Sunday, December 27, 2009

My Christmas Day Out...

Betul ke aku eja Krismas tu...? Hadeh. I am a lazy bump lately. Sungguh malas sekali nak menelaah apa yang tak diketahui. Ari ni aku bawak keta pg opis. So, aku pk nak jmp my beloved fren ptg ni. Tp, erk...Ada sket mls. Ehe, sebab ptg ni juga aku nak menyinggah beli lauk mentah. Dan petang ni juga, oho, ada pasar malam berampiran umah. Gosh.

Yang pasti tahun baru ni aku dok umah sj. Sebab ?
Pertama: Pengalaman outing hari Krismas sgt la, adeh...Naseb tak berasap kereta kesayanganku si baby Rayden.

Kedua: Bila aku nak sambut New Year(ati meronta-ronta neh nak celebrate), of coz la aku bawa si kecil kesayangaku, Baby H. Td aku turun, tutup lak kedai sandwich tu. Hemh, aku terpaksa beli roti bun ikan bilis brand High 5. beli 2. Then beli Pepsi lagi. Oh my, patah sudah promise aku utk x minumnya lagi. Aku x lupa juga beli mee hun untuk dimasak oleh ibu Baby H. Dan juga aku beli snek sotong jenama SOTO dan snek udang jenama J.J utk Baby H. Aku x nak Baby H terdedah kepada hingar-bingar sambutan tahun baru, bersesak-sesak dan mendengar dentum-dentam bunga api dkt dgn telinganya. Aku ingin bawa baby ke KLCC. Tp nama pun dia masih bayi kan. Nanti org kata kami gila pulak sbb x hiraukan keselamatan si kecil dgn membawanya dlm tempat sesak macam tu...Aku x nak dpt cop mohor : Autie yang tak mithali. Eheh...

Ketiga: Aku ....
(Aku tgh2 menaip, dtg lak user aku. Dia ubah coding aku pastu sistem dah terkacau. Pastu cr aku lak tanya mcm mana yang asal. Hadeh, ni kalau aku bring forward leh jd satu isu neh. Mcm2 betul la dorg ni. Naseb baik aku ni dlm fasa bersabar. Ngehe...yo yo o jek aku neh...) tergerun lak bila dgr penangkapan Scha dan Awal dalam Rootz Club, Lot 10 Jalan Bukit Bintang. Erk....? Kononnya itu kelab haram. Macam tak percaya jek aku (pinjam ayat mak mertua abang aku. Ngehe) Ade ke patut kelab yang tersohor tu kelab haram...Kat Jln BB lak tu. Terbantut kejap hasrat hatiku nak melompat dr kelab ke kelab di malam tahun baru. Ngehe...Sebab aku sedar, polis mmg ske buat serbuan time2 happening neh. Nak2 lak malam tahun baru. Masa tu la operasi lumba haram la, operasi mat rempit la, operasi cegah maksiat la nak ada. Pendek kata, segala tuk nenek operasi la. Walaupun x bersalah, reputasi tercalar beb kalau terjoin venture ngan org2 yang kena bg sampel urin ni. Tidak la gua hingin. Oh no no no...Niat utk menengok tarian 'house' harus dipadamkan dahulu. Beli cd la. Lbh selamat. Boleh smbil tgh, sambil mentry tahap x sedar diri kat umah tu. Leh la jugak pasan2 diva sket. Ahaks...Oh tarian house ni utk diva ke...? Aku rs more to male diva...ahaks.


Wokeh, ada 3 sebab aje. Hehe...Meh sini aku nak story lak pasal yang pertama tu dgn lbh detail.

Outing pada hari Krismas
Alkisahnya, aku tergedik-gedik la nak kuar menyambut pesta Krismas. (Aku kaki sket bab celebration neh. Tp dah lama x celebrate ape2 melainkan Hari Raya. Semenjak dah keje neh, kaki tangan terikat sket noks, mak dah tak ade so der freedom mcm zaman study dulu. Hanj tau...) Ari tu aku bawak kete ke opis. Konon2 nak rambo la kut2 ada chance nak kuar menyambut neh. Niat ati aku neh busuk sekali. Tau nape...? Sebab aku ada hati nak bawa Baby H ke tengah kota. Baby moden la konon, haruslah kecik2 dah didedahkan dgn pesta2 neh. Sungguh tak beradab sekali aku ni. Tp on the way balik dr opis, ati aku berperang dgn keinginan sendiri. Sana-sini aku dgr laporan trafik jam jek. Haish, x leh jd ni. Akhirnya kami semua sambut kat umah jek, menonton tivi. Kebetulan lak, aku smp umah jek, baby already asleep. Aku x gemar mengejutkan baby. Biar dia tidur lps seharian penat bermain.

Esok arinya, dah nak tgh br aku sound nak kuar. Aku tya ibu bapa baby, nak ke Mid ke nak ke KLCC...? Aku pk baby leh mandi-mandi di Suria kalau kami ke KLCC. Pun baby x pernah ke sana. Aku terlupa membawa dia ke situ masa dia kecik2 dulu. Sebab masa tu, KLCC pun boring. Aku nak sgt pg KLCC sbb rs cam dah lama sgt x kesana. Aku nak makan apa2 yang best la di sana. Nak tgk what's new offered by them. Nak tgk park dan sebagainya. Tp memandangkan baby mungkin fall asleep in the middle of our loafing activity, ibu dan bapanya decide nak bawa stroller. Stroller punya pasal, kami decide nak ke Mid Valley aje. Konon senang ade park.

Motif utama, still nak makan yang best2. Kedua, baby sedang berganti bulan. Dia makin membesar dan akibatnye, mengalami situasi cam cirit-birit tu. Tp doktor kata itu bukan cirit. Hanya salah makan yang mengakibatkan najisnye lembut. Jd kami nak belikan dia susu khas tanpa laktosa tu. Dulu dia pernah makan Similac. Kat Mid, susu tu dah habis. Tinggal Isomil jek. Itupun dah sket dah stok tanpa laktosa. Alhamdullillah, susu tu berkesan kepada baby.

Proses nak smp tu azab giler. Dekat 2 jam ronda cr parking. Bro yang memula kata nak park situ la sini la, idea tak pernah abis. Tp at last dia termasuk semula jalan ke park Mid Valley. Adeh. Awal2 lagi aku dah kata, park kat mana2 stesen dan kita naik komuter aje bila aku tgk mcm dah x de harapan nak park. Tp dia degil. Mentang ler stereng di tgn dia. Dah gian nak memandu la tu, ada jek idea dia nak melambatkan perjalanan. At last, aku surh dia pi kat LRT Bangsar. Situ x de park sgt. Tp ada open park kat tepi2 jalan. Kami park kat situ selepas dah lbh 2 jam pusing2 dan menge'jam' kan diri di sekitar Mid Valley. Aku pk nak ke depan tpt tgu Shuttle bus tu dan tahan teksi. Belum sempat kami melintasi Plaza UOA, ada teksi lalu. Aku trs tahan, dptla kami bawa stroller ke Mid. Lega.

Dlm Mid, kami dpt makan ayam RasaMas akhirnya. Huh, dah lama nak makan, skang br ada kesempatan. Kami makan selang berapa meja dr Nik Nur Azura. Dia br duduk bila kami dah hampir nak pergi. Baby seems so happy dlm restoren tu walaupun premisnya agak kecil.. Makanan dia, Ya Ampun...Sedap bangat...Haruslah aku dtg lagi. Syukur sgt sebab Tuhan beri kami peluang makan apa yang kami mahu.

Penat memandu bro belum hilang. Kaki dia kebas. Aku dah nak vommit walaupun makan sket. Bro pun sm. Sebab kami dah loya bertahan berjam-jam dlm kereta sewaktu mencari parking td. Sis ipar aku dah kebas kaki dia sebab baby tidur di atas kakinya sepanjang tempoh tu dan dia x dpt menggerakkan kakinya. Lama rehat di RasaMas... Baby pun dah minum seround susu baru dia, dia nampak dah ok. Aku tgh sakit2 pun, makan tetap bercerita mcm org br turun dr bulan. Ehe, syok. Aku ske suasana hiruk-pikuk dan org ramai ni walaupun ia menyebabkan aku pening2 lalat.

Masa aku survey external hd kat atas, aku nampak Akasha berdekatan premis-premis di situ. Oho, artis. Tp tgk je la. Dia pun nampak sibuk mensurvey. Penat rs sukar nak hilang. Kami berjalan dlm keadaan masih pening2 lalat. Tp sempat la menjenguk banyak kedai. Sale kan...Tp aku x beli apa2 sgt. Yg ptg bg aku, kuar dan makan.

Tgh2 survey kasut, ttb rs bangunan tu bergoyang-goyang. Kuat rsnya. Bila berjalan tak rs. Tp bila kita berdiri atau duduk statik, ia sgt terasa. Hoho, kami dah takut. Dah hampir pukul 9 ms tu. Aku ckp ntah2 ada gegaran kat mana2. Mcm waktu Tsunami dulu2. Jd kami pun kuar la. Tahan teksi dan balik ke kereta. Lps tu balik dan sambung shopping di sekitar umah. Aku habis hampir 100 kat situ aje. Cett...Biasala perempuan, beli barang penjagaan muka, satu dua barang pun dah almost ratus. Sepp...

Moral of the story: No more jalan2 time vass holiday. Tp kalau nak jugak, kuar awal2. Pagi2 dah tercangak dpn pintu shopping mall pun x pe. Kalau boring, pergila kedai mamak...Teh tarik satu....! hehehe

0 comments:

Related Posts with Thumbnails