Sunday, December 27, 2009

Kerjaya pertama...berakhir di sini

Hello 3x...

Huh, marilah sama2 menarik nafas panjang. Ini adalah komentar aku yang terakhir tentang kerjaya aku yang pertama ni, kerja pertama dalam sykt Bumiputera dan projek sumer dgn Bumiputera juga. (Perkataan sebenar untuk ini adalah 'gomen'). Ehe.

Aku berniat untuk meneruskan hidup dgn gembira. Aku dah puas berpk tentang ni. Jika semalam aku pk aku akan mengharungi hari2 gelap dalam fasa terakhir aku dgn kerja pertama aku ni, tp ari ni aku pk pula. Sempena tahun baru ni, kenapa aku nak biarkan diri aku dalam kegelapan dan kesedihan. Kenapa aku harus izinkan manusia2 tanpa hati yang dah menyakiti aku selama ni terus bersorak gembira. Simply 'NO !'.

Aku ni pasrah dan mengalah orgnye. Sebab tu aku ske diam. Aku agak setuju dgn kata2 KRU dlm lagu mereka: Diam adalah pintar. Aku ske diam, tp byk pulak org nak wat aku berckp bila aku diam. Bila aku dah bersuara, sukar untuk berhenti. Aku yakin aku akan menderita dlm tempoh beberapa bulan ni. Aku yakin bulan Mac tahun hadapan brlah hidup aku akan bersinar kembali. Untuk berhenti kerja adalah pilihan aku. Jadi aku rs lbh elok jika aku kuatkan diri dan tabah menghadapinya instead of menangis air mata darah sekalipun yang tak akan mengembalikan segala kehilangan yang aku dah lalui dgn penuh getir.


Kenapa aku berhenti ?

Buat kali terakhir aku nak menaip tentang kerja pertama aku yang berantakan ni, aku nak abadikan beberapa perkara. Pertama, kenape berhenti. Erm, persoalan yang mungkin berlegar dlm banyak benak org2 yg belom mengerti. Di opis, aku slalu gak merungut. Sebab aku x ske ditindas. Aku agak pantang org berbuat sesuka ati bila aku tak dapat lakukan perkara sama. Kecenderungan aku, MEMBALAS.

Kini aku dah tak mahu membalas apa2 lagi. Puncanya nanti aku akan nyatakan dlm azam tahun baru aku...Biar mcm mana pun keadaannya projek yang menyakitkan ati ni, hakikatnya tempoh utk aku berada bersama dgn sykt aku dah tamat. Ia sepatutnya tamat pada Disember ni. Tahun 2009. Tp atas sebab tertentu, ia ditangguhkan lagi setahun. Kiranya, by hook or by crook, aku akan berhenti juga sekurang-kurangnya Disember tahun hadapan. Tp aku memilih untuk mempercepatkannya. Dah sampai masa. Projek ni mempercepatkan tempoh tu. 50 % punca adalah disebabkan projek ni. 50 % lagi adalah disebabkan oleh hal2 lain.Ada yang tak boleh dinyatakan di sini. Ada yang boleh. Yg boleh tu misalnya aku rs dah smp masa aku cari titik mula lb baik utk masa depan aku. Aku x bolehh teruskan macam ni, smp bila2 pun begini. Nanti hidup aku x de kemajuan pulak. Aku dah x mahu menyesal. Bak kata kawan aku, jika aku tak berambus sekarang, aku akan menyesal. Kawan aku mahu pergi. Dia sentiasa mendorong aku agar bersamanya. Berbulan-bulan aku memberi pelbagai alasan. Kali ini aku akur. Antara sebabnya, aku tak mahu kehilangan dia. Aku tak mahu tinggal bersama dia selepas ni. Sebab ada org luar yang aku x brape selesa. Org tu br bagi aku. X sama dgn org yang serumah dgn kawan aku dulu sewaktu aku rancak menghabiskan hari2 dan hujung2 minggu aku bersamanya. Kawan yang ini besar maknanya bg aku. Aku sgt hargai dia. Aku hormati dia dan dia juga melayan aku serupa. Aku mungkin sanggup korbankan kerjaya, kekasih dsb. Tapi kawan, tidak lagi.


Kemana aku selepas ni...?

Selepas ni aku akan membina hidup baru. hahaha...Tempat baru...? Rahsia...Hehe...Ada tempat baru. Malah bukan satu, tp dua. Yang satu lagi adalah hujung minggu. Tp aku bercadang utk menolaknya. Sebab kalau hari kerje aku dah kerja, takkan hujung minggu pun nak kerje...? Oh no, nanti x de rehat. Mati la aku mcm tu. Jgn tamak sgt, beb.


Perkembangan proses berhenti aku...?

Oh, ini menarik. Ini yang aku nak sgt coret dlm ni. Utk rujukan aku kembali. Sebab aku dah mula sygkan blog aku ni. Aku nak gunakan ia semaksimum mungkin. Aku dah ada tempat baru yang nak cepat sgt aku masuk. Sebab dorg nak mulakan projek baru dorg. Selama ni, org2 yang berhenti dr tpt aku semua bg sbulan notis. Kawan2 aku yang lain yang semua berhenti kerja juga beri sebulan notis. Tiba2, aku kena 2 bulan...! Oh no...Oops, aku kalau tahu awal2, aku dah bg notis lama dulu. Cett, ape ke malang nasib aku ni. Aku amat terkejut dgn tindakan bos. Nape bos aku ni tak nak lepaskan aku...? Aduhai, kacau neh. Aku dah nak sedih dah. Sebab dlm otak aku pk, aku dah la terseksa kat projek aku neh, saat akhir aku pun, projek ni masih nak menyusahkan aku.

Aku bercadang nak berhenti secara baik. Kiranya, selepas aku hantar notis, aku nak annouce pada seluruh tenaga kerja projek ni supaya x de yang terkejut atau terkapai-kapai lak bila aku x de nanti. Tp skang dah jd huru-hara. Aku x dpt capai kata sepakat dgn bos. Dia mintak org baru bg aku tempoh utk masuk. Tp org baru lak kata aku amat diperlukan dan dorg pun dah bg lbh dr sebulan tempoh. Dorg ni pun satu, tempoh dikiranya dr tarikh aku intv. Hadeh, dia ptt kira dr tarikh aku anta check up la. Tp x pe. Aku br nak join dorg kan, jd dorg ni aku beri keutamaan.

Menyusahkan bila kontrak sbenarnya mmg 2 bulan. Aku nak byr lagi sbulan, itupun bos aku mcm x nak bg. Ish, bos ni, kalau aku nak bayar tp dia x nak terima, aku rs itu bukan lagi salah aku kan. Hmmh, aku dah pk plan B. Iaitu seandainya bos masih x nak lepaskan aku walaupun aku nak kontrakan bayaran bulan kedua. Cuma efeknya, aku berhenti bukan lagi cara yang baik la di mata projek mate aku. Aku akan mengejutkan sebahagian dr mereka yang masih x tahu. Sebahagian yang dah tahu tu sng nak difahamkan. Aku berhenti masih dgn cara baik bg pihak sykt aku, cuma x nice di mata project mate je. Nak wat camne, bukan aku yang x nak, aku x diberi peluang. Smp akhir pun, tenaga aku yang x seberapa ni masih nak diperah lagi. Tp aku bersyukur, sekurang-kurangnya aku dan tempat baru aku sedar, aku ni berpotensi la jugak kut meskipun dgn badan kecik keding ni.


Apa aku nak wat dgn bos...?

Dlm entry yang lps, aku katakan atuk sedara aku nak lakukan sesuatu. Hujung minggu br2 ni, aku dah bincang lagi dgn keluarga aku. Aku dah bagi bos email dan dah bg tempoh beberapa hari utk dia balas. Pg ni bila aku kol, rupanya dia belom baca...Ia ke...? Ntah2 saje jek kan. Doesn't matter. Aku bgtahu keluarga aku. Hentikan apa2 yang mereka nak lakukan. This is about my own life, biar aku selesaikan sendiri dgn cara yang lebih berhumanity. Heheh...Aku hanya minta mereka doakan aku. Aku juga sentiasa berdoa. Tp Tuhan Maha Kaya. Apa sj yang Tuhan tentukan di akhirnya nanti, aku terima dan bersedia dgn plan seterusnya. Sekurang-kurangnya, aku x nak cemarkan saat akhir aku ni dgn keburukan. Biar aku menderita dlm sebulan dua ni. Bulan Mac nanti, bila hati sudah tenang, br lah aku pk kan nak teruskan keinginan aku membalas dendam atau tidak.

Aku rs kemungkinan besar x la kut. Sebab aku ni kalau marah ke bengang pun x de la lama sgt. Kekadang sehari dua pun dah cool down. Aku harap masa yang panjang smp 2 bulan tu akan selamatkan bos dr aku dan kluarga aku. Kami ske hidup sederhana dan biasa2 mcm org lain sebab kami mmg org2 biasa sj. Tp kadang2, tingkah laku org lain terhadap kami membuatkan kami rs perlunya memberi mereka ni sedikit ajaran supaya setidak-tidaknya, kami x diganggu lagi. Aku kenangkan kebaikan bos pada aku selama ni. Bg aku dia bos yg baik dan aku sayangi. Aku mungkin bertahan lbh lama jika tidak kerana dia tersilap percaturan meletakkan aku dan kawan-kawan aku di tempat yang no ay out ni.


Azam tahun baru...?

Berdasarkan perkara2 yang terkini berlaku kepada aku, aku sangka aku akan hadapi tahun baru dgn penuh kesedihan. Tp syukur Alhamdulillah, Tuhan campakkan sedikit kekuatan dan ketenangan ke dalam jiwa lara aku ni. Aku rs pada hari ini aku lbh tabah, dpt berpk dgn lbh rasional dan matang. Walaupun perit, aku pilih untuk mengharungi dugaan ni dgn harapan, segalanya akan membuahkan hasil yang baik pada masa depan.


Tahun baru yang akan dtg, aku ada satu keinginan yang maha kuat utk dicapai. Aku berdoa agar Tuhan memakbulkan impian aku. Biarpun mungkin aku x lakukannya dgn sepenuh hati, tp aku yakin aku akan gembira dgn pilihan aku ni. Disebabkan bahagia yang aku cr tu, aku nak berhenti dr segala kesedihan, tekanan, dendam, marah dan segala perasaan yang buruk2. Aku ingin penuhi hidup aku hanya dgn tenang, damai, lapang dada, sabar dan ceria.


Kenapa aku berubah sikap...?

Pertama, sebab yang utama: Bukankan aku akan keluar dr neraka dunia aku ni ? Masalah tak selesai hanya dgn berhenti kerja. Tp masalah lain insyaAllah boleh diatasi bila 50 % masalah utama aku ni selesai. Aku rs, aku ptt ambil peluang ni utk mula membuka laluan yang lbh lapang.

Kedua: Aku ada terbaca beberapa ayat2 indah dr email, dr suratkhabar dan majalah. Coretan dr majalah tu aku rs benar2 mengesankan dlm jiwa aku. Aku ni mudah terpengaruh. Syukur aku mudah dipengaruhi perkara baik. Ditambah pula dgn kegembiraan yang aku rs sewaktu menonton rancangan2 kegemaran aku hujung minggu baru2 ni, aku rs lbh yakin dgn keputusan yg aku ambil.

Dugaan di tpt ni terlalu besar. Ia tak boleh dirasa oleh sesiapa yang x memandangnya dgn sepenuh hati. Mungkin disebabkan aku org yang sgt serius, aku mudah nampak petanda bala dan aku cenderung utk menentangnya. Aku bukan seorang yang ske mendiamkan apa2 yang menyusahkan aku. Harap dlm saat2 terakhir aku kat sini, x de lagi org yang cuba mencucuk kesabaran aku. Jika ada pun, aku akan cuba buat 'bo' je la. Smp masa nanti, apa2 cara pun x akan buat aku kembali ke sini. Cukup setakat mana yang aku dah lalui.

Akhir kata, pada hari ini 28 Disember 2009, aku ingin memalu gendang hidup aku semula dgn nada dan tarian aku sendiri. Harap iramanya merdu dan kekal sebati dgn jiwa aku.

Sekian...


0 comments:

Related Posts with Thumbnails