Monday, December 28, 2009

Pasar Malam Al-Ithnaini

Pasar malam...yea yea...Sronok...sronok...Kalau duit banyak, hari2 pasar malam pun x pe. Punya la malas nak masak kan. Hadeh, pemalas aku ni.

Kat tpt aku ni pasar malam ari Isnin, Rabu dan Jumaat. Ketiga-tiga ada kebestannye yang tersendiri. Paling best, ari Rabu punye.

Smalam aku balik keje, sempat smp agak awal sebelum Maghrib walaupun jam. Aku rehat dulu. Dah lepas Maghrib br angkut si kecil, bawak dia jalan2 di pasar malam buat pertama kalinya. Biasanya kami ke pasar malam ari Jumaat. Ini kali pertama Baby H dtg ke pasar malam ari Isnin. Byk makanan. Baunye mak ai...Hemmm...Marvelles. Ada char kuew tiaw, nasi ambang, nasi lemak, nasi beriani, ayam goreng dll la. Standar la pasar malam.

Malam td aku beli nasi lemak. Kaler sambal dia merah menyala. Nak terbakar lidah aku memakannya. Minum air banyak smp perut rs cam penuh air. Untuk si kecil yang aku rs terbuai-buai cam nak tido jek tu, aku belikan kuih talam 3 perisa: Ubi, keladi dan kuih lapis. Juga aku belikan kek coklat moist dgn ciklat rice. Waah, sedap giler...Ia menyebabkan si kecil yang dah tersengguk-sengguk tu terjaga dan menjadi cergas dgn serta-merta. Dia mmg gemari coklat. Dark chocolate tu dia leh abiskan satu bar sekejap jek.

Letih berjalan malam td, aku beli air dan minum kat situ gak. Minum asam boi dan air soya. Sedapnye...Aduhai. Rs x puas. Tengah2 minum smbil berjalan tu, aku terhenti sekejap. "Alamak, hakak Rozita Che Wan kata petua mak dia: Jangan minum sambil berdiri" Oho, terbuat sudah. Ngehe...X de tempat duduk la nak duduk. Pun dah haus sgt. Di sekeliling pasar ada org masak makanan panas2. Ada beberapa gerai kat situ. Happening...I like...

p/s: Pg td dpt emel dr bos. Akhirnye beliau membalas. Dan aku juga telah berpk dan bincang dgn org2 terdekat. Dan aku decide utk stick dgn tarikh yang bos beri. Sebab bos awal2 dah tahu, aku akan amik cuti yang legal. Cuma yang bos tak tahu is aku akan amik juga cuti yang unpaid jika perlu. Aha, dia x nak aku bayar. So ok la tu, aku pun x yah pening2 kepala. Aku rs kalau cuti tu namanya unpaid, x de persoalan lagi kan samaada aku berhak menikmatinye atau tak...? Ehe, thank you la bos. Setidak-tidaknya x de la wat aku tergantung-gantung tak berstatus. Aku tahulah skang tarikh yang pasti, bagaimana aku perlu lakukan dsb. X de la aku takut sgt nak pg mana dlm tempoh tu. Kepada org di sana, aku akan ckp, dia release aku lbh awal.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails