Wednesday, December 30, 2009

Catatan penamat 2009

Hello...Kat media massa, byk tul flashback kisah2 sepanjang tahun. Kisah gempak, kontroversi, carta dsb. Paling byk tentang dunia hiburan la. Tp betul la arena hiburan tanah air tahun ni mmg meletops dgn kisah2 sensasi. Sentaps you...Auww...

Aku pedulik hape. Ari ni ari terakhir bg tahun ni. Aku dikejutkan dgn berita kematian anak sulung seorang teman study aku sejak Diploma dulu. Anak meninggal dlm perut. Takziah utk dia. belom rezki lagi tu. Tak ape, lain kali mungkin ada rezki lagi. Macam yang pernah dilalui Dinas.

Aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua, semoga hidup semua org ceria2 selalu dan bertambah baik pada tahun hadapan. Harap2 impian kita semua akan terlaksana. Aku nak mintak maaf juga kalau aku ada salah dan silap dgn sesiapa melalui tulisan aku kat sini. Bg yang kenal aku, harap maaf kalau aku ada salah silap sepanjang perkenalan. Aku harap sgt aku tak bawa satu perangai buruk yang aku mula jdkan habit sejak aku ditempatkan di site ni.

Wish list aku panjang. Setahun entah cukup ke tak tu utk dpt semuanya. Tp di mana ada kemahuan, di situ ada jln. So untuk diri aku sendiri, caiyuk !!!

Ada agak banyak bende aku nak dptkan pada tahun depan. Antaranya yang boleh dibahagi kepada beberapa kategori :

* ~Umah =Erm, utk umah aku, (Aku akan mula tgl dgn kawan secara x tetap bermula hujung bulan 1. Tp sebulan cuma 2-3 kali je la balik umah sendiri. Ni sumer pasal tpt baru. Sygnye umah aku) aku nak beli perabot sket demi sket. Kalau nak yg baik punya ikut taste, mmg lambat la. Contohnya mcm meja makan ikea yang boleh laras saiz tu. So aku nak beli yang biasa2 dulu kat Giant. Haha. Perabot dan kabinet dapur. Erm, ada 2 set bilik tidur, sofa, karpet, meja makan dll.

*~Kereta = Aku nak overhaul kereta aku. Nak anta kat husband Mrs Pinky. Tp ni aku kena kumpul duit dulu. Aku akan hantar lps aku dah beli set bilik tidur utama. Maknanya lbt lagi la tu. Ehe. Keduanya, aku nak beli kereta baru. (kereta second aje. Tp baru dlm collection). Cadangnya nak beli Satria. Tak pun dpt Kancil atau Kelisa pun jd. Ini keperluan ni. Bukan kehendak. Motifnya sbb park tpt baru tu menjunam beb. Kereta aku si Rayden ni nak naik park plaza Damas pun ada masanya terhegeh-hegeh(air cond kene tutup beb, kalau tak, mcm ko tgh bawak trailer naik parking). Aku nak keta kecik yang ada pick up. Jd jimat minyak jugak.

*~Gajet = Hah, yg ni penting. Aku ada lappy tp rosak. Kena anta baiki di Low Yat dulu. Tp kalau tak dpt baiki, aku nak beli lappy HP atau Lenovo yang cute tu. Yang kecik lagi ringan tu. Then, nak beli Blackberry kut. Plg penting, digicam sbb nak tangkap gambar utk masuk blog dan nak rakam video. Skang aku bergantung pada handphone jek. Malangnya sumer gamba ada dlm lappy company yang lama tu yg tgh rosak tahap x leh direcover tu. Then, aku ingat nak beli external. Yang ni aku beli kalau lappy dah leh pakai la. Aku nak beli ipod, psp, ps2 dll yang best2. Aku nak hidup berajakan mainan dan karaoke selepas ni. (x dok umah sendiri, nak karaoke mcm mane...? Erk...). Skang tgh survey harga gajet. Ada kuar senarai harga best gadjet dlm paper. Nanti aku tgk dan compare. Nak beli gadjet ni, harga kena baik, barang kene cun. Aku x ske brg hodoh.

*~Personal=Erm, ada banyak brg penjagaan diri aku nak beli selepas ni. Sebab aku rs aku makin lama makin obses dgn diri sendiri. Aku nak tgk diri aku be nicer and nicer day by day. So aku rs x menyesal pun kalau aku spend lbh banyak utk bende2 mcm ni. Konon nak kahwin, jd kena la jaga diri sket. Kahwin pun bukan apa. Nak anak je. Dah smp masa ada pewaris. Takkan selamanya aku nak memanjakan anak saudara aku, Baby H. Kahwin ngan ada anak ni, wat cukup syarat jek. Dah dpt semua tu nanti, apa nak jadi, jdlah. Aku x kisah sgt pun.

Oklah, harap aku dpt mulakan tahun baru esok dgn penuh gembira...Oho, Happy New Year all...adios...

p/s: Bos aku mcm nak sanggup dah kontrakan baki hari keje aku dgn cuti. Jd secara tak rasminya aku ada 3 minggu jek lagi kat sini. Secara rasmi ada 4 minggu. Tuhan, tolonglah aku. Aku nak pergi dr sini dgn cara yang baik.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails