Friday, December 4, 2009

Kawan aku...

Beberapa ari lps aku jumpa kawan aku. Aku nak minta tlg dia antarkan aku ke lrt utk aku pg ke Serdang bg kelas make up tu. Belum sempat aku nak bgtahu dia, dia bgtahu aku dia nak ke Perth sbb adik dia menang peraduan Green Day. Jd dpt pergi tgk konsert Green Day di sana dgn penerbangan dan penginapan ditanggung oleh penaja. Waah, bestnya. Tak sabar nak tgu dia balik dan nak dgr ceritanya. Dia bertolak nanti awal pagi Khamis. Kalau boleh aku nak anta dia ke airport. Tp apa nak buat. Aku ada intv pada ari tu. Aku sedang dlm perjuangan merobah jalan hidup aku. Since dia tak di samping aku pada masa tu, dia hanya dpt doakan aku sebelum dia pergi ke Perth.

Sebelum kami berpisah, dia bgtahu aku dia nak aku temani dia survey parking di tpt keje barunya nanti. Dia akan mula bulan depan. Kalau intv aku berjaya nanti, aku juga akan keje berhampiran dgn tpt keje dia. Tp masa keje kami tak sama sbb kalau aku berjaya, aku akan keje mengikut waktu keje luar negara.

Dia juga ajak aku ke IKEA. Ntah apa yang dia nak cr. Dia bgtahu aku tp aku dah lupa. Aku terlalu mengayati dia masa tu, tak dgr apa yg dia ckp. Rs sgt appreaciate dia dlm hidup aku skang sbb dia antara kwn aku yg plg rapat skang. Aku katakan pada dia, semua yang dia nak lakukan tu (ada plan lain lg selain pg IKEA dan survey parking), adalah perkara yang aku dah lama nak lakukan, cuma aku x dpt sbb halangan masa, kewangan dan juga kenderaan.

Mak aku kdg-kala dan merungut juga pd aku sbb aku menetap agak jauh dr kl. Aku selama ni pertahankan keputusan aku sbb aku mengejar serenity dan tranquility dlm hidup aku. Aku org yang utamakan kedamaian, privacy dan segala yang mantap di mata aku. Tp skang bila aku rs jauh dr kawan, mcm nak kesal lak aku kerana terlalu cepat pergi jauh dr dia. Haish, tak guna pun kalau aku menyesal. Aku gembira bila dia kata, andai aku dpt kerja br ni, dia mahu tgl bersama aku. Samaada aku tgl di rumah yang dia sewa skang bersama org lain juga or kami akan cr umah br utk disewa. Disebabkan umah aku jauh skang, dia slalu ajak aku bermalam kat umahh dia aje. Aku slalu end up abiskan ujung mgu aku di umah dia. Tp satu masa dulu aku pernah duduk di kawasan kediaman yang sama, cuma umah sewa jek lain2. Masa tu pun dah asik bermalam berhari kat umah dia. Ntah apa yang buat aku terikat sgt dgn dia masa tu. Haish, dunia ni pelik. Kt slalu alami perkara-perkara yang tak pernah kita jangkakan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails