita. Dah ada ruang kat meja tu utk dorg letakkan ko punya sup kuah. Cuma nanti pilihlah nak sup apa bila dorg pekerja tanya. Kuah ni leh refill.
Kawan aku juga mula2 rs x cukup apa yang dia order. Dia siap mintak tinggalkan satu buku menu utk dia buat tempahan yang sterusnya. At last, dia yang tersadai dulu. Lama kami kat situ, dr pada perut penuh smp la rs cam nak kosong balik. Naseb baik makanan mmg banyak. Makan la sket2. Tp tahap bestnye mmg marvellous. Aku amik kuah tom yam malam td. Better habiskan makanan sbb bila ko pilih either ala-carte or set, ko ttp kena byr walaupun x abis makanan. Rugi la kan.
 
Kekenyangan aku smalam. Kawan aku kata nak bawak aku ke Flaming Steamboat. Kat situ sekali masuk RM 20.90, ko leh makan seberapa banyak yang ko nak, tp jangan cuba2 bawak balik...Aha. Lagi satu tpt dia nak bawak aku ialah Barbeque Bar kat Kuang katanya. Kat situ bukan sj ada steam bot, tp ada juga alat panggang mcm dalam citer Korea ngan Jepun tu. Oh yang ni mmg aku ske. Aku bgtahu dia, tgu aku tgl dgn
dia bulan depan, rock the world la ktrg sumer jalan2 nanti. Masa tu, member kondo tu mesti akan datang. Sebab dia mmg ske makan. Huh, tak sabarnya nak pegi. Aku nak bawak parents aku ke situ, tp aku riso kalau Baby H meragam nanti. Sebab kuah tu nanti sentiasa panas, tkt dia tepuk atau cuba pegang. Budak kan, semua bende yang dia nampak pun dia ada rs ingin tahu. Takpe la, mungkin aku patut bawa dia ke Flaming je di Sunway tu. Sambil kami makan steamboat nanti,
biar dia makan aiskrim smp lebam. hahaha...   
 
Kat Flaming skang ada Dark Orange Chocolate Fondue...Pegi jangan tak pegi...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails