Monday, December 28, 2009

Evolusi : Mei Hua

Sejak penghujung bulan November lepas, aku dah mula sukar nak tido. Seminggu kebelakangan ni, dah mula dpt tido dgn aman semula. Tp sehari dua ni, dah mula susah tido lagi. Haish, aku ni kene insomnia ke...? Aku x de lak minum Nescafe, kopi atau yg sewaktu dgnnye setiap kali aku x dpt tido tu.

Mlm td masa aku tgh sibuk2 kemas barang dan buat apa yang patut sekitar pukul 1.01 am, aku dgr lagu ni di radio Gegar Pantai Timur. Ini lagu feveret aku. Mcm nak mati susahnye nak cari mp3 aku ni. Lagi susah sbb kat opis ni x leh dload. Kat bawah ni lirik dia setakat yang aku ingat. Kalau tak berapa betul tu, harap di maafkan.

Mei Hua by Evolusi

Engkau yang menyatakan
Apa pun jua
Kita pertahankan bersama
Kecundang jua akhirnya kita
Membina cinta

Hatikuu dan hatimu
Dihiris luka
Kerana terpaksa mengalah
Bezanya kita amat ketara
Kau tetap Mei Hua

Mei Hua...Mei Hua...
Menangis kau kerana cinta
Biarlah diriku terasa
Menikam di sukma
Bagaikan sembilu
Aku diulit mimpi ngeri

Mei Hua...Mei Hua
Musnahlah citra cinta kita
Biarlah kering kegersangan
Usah disirami dengan air mata
Lupakan diriku Mei Hua...Mei Hua...

Oho, lagu yang sungguh membuai rasa meskipun liriknya x de kene mengena langsung dgn hidup aku. Oh, blog aku ni x banyak gambar sbb ini bukan laptop opis aku yang dulu, yang leh menerima pindahan ambar. Pun digicam aku ada pada adik. Tgk lah bila2 ada rezki, aku nak beli yang baru. Dgn dtgnya tahun baru, aku pun dah ada semangat dan interest baru...Hehe...nak mengumpul gadjet...! Tak terkini pun tak pe, asalkan aku ada barang bagus utk kegunaan harian. Plg penting, one cute little lappy.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails