Monday, December 21, 2009

Harimau Malaya...emas keramat

Fuyoh. Cam yo yo je topik aku yang out dated ni kan.Hahaha. Tak lena tido aku selagi aku x letak pandangan aku ni kat sini. Mmg basi pun entry aku ni. Tp nak wat camne, aku x pg keje agak lama. Tak keje maka x update. Ngehe...


Aku berbangga dgn kemenangan pasukan muda ni di Sukan Sea Laos yang br lepas. Tahniah buat seluruh pasukan. Dgr kabarnye, mereka dah dinaikkan pangkat menjadi skuad utama negara. Dan tahniah setinggi-tngginya dah tentu kepada Zakuan Adha. Aku terkejut dgn kepulangannya ke Laos. Tp aku bersyukur sbb dia dpt meniikmati peluang beraksi di final dan seterusnya sm2 merasai indahnye kemenangan yang ditunggu sehingga 20 tahun ini. Bila dia tak masuk di awal permainan, aku yakin Rajagopal simpan dia untuk saat akhir. Tahnian buat Rajagopal kerana taktik beliau mmg berkesan. Bukan mudah untuk merancang strategi sebaik itu.

Kemengan yang secara langsung menumpaskan ego jurulatih Vietnam pasti segar dlm ingatan seluruh rakyat Malaysia buat beberapa ketika. Nampak gayanya, doa rakyat dimakbulkan Tuhan. Syukur Alhamdulillah.


Aku dah lupa apa aku nak catatkan di dalam ni. Banyak bende lain dlm benak buatkan aku dah tersasar dr ingatan aku tentang hal kemenangan ni. Apa-apa pun, harap kemenangan ni jd satu titik tolak la untuk kemajuan sukan dan bola sepak negara. Jgn menang sekali aje. Malaysia nak menang lagi berkali-kali. Mana lah tahu ada rezki main di World Cup kan. Skang sesapa yang baca impian ni mmg gelak2 la. Tp Tuhan tu Maha Kaya. Sedangkan Afrika Selatan yang begitu baru dlm saingan bola sepak dunia pun dah boleh menjadi tuan rumah bola sepak dunia, kenapa tak pasukan kita yang pernah menjadi wira ASEAN ? Aku dulu mengikuti perkembangan bola sepak jugak. Tahula setakat nama Dollah Salleh, Mokhtar Dahari dan Zainal Abidin. Skang dah slow sket sbb byk sgt info. Lps ni InsyaAllah aku akan mengikuti semula sukan ni.


Ni gambar yang aku dpt amik kat internet :


0 comments:

Related Posts with Thumbnails